Gua sampai dekat mamak malam tu . Dalam pukul berapa gua tak ingat yang penting real madrid vs barca punya game malam tu . Gua nampak kemal lepak sorang jadi gua bercadang nak lepak sekali .
"Mal , tengok bola ke . Pehal lu sorang sorang? "
Mata kemal terbeliak tanpa sebarak reaksi . Jadi gua berfikiran dia khusyuk tengok bola memandangkan gua tengok mata dia terpacak mengadap kaca tv .
"Woih . Lu tak order makan ke, teh tarik kau pon dah kering ni . Gua nak order minum ni . Lagi satu gua nak cerita mimpi seram gua malam tadi. "
Kemal masih membatu tapi kali ni gua nampak mencurah peluh lalu leher hitam dia . Jadi gua beranggapan roh dia sedang masuk dalam badan christiano ronaldo . Jadi kemungkinan pergerakan ronaldo tu terhasil oleh kawalan kemal sebab gua nampak kelam kabut permainan ronaldo malam tu .
"Camni mal , gua malam tadi mimpi kena bunuh dengan badut . Dia pegang kapak nak pancung gua ! Gua lari dalam mimpi tu . Gua toleh belakang gua nampak ajim dah kena tetak . Pastu gua terbangun . Jadi gua nak tanya apa maksud mimpi gua ni " , gua berbicara walaupun tidak dipeduli kemal .
"Lari ! Lari ! Dia dekat sini !! " , kemal menjerit bila nampak sorang aney yang tengah menghampiri .
"Lu ni kenapa ! Aney tu nak amik order la cibai !" , gua sound kemal .
Gua tengok aney tadi dah bertukar menjadi sorang perempuan ala ala arab . Gua kaget tapi gua senyum sebab bagus la hari hari asyik tengok mamak je . Kali ni awek arab cun amik order .
"Saya nak order teh ooo.....aaaaaaa"
Belum sempat gua order awek tadi bertukar menjadi sekor vampire siap berkepak ala kelawar .
Gua tengok kemal dah lari jauh . Pastu gua terperanjat sebab ada ajim sebelah kemal . Tetiba gua perasan vampire tadi tengah gigit kemal yg tengah berlari .
"Ni setan jin mana ni rasuk gua ni ! Takkan la mimpi gua tak habis lagi !! , gua membentak dalam hati .
Gua amik gelas teh tarik kemal yang dah kering tadi, beserta jampi yang gua amalkan dari tadika dulu lantas gua membeduk dahi vampire tadi .
Keletuk !! Keletuk !!
Vampire tersebut dengan muka bengis menggeliat dan bertukar menjadi awek arab tadi sambil menangis . Cis gua ingat nak jadi rasaksa ape lak tadi .Mana taknya, banjir dah darah kat dahi dia . Dia pergi sambil ucap selamat tinggal dekat gua .
"Gua macam kenal perempuan arab tu...", hati gua berbisik .
Gua lekas selamatkan ajim dengan kemal . Kitorang sambung tengok bola . Keputusan akhir game barca 4-0 dengan real madrid .
P/s : ronaldo mimpi seram . Ronaldo mimpi gua . Dan gua mimpi .... seram .
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .