Sunday, 12 July 2015

maafkan .

Gua baru balik dari taman tema hiburan .gua lekas ke hadapan cermin di bilik persalinan . Gua cuci kapur ,cat yang melekat di muka gua . Lukisan pen marker lebar yang melakar senyum yang lebih lebar dari biasa seperti seorang yang sentiasa gembira , mungkin .otak gua mengimbas mereka yang berlari menangis sebab takut dekat gua .

Gua mungkin seorang badut . Bila gua mengenakan hidung tomato merah , tompok cat yang ditempel pada pipi , gua tahu gua harus menjadi seorang kelakar , mungkin .  

Hidup seharian gua tak lain hanya mengacah anak anak dan mungkin mak bapak diorang . Membahan dengan secubit gelagat yang kelakar , mungkin .

Gua tak ada niat lain melainkan melihat diorang gelak , ceria dan ketawa . Bahgia itu gua cuba timbulkan di raut wajah diorang dengan secuit hiburan jenaka yang kadang kadang terang terangan diorang menertawakan rupa gua ,mungkin .

P/s : sebenarnya manusia lebih takut dengan badut berbanding terhibur . Maafkan badut sebab mereka cuba ingin ikhlas menghibur , tidak sengaja dan tidak sedar mereka menjadi penyebab manusia menangis ,selama ini .

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .