Ya, hampir dua purnama kisah ribut taufan malaria tapioca yg melanda meninggalkan dirinya . beliau juga masih ragu2 samaada kisah luka lara benar2 terjadi atau hanyalah mimpinya ketika tertidur di bawah rimbunan sampah ketika menunggu kehadiran bas untuk pulang kehalaman rumahnya . tetapi bukanlah kisah seorang pemandu bas yg kini telah memecat jawatan dirinya kerana mahu berbicara bersama panda gergasi , tetapi tentang kisah percintaan romi dan juling .
sejenak beliau terfikir kemana hilang siri romi dan juling yg berlarutan menghampiri usia 3tahun , tiba-tiba lenyap . tiada bernoktah , jejak , mahupun imej untuk diimbas di GPS kepunyaan pemandu bas yg diatas yang kini sedang sibuk bertutur bahasa panda . menyaksikan dan mengenangkan pengorbanannya dalam siri rancangan tersebut ditatap dengan pilu , adegan dan babak perlawanan meruntuh dinding penghalang dan dugaan yang dirasakan mungkin mencapai misi tetapi akhirnya kecundang ! ! bak keretapi dilanggar oleh segerombolan kerbau yg ternyata sdg lintang pukang melarikan diri dari sengatan tebuan tanah . usaha dan titik peluh yang jitu oleh si hero ,yg hanyalah bertujuan untuk memenangi hati keluarga si heroin ternyata dipandang sebelah mate sahaja yg juga hampir terlari oleh pandangan lain . ternyata jua pandangan si keluarga itu terbawa oleh seorang lagi hero yg entah datang dari benua mana yg cuba merampas title si hero dalam siri rancangan tersebut lantas beliau si pengarang tersungkur .
selepas segala susun atur rancangan serta serangan , beliau masih gagal dan mengakhirinya dengan berserah .berserah bukanlah bermaksud menyerah kalah , pengarang bertafakur di gunung everest untuk menenangkan keributan yang sedang melanda penghuni didalam benak otaknya . tanpe menyangkal , beliau merumuskan kemungkinan heroin tersebut bukan atau juga belum jodohnya . beliau kini harus menerima kenyataan tentang tajuk entrinya . sambil tersenyum ,beliau terbang ke burma dengan karpet ajaibnya sambil mengenang harapan yg hancur skali lagi.
seorang