Tangan aku tiba-tiba gatal nak menulis . ke menaip . ha menaip . Bila perut aku bertindak balas kelaparan akibat tiada makanan untuk dicerna , aku buat keputusan menghidupkan motosikal untuk mencari sesuatu .
Pusat kejiranan Putrajaya terkenal dengan rate harga makanan yang bersesuaian dengan rakyat taraf aku . Terlihat aku gelagat seorang adik yang terkial-kial menganyam tali raket badmintonnya yang aku rasa seperti tidak berpenghujung , hati kecil aku ketawa .Sambil aku menghayun kaki dengan kadar tenaga yang lemah, aku terfikir budak ini mengenakan ajaran sesat dalam menyulam tali raket .
Aku lapar , esophagus aku berkeras memaksa otak aku . Mata aku menyorot menangkap kedai nasi biryani . Minda aku berimaginasi .
"akak , mintak biryani kambing ", sergah aku kat akak yang sedang sibuk mendengar dangdut walhal ramai yang menghampiri kedainya .
Tiba-tiba aku meneliti tulisan pada dindingnya . "NASI BARAYNI PUTRAJAYA" . Siot , aku rasa macam dipersenda . Aku membatalkan hasrat kerana risau rasa biryani bertukar barai . Aku tak mahu mengambil sebarang risiko tak sedap atas dasar aku tak mahu mulut aku memaki hamun menyumpah kakak dangdut tu kalau ianya gagal menepati citarasa .
Aku makan nasi putih ikan masin masak lemak nenas berserta air sirap . Syahdu kampung berjaya menyelinap dalam tubuh .
p/s : aku nak biryani batu pahat matt ! akak tu spoil .
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .