Sunday, 14 December 2014

culik , tebusan

Sesudah sahaja aku melambai tangan tanda selamat tinggal kepada seseorang di KUIM , aku meneruskan ekspidisi aku merentas tanah yang agak asing bagi aku . Langkah aku hentikan dekat satu terminal berikutan aku perlu dapatkan pengangkutan untuk pulang ke Putrajaya , gara-gara kuda hitam aku mengalami gangguan pada penyejuk enjinnya . Kegagalan sistem menyejuk enjin itu mengkibatkan suhu meningkat secara mendadak sehingga keluar kepulan asap pada kepala hadapan kuda tersebut yg aku jangkakan kehadiran jin yang keluar disebalik asap tersebut . Jadi konklusinya , aku beli tiket bas .

Suatu perasaan gusar apabila langkahan pertama aku buat bila nak masuk bas tu . Si pemandu mengenakan senyum lebar ,tertatah di raut wajahnya yang mungkin berusia pada lingkungan 50 . Seat 2B tepat terpampang pada kedudukan kerusi paling hadapan . Pemandu mula mengemudi bas bertransmisi manual tersebut dan cuba menyusur di laluan kampung .

Bermula pada halaju yang sangat rendah , dia menambahkan kelajuan bas tersebut . Aku semakin gundah gulana apabila sambil tergelak , dia tidak semena-mena laju di kawasan yang agak curam dan sempit . Apa lagi , berderau darah aku tengok ketidak-stabilan bas tu . Aku tak berapa pasti niat dia ,tertanya-tanya aku di dalam hati . Samaada dia ni seorang pemandu bas atau pemandu rally . Selekoh maut aku tengok dengan sewenangnya dia ambil tanpa membrek . Aku bukan apa  , risau bas ni terbalik sebab sarat dengan manusia . Kalau penuh dengan ayam atau ketam , tak lah hairan dan risau sangat . Getir hati aku memaksa aku berdoa agar tak jadi gambar di dalam surat khabar . Semakin melingkup pandangan aku bila aku rasakan sebelah tayar bas seakan terapung 2cm dari permukaan jalan .

Aku terkedu bila tengok penumpang di belakang sudah terumbang ambing , yang menjerit tu dah memang . Aku dapat rasakan seperti dia mahu melarikan diri dari sesuatu yang aku sendiri belum dapat pastikan . Bisik syaitan telah buat aku terpukau mengatakan dia nak culik semua penumpang sebagai tebusan . Kelihatan seorang lelaki berbadan sasa mengacah-acahkan diri sebagai Air-marshall merangkak untuk menghentikan agenda si pemandu . Namun , ternyata niatnya terseleweng kerana si pemandu berbisik sesuatu pada telinga si berbadan sasa tersebut . 

"kita bagi sama rata...", bisik dia seperti mahu merancang tebusan , duit untuk dibahagi sama adil .

Seorang lagi yang cuba bertindak seperti Jet Li dimana dia cuba membuat tendangan laju pada si badan sasa namun nyawanya melayang selepas satu das tembakan mengenai paru-parunya . Terbaring , lantai hanya dipenuhi darah ! Hiruk-pikuk suasana menyebabkan si pemandu semakin laju , kemungkinan departure bas ni dekat Burma . 

GEDUMMM !

GEDANNGGG !!

Bas telah melanggar sebuah kereta yang cuba memotong basnya secara merbahaya . Kolisi antara bas dan kereta membuatkan semua tersungkur dan momentum yang sedang terhasil , aku selitkan dengan penumbuk tepat pada kerongkong pemandu . Aku rampas sepucuk revolver pada tangannya dan tanpa lengah aku menembak mati pemandu . Bas terhenti tapi azab aku belum habis sebab kena juga menamatkan riwayat si badan sasa tadi .Tiba-tiba....

kling kling kling ..

henpon aku berbunyi menandakan ada text masuk melalui aplikasi whatsapp . 

"awak okey tak ni?????"
"sabar, sikit je lagi"
"tahan sikitttt demi perut...."

Aku tersentak dan terkejut bila aku tengok si pemandu tadi masih hidup , dan si badan sasa tadi tengah hebat berdengkur .

p/s : aku mabuk doh naik bas . aku harap takde siapa perasan aku mimpi sampai mengigau . hahaha . dan aku tak faham kenapa dia cakap tahan demi perut .hahahahaha

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .