Friday, 18 October 2013

fate , destiny , plan ?

aku tak rase la pe sedang berlaku pada diri korang , mahupon kepada jiran sebelah kiri rumah korang ni bukan lah berdasarkn pe yg korang rancangkan atau plan yg juga dimiliki seorang jurutera yg mempunyai plan rumah banglo berharge 14 rupiah stengah . sebagai seorang yg berjiwe pemikir negare ala2 penasihat sultan melaka dan parameswara ketika zaman dulu, beliau mengisytiharkan tajuk yg perlu di bahaskn untuk sesi perbicaraan kes mahkamah ialah plan atau takdir .

    betol ke ape yg korang idamkan dulu korang kecapi semase baru permulaan langkah ke tadika dulu dengan iringan kawan2 yg tak dikenali identitinye , mahupon latar belakang . bercita2 sebagai seorang yg berjaye sejenak terlintas ketika memulakan kayuhan kedua dgn mnaiki basikal roda 3 yg popular pd akhir 80an yg sekaligus berjaye merundumkan syarikat rakaman kumpulan Search . fikiran beliau merungkap kembali mase lampaunye yg berimaginasi mnjadi seorang guru sains , seorang penjawat yg mnguruskn wang dan termasoklah daya ilusi yg beliau tercebur iaitu sebagai Power Rangers Merah . 

   "belajo rajin2 , nti bole masok u , kje bgos" . itulah ungkapan seorang guru berbangse siam yg juge hanyalah pelawat2 yg tersesat kesekolah beliau ketika meredah kawasan hutan hujan berdekatan . tetapi secare tnpe sngaje ungkapan itu berenang2 seperti ikan todak di otak beliau hingga sekarang .  

   hingga ke hari ini , beliau percye beliau telah melaksanekn tugas atau amanah dr diri beliau sndiri atau dengan name komersialnya plan. plan utk hidupnye yg bukanlah senang seperti menyiapkan plan model dalam penghasilan rak kasut atau reban kerbau seperti yg dijayakan oleh encik zanawi selaku arkitek kampung . pengembaraan beliau yg diadaptasi dr mimpi , angan2 dan juge perancangan beliau , mungkinkah related dengan ape yg dilaluinye dengan ape yg terjadi sekarang ? mungkin ya . mungkin tak .

   beliau merasekan ianya menyimpang bak kereta sorong yg dipandu samad yg sarat dgn batu bate melingkup di bahu jalan ! semuanya berbeza . mungkin inilah takdir . mungkin dulu beliau terlupe sesuatu perkataan . gembira . well , beliau menjelaskan kpd akhbar tempatan yg beliau mncapai kegembiraan dan kepuas-hatian meskipun ape yg berlaku berselisih dgn rancangan hidupnye dan juge rancangan kartun cuti sekolah di televisyen tempatan . kate2 akhir beliau ialah ," asalkan lu happy  bole pikul your responsibilities , memadai bro" . aku pon rase ayat beliau byk maksud yg perlu korang rungkai sendiri . 

inilah girangnye beliau yg ternyate kesahihan yg beliau puas hati dgn hidup beliau . happy go lucky katenye .

Tuesday, 1 January 2013

australia ???

masih dan semakin berhabuk aku tengok blog ni . maklum lah semenjak mesin penyedut hampagas buatan china (yg dirahsiakan namaproduknya) telah rosak , maka terbiarlah blog aku tanpa disinggahi oleh penulis ensem yg semakin kurang mase dan idea untuk membahaskan isu2 yang berlaku pada dirinya .

    Bukanlah penulis ensem ini ingin menceritakan tentang mesin penyedut hampagasnye yang terbaru yang tertera 'made in australia' , tetapi ingin mewar-warkan tentang girangnya diri beliau ketika mendapat offer untuk melanjutkan kerjayanya di sebuah negare yg jauh . oversea . AUSTRALIA . 

    First at all beliau telah menemui satu jalan yg agak terang benderang bg mase depannye bagaikn jalan short-cut yg disuluh dgn lampu basikal roda 3 milik encik hasan yg juga pelopor dalam bidang menerangi jalan malam . kerjaya yg menjanjikan nilai penggajian yg berlipat2 liku lipat macam lipat baju .

    sokongan demi sokongon tulang belakang beliau terima untuk meneruskan misi tersebut . tak lupe juga kritikan dan ideologi serta tanggapan negatif dari pihak2 sekeliling rumah . ade  yg berfikir suatu unsur penipuan . tp setelah dikaji secare perspektif dan unsur sejarah , dakwaan itu ternyate mnyimpang hingga terbabas ke longkang . 

   Tp beliau setelah sejenak hingga memakan 2 bln setengah , jiwanya dan otaknye meronta tak ingin pergi berjauhan dr familia kerna jaraknya bukanlah dr sabak bernam hingga ke johor bahru . beliau tak ingin pulang setaun skali kerana wang dan ringgit ,tidak sggup memikirkn familianya yg hanya ditatap di paparan skrin samsung galaxy note II yg mnggunakan aplikasi 'skype' . 

   simpul3 .. menetaplah beliau disini yg hanya ingin menatap wajah kedua org tuanya . cukuplah katanya dia lebih bahgia dengan cara ini . wang ringgit boleh dicari, tp masa bersua , bersalaman , mncium tangan  papa n mamanya ckup setaun skli ? mungkin ade yg bersedia , boleh terima , tapi masing2 berbeza . tp niat kite mulia , Tuhan tetap kurniakan yg terbaik . sambil mengikat tali kasut tumit tinggi beliau terus blah ke warung pisag goreng untuk melepak ..