Tiba-tiba aku rasa macam nak kongsi sikit pengalaman yang agak menarik masa aku jadi ahli pengakap dulu . Ceritanya bermula bila mana aku dengan geng-geng pengakap lain tersesat dalam hutan tebal . Mengikut perancangan awal kami sepatutnya mula menyusur hutan rimba dekat satu hutan dekat Kuolo Pilah tapi disebabkan aku sebagai ketua bertindak melulu berjalan dengan laju akhirnya meninggalkan cikgu pengakap aku .
"anak-anak sekalian , kita dah sesat ", bilang aku dengan muka yang agak tenang tanpa rasa bersalah .
"bagus , ada siapa2 bawak map ke kompas?" , celah orang kanan aku ,syamir .
masing-masing hanya senyap membatu dan jawapan itu berjaya dijawab dengan bunyi cengkerik . Dan kebetulan , hanya ketua dibenarkan membawa bersama talipon . Aku pun bersyukur tak terhingga sebab penyelamat itu ada pada aku . Peratus bateri aku menunjukkan 2% . CANTIK ! getus hati aku . Dengan serta-merta aku melancarkan aplikasi waze .
"anda berada di tengah hutan amazon", suara kecil muncul dari aplikasi tersebut dan membuatkan semua tercengang . dan terpadam .
Ada yang sedang kunyah kulit kayu disebabkan kekusutan menerima benda yang tak masuk dek akal . Syamir mendakwa kami dah termasuk satu portal dimensi bunian dan aku menyangkal dengan keras yang itu semua syirik ! Syamir ni sememangnya seorang yang terlalu obses dengan filem fantasi dan karut malah aku hanya percaya sains . jadi untuk menenangkan semua pihak lalu aku menyanyi lagu Hazama - malaikat .
"krap krap krapp krappp "
bunyi ranting kering di pucuk tanah yang seakan dipijak . maknanya aku berpendapat ada makhluk yang sedang menghampiri kami di kegelapan tu dan aku pasti ianya bukan doraemon . Kami semua memang berharap doraemon datang sambil cakap "pintu sesuka hatiiii" . Malangnya dalam samar-samar gelap kami tersuluh sedikit oleh cahaya bulan dan menampakkan susuk berbelang dan aku juga pasti tiadalah kuda belang di dalam amazon .
masing-masing berbisik "harimauuuuuu" . dan lantas hidung aku dah terhidu bau hancing ,dan cirit beraroma kari yang diyakini milik Samad sebab dia saja yang membawa bekalan roti canai beserta kuah kari . baunya pekat .
Dalam masa kurang dari seminit aku berjaya memikirkan jalan penyelesaian dan terus mengadakan mesyuarat tergempar dalam keadaan yang sangat senyap .
"aku ada cara !", aku membuntang mata kepada setiap ahli . dan ini lah penyelesaian aku :
-menumbuk rusuk harimau tersebut .
-bisik dekat harimau tu ada kfc 100 meter dari sini ,lagi sedap .
-rasuah harimau tersebut .
-berlakon jadi anak atau adik harimau tersebut.
-serah diri .
-tidur . doa je yang kau sebenarnya tengah mimpi .
p/s : aku pilih yang terakhir . aku tiba2 bangun dekat atas katil . mak aku masak lempeng dengan sambal . kawan-kawan pengakap aku call ajak pergi cybercafe . diorang hidup lagi ! hahahaha
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .