Monday, 3 October 2016

Ahmad Ghazi skinhead (part mendesak)

Ahmad Ghazi menyeluk poket jaket denimnya sambil meraba duit yg renyuk tadi. Namun malang lebih menyebelahinya, hanya sekeping seringgit yg hampir saja terputus dua ,tak cukup untuk mengisi tangki petrol vespanya . Hilang !

"Tuhan ni memang tak layak untuk gua!!" , Ahmad Ghazi memberontak .

"Sabar . Jangan marah . Ini duit 60,000,000 dinar. Kau ambil dan belanjakan. Lupakan tuhan kau tu", sambil senyum seorang lelaki memberi dekat tangan Ahmad Ghazi.

"Lu siapa? Tuhan ke??!" , Ahmad Ghazi menyoal beriak kagum .

"Aku bukan tuhan. Aku ini Lucifer .kau la tuhan. Bila kau tuhan apa saja yg kau nak kau dapat..", ujar lelaki bergelar Lucifer tersebut.

Tak sempat menghitung dinar tersebut, badan Ahmad Ghazi seraya merasakan panas pada seluruh sendi dan kulitnya. Ahmad Ghazi meraung sekuat hati sambil membongkok dan lantas tertiarap. Dikuatkan kudrat ,dia merangkak mencapai air di tasik tak jauh dari stesyen minyak tadi.

Badan Ahmad Ghazi terus menerus mengembang sambil bercahaya terang menyilau mata . Manusia di sekelilingnya bertempiaran, ada yg sempat menyauk sedikit dinar tadi.

Badan ahmad ghazi membesar ! Ahmad Ghazi dah jadi besar ! 30 kali ganda dari saiz ahli gusti 'the rock' .  

BAM ! DUM ! DAM !

"Gua lah yg paling besar dalam dunia !!Gua la tuhan !! ", jerit Ahmad Ghazi dengan girang yg suaranya boleh kedengaran hingga ke negara jepun sambil kakinya menghanyak rumah serta bangunan di bawah kelengkangnya.

Seorang perempuan, kelihatan tua perwatakannya menghampiri Ahmad Ghazi sambil menyinsing lengan baju kurung kedahnya.

"Aku suruh kau beli kicap yg buat hal dekat sini kenapa Ahmas Ghazi ! Aku gaji rm200 sebulan pun boleh bagi kau hidup !    Kau jangan sesekali cakap kau tu tuhan! Baru susah sikit dah nak murtad!" , meluap marah perempuan berbaju kurung kedah tadi yg juga adalah mak Ahmad Ghazi.

Beep beep beep beep

Lampu di dada ahmad ghazi mula berkelip dan sekelip mata Ahmas Ghazi jadi kecil . Sudah 3 minit agaknya dia membesar lalu menjadi botol kosong f&n sarsaparila.

" rezeki tu kuasa Tuhan,hak Dia. Dia takkan kejam terhadap sesuatu itu hingga luar upaya sesuatu atau seseorang itu. Mungkin hari ini rezeki orang lain, dan kau jangan pernah berhenti mencari dan meminta. Sesungguhnya itu yg merapatkan kau dengan Dia di dunia ni. " , lembut Ahmad Ghazi menasihati Jamal Bolton yang sedang minum f&n sarsaparila dan cendol bersama perempuan tua berkurung kedah tadi.

P/s : sanggupkah lu menyambut gua tatkala gua jatuh melayang tiada hala .  

Ahmad Ghazi skinhead

Tiba jam 1 tengahari waktu burma, Ahmad Ghazi mula melangkah masuk ke kedai cendol masjid india. Dengan memakai boot doctor marten, jeans ketat lusuh berjaket denim, Ahmad Ghazi melabuhkan punggung dekat bangku plastik dengan raut marah . Dua mangkuk cendol kacang merah tiba di atas meja dipesan oleh Jamal Bolton, kawan Ahmad Ghazi tp yg hanya memakai selipar berbiji merah.

"Kau kenapa Ahmad Ghazi? Dr tadi aku tengok muka bengkek je.." 

"Ape perkara paling sial sekali lu pernah rasa Jamal Bolton?"

"Paling sial pun setakat awek aku ada scandal lain . Kau putus cinta ke? Hahah"

"Babi betul bila takde kerja bagus sekarang ni! Gua ada Phd sial!! , suara Ahmad Ghazi memecah hening laungan azan masjid.

******

Ahmad ghazi menyumpah seranah majikan lamanya kerana tidak membayar gaji yg sepatutnya. Hampir setiap jam ada saja celupar mulutnya terhadap majikannya.

Dia keluar serta merta dari kilang tempat kerjanya sambil memberikan jari tengahnya terhadap majikannya. Sedikit hentakan pada pintu keluar oleh kasut doc mart Ahmad Ghazi . Ahmad ghazi geram sambil merenyuk not seratus sebanyak 3 keping dalam genggamannya.

"Tuhan ni memang tak adil ! Gua tak rasa ada tuhan. Asyik susah je hidup gua. Gua ni mudah sangat percaya !" , Ahmad Ghazi hilang kewarasannya .

Bersambung ....

P/s : otak gua tengah separuh . Mungkin terlebih ubat alergic . Haha