Sunday, 27 September 2015

Song of the week


P/s :Layan kejap song of the week gua . 

Saturday, 19 September 2015

Gua kaya suka main golf

Suatu petang redup dekat sebuah padang golf hotel ternama di sekitar kuala lumpur .

"Dupp ", bola golf dipukul tepat memasuki lubang .

Trutt .. trutt .

Hello , ni Dato' Aus bercakap .

- selamat petang Dato' . Bisnes baru dato' . Saya ingat projek ni saya nak bagi dekat dato' . 

Projek apa tu Tan Sri Habib ?

- projek bangunkan hotel lama dato' . Saya tak banyak modal jadi saya serahkan dekat dato' .

Tan sri nak guna berapa banyak nanti saya tuliskan check saja . Atau lebih mudah tan sri serahkan saja projek tu pada anak saya , Muhammad Iskandar tu yang baru habis belajar dekat UK . Saya ingin berehat tan sri .

- idea yang bagus dato' . Dan kesempatan tu,saya nak beritahu niat sebenar saya . saya bercadang nak jodohkan Suraya anak saya dengan anak dato' . 

Wah ! Lagi bernas idea tan sri . Boleh lah kita kembangkan lagi kemewahan kita . Kita tubuhkan syarikat rakan kongsi . Tambah kaya kita ya tan sri .

- hahaha . Jadi apa kata malam ini saya jemput dato' untuk makan malam di rumah saya . Kita harus percepatkan jodoh anak kita . Duit tu Dato' Aus .

*************************

Gua bangun dari lelapan gua . Gua gulung tembakau jawa dengan daun rokok gulung . Gua bakar dan gua kepulkan asap ke ruang atmosfera . Kaca televisyen yang gua tonton mula kelabu tidak bersiaran . 

"Esok hari ahad . Dan sebagai buruh kasar tiadalah erti cuti dan bersenang lenang bagi gua demi menempuh harga barang yang terbang bak bola golf yang dipukul menteri-menteri ." , gua berseloroh . 

P/s : selamat hari minggu . Jangan berhenti bekerja selagi belum kaya . Hahahaha . Celaka betul tak kaya-kaya dari dulu .


Tuesday, 15 September 2015

Fuhhh...

"Tiup lilin tu aus !! "

"Potong lah kek tu !!"

"Happy birthday to you .. happy birthday too youuu .."

Wah . Gua seakan terbujat tak tahu apa untuk gua katakan . Semuanya seperti kejutan ! Gua tak tunggu lama .gua terus capai pisau dengan kelajuan paling pantas . Gua segerakan memotong kek sebesar peluk gua tu . 

Apabila pisau yang ingin gua tikamkan ke arah kek tersebut tiba-tiba sahaja semuanya bertukar kabus ! Gua seperti dialihkan ke dimensi lain . Hanya kabus meliputi keliling gua . Gua cuba jugak mencari kawan gua yang tadi sibuk meraikan hari jadi gua tetapi gagal . Gua juga gagal mencari gadis berjubah hitam yang dulu pernah hadir bersama unicornnya dulu .

Mata gua lincah mengamati keliling dan otak gua memaksa gua beranggapan yang gua telah disembunyikan oleh makhluk ghaib . Gua berjalan mencari penghujung dimensi ini tapi tampak sia-sia . 

"Bukk ! ", Satu benda jatuh tanpa kelihatan .

Gua langsung hairan dengan bunyi tersebut dan terbujur layu di tengah halaman yang gua tak tahu ke mana patut gua pergi . Gua mula terfikir siapakah yang betul sedang memikirkan untuk selamatkan sisa hidup gua . Gua lantas membaringkan tubuh . Gua mula membaca doa yang gua tahu termasuklah doa masuk tandas . 

"Ini lah hidup tanpa kasih . Kabur dan kosong . Ingatlah bahawa hari ni kau patut bersyukur kerna umur kau telah sampai ke hari ini. Sedarlah bahawa hari ini menjadikan kau semakin hampir dengan bacaan talkin di kubur . Penuhilah umurmu dengan ....... "

Gua tersedar apabila suara garau membisik di telinga hati gua . Gua terkejut dan jantung masih berada di dalam degupan kencang seperti baru menamatkan acara lari berpagar 400meter . 

"Kau ni boleh lak tidur dekat meja ! Dah kena baling dengan kotak rokok pun kau boleh selamba . ", hilmi berseloroh dekat tepi gua .

"Ohh . Bunyi objek jatuh tadi kotak rokok rupanya kena baling . Hahaha " , gua gelak lepas sedar gua bermimpi rupanya .

Tapi siapa yang bisik tu semua ??? dan kenapa tak habis ???? Mana kek tadi ?? Mimpi apa ni sial !

P/s :Member gua cakap gua dah kena santau beruang kutub . Sangat senang tertidur dan sangat susah nak bangun . Gua bersyukur gua masih disambungkan udara untuk gua bernafas .takkan gua siakan. Selamat hari lahir aus - by orang ensem

Monday, 14 September 2015

Patriotismangkuk

"Hidup kita ni bagai laluan lebuhraya yang kian sempit menuju jantung . Lalu apa yang terjadi ialah kadar pengepaman oksigen oleh jantung adalah sangat terbatas . Kejadian seperti ini akan mengakibatkan otak semakin sempit kerana kadar penerimaan oksigen oleh otak berkurang . Lalu banyaklah kejadian salah guna kuasa oleh ... " 

Debushh!! 

" sudahlah kau dengan ceramah kopi kau yang tak semenggah ! Tak pernah bersyukur betul kau . Asyik nak kondem menteri je .." 

"Kalau aku tak sokong kerajaan macam mana kerajaan nak membangun ."

"Fikir la sikit kenang lah sikit apa kerajaan dah berbakti dekat kau dari kau kecik ."

Rais memang ultras malaysia . Memang fanatik menteri menteri dekat atas . Gua tak pasti apa yang rais ni dapat . Apa perjuangan yang diperjuangkan entah gua pon tak tahu . Katanya 'fahamlah' sikit keadaan ekonomi dunia sekarang tapi rais sendiri melenting kopi ais naik seposen .

Hari ni rais keluar dengan awek dia pergi tengok wayang . 3 minit sebelum start cerita, berkumandang lah lagu negara lagu negara rais dan diarahkan semua diminta berdiri . 

"Kita kena bangun tanda hormat ni ! Bangun lah ! Bersemangat patriotik lah kita ! ", rais lantang bersuara bersemangat dalam panggung sambil bangun mengangkat punggungnya untuk berdiri .

"Awak ni duduk sajalah ! Tak payah patriotik sangat boleh tak ! 1 usd dah bersamaan rm4.30  pon masih buta lagi ke ?? " , lekas awek rais menarik lengan baju rais menyuruhnya duduk .

Kata rais dia duduk cuma dek kerana takut bajunya terkoyak dek tarikan aweknya dan sebab nak jaga hati aweknya . Padahal rais sedar dan terkedu kerna cuma dia sorang je yang berdiri .akibat risau dikecam rais menikuskan dirinya sampai habis cerita akibat malu. Rais sibuk memikir kenapa negaranya sedang dikecam hebat. Patriotisma rais senang koyak . 


P/s : bagitahu gua siapa tak tukar siaran tv kalau ada lagu negaraku dekat tv . Berjuanglah atas nama kebenaran dan keadilan negara . Selamat hari Malaysia .