Tuesday, 5 July 2016

rukun islam dan rukun kemanusiaan .

"Aus, dah bayar zakat fitrah belum ? " , soal abah dekat gua masa pagi raya tadi .

Suatu kewajipan bagi gua yg bergelar islam dan juga tanggungjawab seorang manusia dekat manusia lain . Ingin gua tekankan harus sedikit harta dizakatkan agar yang lebih memerlukan sama merasa . Tapi , pada pandangan gua adakah ia berjaya dilunas berdasarkan niat yang diwajibkan untuk membantu tu?

**************

Setibanya kratos tiba di hadapan kedai pak haji ramli, dia mulakan langkah masuk selepas memarkir honda ex5 yang kian uzur. Mak kratos memintanya beli beras wangi 10kg serta udang kering untuk dibuat bubur lambuk untuk berbuka ramadan terakhir. Akan tetapi digenggam hanya wang not 10 yg terangnya tidak berjaya untuk proses jual beli tersebut dan itu wang terakhirnya .

"Haji,hutang dulu boleh? ", ujar kratos dekat haji ramli.
"kau dah boleh mintak baitulmal kalau daif macam ni kratos..."
Kratos keluar menggenggam wang not tersebut sambil matanya memerhati seekor kucing yang seakan ingin mengikutnya.
"Eh,kucing ni ,kalau kau tak kurap aku dah ambik kau dah. So babai la kau", getus kratos.

"Kami ni kaum kucing akan cuba mengutip dana dan zakat utk memelihara kesihatan dan kehidupan kucing yg lain. Jika semua kucing di malaysia ni sihat gebu maka saya rasa tiada jurang antara kucing . Juga manusia. Tanpa kedaifan.mungkin kami boleh kutipkan dan agihkan zakat kami dekat manusia mcm tuan. Agar semua sama merasa tiada beza. " , terang encik belang kepada kratos selaku presiden kucing kampung palong koko. Lalu beliau pergi dengan meninggalkan kratos dengan sebuah jet persendirian.

Kratos terpinga-pinga dengan apa yg didengarnya .

"Mana orang zakat ni !! Ape diorang buat dengan duit zakat rakyat ni ??! " , geram kratos terhadap kedaifannya dan yg senasib dengannya .

P/s : haram jadah line takde time raye ! Haram jadah haram jadah haram jadah .