Hidup...
kadang kala, kemerengekan aku membuatkan aku sedar betapa ramai manusia yang masih belum mampu mendapat kan keperluan seharian nya masing masing, sedangkan aku merengek kerana kehendak yang diingini tidak tercapai capai sedangkan ianya hanyalah kehendak nafsu diri semata mata.
Bersyukur....
Kadang kala, diri ini selalu tidak bersyukur apa yang sudah ditakdirkan, malah ingin berpaling. Apabila sudah berpaling ianya tidak lah sebagus yang diingini, malah berasa menyesal akan semua yang telah di cerca. Sudah bersuluh lagi menderang, terima lah saja apa yang ada dimuka bumi dunia ini kerana apa yang diingini belum tentu akan jadi macam apa yang kita hendaki. Aku menyesal kerana terlalu memilih, dan akhirnya sekrang aku menjalani hidup ku seharian bersama kerja yang aku rasa dipaksa terpaksa atau tidak mungkin terungkai dari kata hati ku. Tetapi, redha telah banyak mengajar aku bahawa semua ini hanyalah cerita, cerita yang memberikan pengajaran kepada aku agar tidak keterlaluan dalam membuat keputusan. Alhamdulillah
Dan.... sekarang tidak lain tidak bukan diri aku hanya diri aku yang harus bertahan dan bertahan atas kemerengekan ku sebelum ini, aku cuba membuat yg terbaik untuk diri aku dan hari hari aku. Sesungguhnya tidak siapa yang akan membahagiakan diri ini kalau bukan diri sendiri yang memulakan nya dahulu.
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .