Saturday, 14 February 2015

hiba

khamis malam jumaat , 12 febuari gua dikejutkan dengan berita yang sangat sedih . "satu kuntum bunga cantik telah dipetik dari taman" .itu lah satu ungkapan yang bagi gua sangat sedih dan yang pasti sedih gua bukan gua sorang yang rasa .

perginya seorang ulama, tokoh agama , tokoh politik , ilmuan islam tersohor dekat tanahair gua . seorang sentiasa berjuang untuk agama ,rakyat dan negara dalam hayatnya. gua yakin sememangnya ianya adalah satu kehilangan besar dalam ruang kasih kita sebagai seorang pemimpin islam dalam negara . Siapa lagi yang tinggal untuk sambung perjuangannya dalam misi menegak dan menyanjung tinggi ilmu Allah . kesannya untuk satu pembangunan agama dalam diri setiap insan . gua sanjung tinggi Tuan .jasamu untuk negara untuk kami gua akan kenang sampai bila-bila .

TIDURLAH TOK GURU

negerimu banjir lagi
air mata bertakung di hati
kau kembali ke riba pencipta
pada malam penghulu segala hari
setelah Dia memberi cukup petanda
dalam sesingkat masa

kami bukan menangisi pemergianmu
kami hanya merintih kehilanganmu
mohon pengganti Murabbi
yang sejati dan istiqamah sampai mati

mengagumi dari jauh
menyantunimu hanya dalam mimpi
mengharapkan bersua namun sampai sudah tidak berjumpa
mungkin saja kerna aku masih belum layak
untuk berdamping dan berjuang bersama
sedang ilmu lebih banyak perlu ditimba
sedang iman perlu dibaja dan diperkasa

namun pada Allah aku pinta
letakkanlah aku bersama-sama pemimpin
sezamanku yang mulia
di padang Mahsyar nanti
supaya rapat dekat dengan Nabi
semoga dapat syafaat dari Muhammad (SAW)

Tidurlah Tok Guru
dunia telah kau tinggalkan
akhirat kini menjadi buruan
halaman untuk menuai segala hasil perjuangan

semoga kau tenang bersama Dia
setelah letih dan lelahmu berakhir jua

salaam kami untuk Rasulullah
usaha dakwah yang kau wasiatkan
akan kami teruskan InsyaAllah

by:unknown


Tuan Guru Nik Aziz(1931-2015)


p/s : Gemilangnya Islam di bawah kepimpinan Ulama' .gua harap gua dapat berjuang bersamanya tapi....



Wednesday, 11 February 2015

notis pemberitahuan

gua cuma nak cakap perempuan yang pegang beg pull & bear dekat instagram gua tu stylo . gua suka jugak kalau lu nak pakai macam tu . hehehehhh .sangat cantik kalau lu cuba .di samping itu ingin gua katakan yang itu bukanlah gambar awek gua sebab gua masih single . hahahahahaha


p/s : gua nak sambung hibernasi gua . demam gua ni menjadi-jadi . tak ada ke tabib yang boleh datang ke rumah ? sumpah gua dah meracau ni.

Tuesday, 10 February 2015

terfikir

tadi siang , gua ada berjumpa dengan kawan gua masa gua baru nak lepak makan dekat satu restoran dekat tempat gua. lepas tu kawan gua ni datang bawa kawan perempuan dan dia duduk bertentangan dengan gua . gua perhati je sambil bercakap dalam hati gua perempuan ni cantik siot .

"aus, ni kawan gua , ima . dia ni kerja dekat Jabatan Perdana Menteri", kawan gua cuba menyentap masa gua dengan salam perkenalan untuk gua .

wah ,JPM . siap berkot dan gua nampak gayanya yang agak serius .

"excuse me sir , mam , may i take your order now ? " , sapa seorang waiter dekat restoran tu .

gua senyap sebab gua tak berapa pantas berbahasa penjajah ni . gua biarkan .

"yes adik. i want order now . i nak keleslow (coleslaw) ni dengan peteto wedg (potato wedges) , ayam yang one over four (quarter) ni . and i nak yang not too pedas" , jawab perempuan berkot tersebut .

gua yang tengah sibuk menyedut asap rokok tiba-tiba gua tersedak . ini bahasa apa sial dia guna ???! walaupun gua tak mahir berbahasa inggeris tapi gua rasa gua tak ada campur aduk bahasa . dengan segala sebutan salah . masalahnya dia ni gua perati cakap dengan penuh keyakinan dengan muka kerek. kononya dah hebat speakingnya tu!

"aaaaa ..okay mam . okay.." ,waiter tu terpinga-pinga kerna mungkin otaknya masih mencerna tutur bahasa perempuan itu .

gua jenis tak berapa berkenan dengan orang yang acah-acah berlagak depan gua . dengan segera gua tiup asap rokok gua ke dalam telinga dia . menggelupur dia sambil terlompat-lompat atas kerusi .


p/s : gua terfikir macam mana proses interviu JPM cari pekerja untuk sebuah jawatan yang tinggi ?? macam mana orang macam dia boleh ditugaskan untuk menjaga urusan di dalam Perdana Menteri punya pejabat ?? lahanatnyaaa ...!

Monday, 9 February 2015

perahu karam

"Mungkin ada benar kata pendeta tersebut ,tuan hamba jangan lah terlalu memikirkannya . jika berterusan sebegini , padah tuan hamba , padah ", kata seorang penasihat kepada laksamana bentan .

"tapi penasihat , rasanya tuan hamba tak faham apa hamba rasa sekarang ..",laksamana bentan terduduk di persisir pantai. 

Di lihatnya perahu-perahu nelayan mula beransur pulang , hanya dia sahaja di situ duduk melihat mentari yang sedang terbenam di telan bulat bumi di seberang . rasa bersalah dan kehendak hati , itu lah yang sedang berlegar di dalam otaknya . Dengan perlahan dia membuka ikatan tali perahunya pada akar bakau . Dihunuskan pendayung ke arah permukaan laut gelora . 

"maafkan hamba tuan puteri .sebenarnya hamba...." , laksamana bentan hanya mengeluh .dia mula memancung ombak dan dengan perlahan hilang di dalam silau jingga mentari yang sedang tenggelam . 



p/s : sambung kalau berani .







Friday, 6 February 2015

sepetang bersama lorde

Nurse dan pakcik
Pakcik : Dik ado jambe dok sini... Pokcik raso nok kecing ni
Nurse : Ada pakcik..kat belakang sana belah kanan tuh...
Dia pon pergi lah ketempat yg ditunjukkan nurse tersebut. 2 minit kemudian dia datang balik ke kaunter
Pakcik : Dik... jambe sie (siang) tak dok ko???
Nurse : Laa mana ada tandas siang ke tandas malam..yang tu je pakcik tak kira siang ke malam.
Pakcik : Pah tu bakpo dio tulis 'MALE'.


bukan apa, mybe lawak ni lawak dh lapok tapi apa salahnya sekali sekala copy paste sebab petang petang macam ni nak makan cicak goreng sambil pedas dengan siput basi pun ada juga. apakan daya, pemasak-pemasak di malaysia ni takde sorang pun yang buat maka kita reka lah sendiri.ye dok?

p/s: khas untuk kau yang selalu lapar tengah malam buta baru nak pergi mamak lah, kejiranan lah dan lastly nasi lemak petronas.

hijau atau merah ?

"do .. tolong mak beli kicap kejap . bapak kau ni nak makan ayam masak kicap ni . kicap habis " , satu suara lantang dari seorang emak .

"ala mak . suruh la bapak makan ayam tu dulu . kicap tu lepas makan buat pencuci mulut. orang sakit perut ni ." , jawab Ronaldo sambil memberikan idea yang bebal ..

"kepala otak kau jambul !" , emak ronaldo bertempik .

Ronaldo memang sayangkan emaknya . sememangnya dia seorang yang jujur , baik dan mungkin itu pertama kalinya dia menjawab . itu pun sebab nak terberak . Perlahan-lahan dia memulas motornya ke kedai tanda akur .

kicap dibeli dan misinya tercapai . apa yang berada di kotak mindanya hanyalah jamban . segera dia memecut tetapi tidak lebih 50kmj sebab hemahnya dia di jalan raya dan juga kerna motornya tidak boleh 'pergi' lagi laju .

macam yang gua katakan , ronaldo memang seorang yang baik , berhemah dan jujur . setibanya di suatu simpang besar ,dia lantas menekan brek hingga berasap tayarnya akibat bergesel dengan muka jalan . dilihatnya lampu merah dan hijau menyala pada satu masa . dia bersabar . terus bersabar .meskipun tiada lah kenderaan yang lalu lintas di situ ,baginya undang-undang tetap undang-undang . meskipun sakitnya perutnya bertambah parah . sudah terasa melekit keluar melalui rongga-rongga seluarnya .



5 tahun sudah berlalu dan ronaldo masih di situ dan terus berfikir samaada dia perlu jalan atau berhenti .

"lu nak bagi gua jalan ke tak ni ! cibai ! tak kelakar lah babi ! " ,ronaldo akhirnya bertindak agresif hingga melempiaskan caci maki . nilai murni ronaldo ghaib .

p/s : stress boleh buat gua muntah . mamak takde buat delivery ke malam-malam buta ? lapar lah pulak .

Thursday, 5 February 2015

politik dan rokok

"aku rasa hari ni hak aku berjaya dipolitikkan oleh aku punya negara..", kata azman sambil menggeleng kepala sambil tunggu kopinya sejuk atas meja warung wak mun .

gua dalam hati berbicara berani betul azman cakap macam ni . mau kalau ada kroni-kroni kerajaan , mau kena gari siap kena jirus kopi panas azman ni. wak mun pon terkejut , dia baru sahaja nak mula mengunyah kerepek ubi pedas terus terbantut . 

"aku bukan apa wak , aku ni golongan bawah-bawah je wak . belajarnya pun tak pandai . hasil pun dari kebun arwah bapak aku sendiri . kebun getah tu apalah sangat . nak dijual masih berhutang lagi tanah tu , bila dikerjakan duitnya habis bayar hutang tanah kerajaan . kadangnya aku rasa macam dibantu kadangnya aku rasa macam dirancang . aku nak jugak berkereta besar ..", keluh azman sambil meniup kopi yang masih berasap .

gua dengan asan terkebil . gua punya termenung dengan keluh azman hinggakan tempe aku dihurung lalat . gua pun terfikir juga sebab gua kenal azman dengan orang kampung lain . ya , rata-ratanya masih lagi memikul hutang bantuan yang diberi oleh kerajaan . apatah lagi harga barang semua melambung tak ingat dunia . 

"wak , bagi aku kalkulator ke sempua wak ", jerit asan . 

lah , ni apa pulak asan ni . takkan umur 31 ada lagi buat assignment matematik dan kalkulus . gua perhati asan sibuk mengira hutang yang dipikulnya termasuk hutang kereta , hutang motorsikal berkuasa tinggi , hutang rumah dan hutang makan di warung wak mun ni . tanpa gua sedar asan bertindak aneh sambil berdiri di depan warung . seluar pendeknya dilucut lalu disarung ke kepala . asan sudah gila barangkali memikirkan masalah .

"ketak !" 

satu lontaran batu bata hinggap dikepala asan . tidak dapat dipastikan siapa gerangan pembaling tersebut . darah mula membanjiri ruang hadapan warung dan asan masih menggelitik .

"azman , lu pikirlah benda yang perlu je untuk lu beli . syukur sikit brader" ,gua sempat berkata-kata sambil mata gua pandang tepat dekat semua orang .gua belah naik moto yamaha bapak gua sebab rokok gua habis . 


p/s : rokok surya 12 dah tak jual .rokok malaysia dah la mahal . cibai betul !




Wednesday, 4 February 2015

aku dan pagiku cantik !

keluar sahaja daripada kamar tidur ku iaitu pada pukul 10.30 pagi yang hampir hampir tengahari, seorang pembantu rumah atau kami sekeluarga yang memanggil nya "auntie su" lalu dia menyapa ku "morning piaa" walaupun dia berasal daripada indonesia, jawa barat tapi dia amat fasih berbahasa engglish walaupun hanya terdapat beberapa ayat sahaja. aku tersenyum kambing melihatnya dengan wajah yang ceria kerana pagi ini terasa sangat sepi walaupun terdapat bunyi bunyi vacuuummm..... seorang lelaki iaitu suami kepada auntie su iaitu "uncle har" dia memandangku dengan muka yang tak bersalah,kemungkinan di dalam hatinya berkata "lambat betul anak dara ni bangun" ...................................

tidak cukup baring di katil aku berbaring pula di sofa yang terdapat di ruang tamu malah ruang tamu ini menjadi tempat aku meluangkan masa keseorangan, dimana aku tidak menyukai sesiapa pun yang berada di ruang tamu ini. salah satu faktor kenapa aku suka ruang tamu ni disebabkan oleh sofa yang berbunga dan berlawanan pula dengan sofa bewarna putih juga mempunyai beberapa pasu bunga yang berbunga kan Rose merah dan putih walaupun plastic,tetapi cukup indah untuk aku menatapnya dan berangan suatu hari nnti akan ada seseorang jejaka yang sudi memberikan kepada ku ((tapiinisemuakhayalantaksukabungasangatpunsebabnyacepatlayu)) di ruang tamu ini juga terdapat beberapa buku yang sememangnya milik ku untuk diulangkaji....................................

auntie su menjerit menyuruh aku ''breakfast'' walau dia tahu aku memang jarang breakfast di pagi hari dia tetap mahu mempelawa. dan aku berkata "takpelah auntie,makan dulu aja" di dalam hati aku berkata "dari dulu sampai sekarang tidak pernah lenggang untuk mempelawa ku makan di pagi hari,sayang kau bik"

waktu berjalan dengan pantas seiring dengan pergerakkan ku yang semakin malas untuk membuat apa-apa yang berat yang aku tahu hanya memegang gadjet di tangan sambil berborak dengan beberapa orang melalui laman sosial. suddenly, my maid said to me "asfia ayuh lah makan,tak elok kurus kurus sangat tak cantik orang pandang"
aku tersenyum kerana diriku pantang di puji walaupun ayat itu bukan lah berbaur pujian sangat, lalu aku berkata "betul ke kurus ni,aku rasa aku udah gemuk lah udah hampir 50kg dong".............

diakhiri dengan sebuah lagu yang bertajuk Lorde-Team
p/s: rasa nak gelak macam pontianak sebab kelaka dengan diri sendiri AHAAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ok ok bai ;)


rasa umph!

bila dah sampai tahap ni , gua taktau nak marah ke tak . kepada awek-awek yang kat luar sana , jangan menunjuk sangat yang korang sayang pakwe korang .


gua dah cakap jangan , tapi nak jugak pakai baju "I LOVE AUS" ni. gua merajuk sikit dia punya pujuk ini macam . hai la Anzalna Nasir . habis lah rumah gua kena serang pihak media , Melodi, lu bikin panas !


p/s : gua rasa gua hensem malam ni . sial lah ! haahaa .

Tuesday, 3 February 2015

otak gua lepu

masa gua sibuk asyik menyedut menghembus asap rokok sambil gua sandar sikit bahu gua dekat pokok kelapa . gua terpandang atas . air kelapa . memandangkan hari tu panas agak boleh menggelegakkan otak gua , gua terniat nak panjat petik setandan dua kelapa . kerengga . gua memang benci kerengga sebab kerengga ni dia hebat gigit dekat kelemahan manusia seperti ketiak dan pelipat kaki . gua batalkan hasrat , gua sambung lagi baki rokok yang ada . 

"ni kalau gua duduk je dekat sini kelapa tak dapat , silap-silap pelepah hinggap kat kepala gua", gua berseloroh sorang-sorang .

gua majukan sikit ke bawah pokok rambutan . takde kerengga . gua bakar lagi rokok . gua tengok kereta gua dari jauh . adakala gua rindu kenangan gua dengan kereta tu tapi apakan daya , duit gua menyongsang ke tempat lain . maafkan gua cik kereta . gua datang hampir ke kereta gua dan gua tanya dia apa khabar . seperti yang gua jangka , dia hanya menyepi kerna kesihatannya terganggu . mungkin jua merajuk . sambil-sambil gua gosok badan dia, gua banyak meluahkan perasaan gua .

"gua bosan , lu takde gua rasa macam patah kaki . gua taktau nak ke mana .gua macam takde mood untuk apa-apa . kalau lah lu sihat mesti kita dah pergi bercuti berdua kan ", gua bercerita sambil menghela nafas panjang ,hiba .

"aus ,gua ada idea . lu pergi lah merantau sorang-sorang . hongkong pun okey . teringin beb tengok lu berkungfu macam donnie yen cerita Ip Man tu ! ", kereta gua mula menggeligakan otaknya .

gua dengan segera capai telepon gua . gua mesej dekat donnie .

gua      :don lu kat mana?"

donnie :raub,hongkong . apahal ?

gua      :okay gua datang sana besok . gua nak belajar martial-art dengan lu. gua nak                       berenti kerja . gua nak merantau !

donnie : takde hal mat .gua ambik lu dekat airport esok boh .

lai lai . gua kasi hantam lu punya ketiak 


p/s : apa la nak jadi dengan gua . rasa tak berguna pun ada . harga minyak dah turun kereta pulak rosak . cam pantat .


Monday, 2 February 2015

kepala otak

fia , sebenarnya aku ,


p/s : pernah tengok 2 earphone terbelit sekali tak ? babi kan . tu otak gua .haha

Sunday, 1 February 2015

puaka

malam tu sangat sunyi dan gua dapat rasa memang ada benda tak kena . mata gua meliar mencari sesuatu tapi nampaknya jawapan gua hanya disapa angin kuat sejuk yang menggigit . kaki gua terketar dan gua rasa bulu roma gua menegak seperti terkena renjatan elektrik .

lepas gua keluar dari kereta gua pasang niat untuk berlari menuju ke lif . 

"mana guard-guard dekat sini ! takkan gua sorang hidup dekat apartment ni! ", hati gua berdesus gelisah .

sampai je gua dekat lif , gua tekan butang naik . berulang-ulang kali . hampir 2 minit gua tunggu lif mahu tak mahu turun . gua gelisah sampaikan lutut kiri kanan gua berlaga satu sama lain . gua taknak pandang belakang .

lif terbukak . tiada satu makhluk pun di dalam . gua tekan tingkat 12 lalu gua tutup cepat-cepat . "ding" . lif berhenti di tingkat tingkat 2 tapi tiada siapa . "ding" . tingkat 4 dan masih tiada sesiapa . tangan gua mencakar dinding sambil hati gua menyumpah . sial .

"ding" . lif berhenti di tingkat 5 dan pintu terbuka agak lama . gua ambil keputusan untuk pandang ke dinding dan gua dengar tapak kaki masuk . gua pusing dan gua nampak perempuan berambut sangat panjang yang hanya memandang tepat pada pintu ! lurus ! badan gua terundur menghentam dinding . 

tiba-tiba hidung gua menangkap satu bau yang sangat busuk . mak gua cakap kalau bau-bau ni jangan tegur . bau semakin kuat . gua perhatikan yang susuk tubuh perempuan tadi mula ke kiri dan ke kanan dan masih lagi tidak menampakkan wajah . gua semakin gelisah sebab bau tu semakin kuat .

"ding" . lampu lif di tingkat 11 menyala kemungkinan tanda perempuan itu ingin keluar . gua membatukan diri dan gua rasa muka gua pucat seperti memakai bedak sejuk . pintu lif terbuka dan dia melangkah keluar dan dia menoleh sambil tenung muka gua dengan mata yang sangat bengis . gua hanya mampu menelan air liur , kahak serta tahi gigi .sepertinya dia ingin bersuara . gua sedia sambil mulut gua baca doa-doa lepas sembahyang yang gua ingat .

"woooiiiii budak !!!!! kau kalau nak buang angin tu agak-agaklah ! bau longkang kau tau tak ! berapa lama aku tahan ! biadap !! ", seraya dia melemparkan marah bermaki dekat gua.

oh . rupanya gua terkentut tadi . mana taknya , gua berlari tadi sebab nak tercirit beb . perut gua memulas dan gua tak dapat tahan . yang bau busuk tadi akhirnya gua tahu tu bau kentut gua . cilaka juga bau . hahahaha .mati-mati gua ingat bau hantu . puihh . gua terus menyamar menjadi tin minuman sejurus dimarah .perempuan tadi belah .

p/s : santet punya mamak . kari lu buat gua malu hari ni !