"aku rasa hari ni hak aku berjaya dipolitikkan oleh aku punya negara..", kata azman sambil menggeleng kepala sambil tunggu kopinya sejuk atas meja warung wak mun .
gua dalam hati berbicara berani betul azman cakap macam ni . mau kalau ada kroni-kroni kerajaan , mau kena gari siap kena jirus kopi panas azman ni. wak mun pon terkejut , dia baru sahaja nak mula mengunyah kerepek ubi pedas terus terbantut .
"aku bukan apa wak , aku ni golongan bawah-bawah je wak . belajarnya pun tak pandai . hasil pun dari kebun arwah bapak aku sendiri . kebun getah tu apalah sangat . nak dijual masih berhutang lagi tanah tu , bila dikerjakan duitnya habis bayar hutang tanah kerajaan . kadangnya aku rasa macam dibantu kadangnya aku rasa macam dirancang . aku nak jugak berkereta besar ..", keluh azman sambil meniup kopi yang masih berasap .
gua dengan asan terkebil . gua punya termenung dengan keluh azman hinggakan tempe aku dihurung lalat . gua pun terfikir juga sebab gua kenal azman dengan orang kampung lain . ya , rata-ratanya masih lagi memikul hutang bantuan yang diberi oleh kerajaan . apatah lagi harga barang semua melambung tak ingat dunia .
"wak , bagi aku kalkulator ke sempua wak ", jerit asan .
lah , ni apa pulak asan ni . takkan umur 31 ada lagi buat assignment matematik dan kalkulus . gua perhati asan sibuk mengira hutang yang dipikulnya termasuk hutang kereta , hutang motorsikal berkuasa tinggi , hutang rumah dan hutang makan di warung wak mun ni . tanpa gua sedar asan bertindak aneh sambil berdiri di depan warung . seluar pendeknya dilucut lalu disarung ke kepala . asan sudah gila barangkali memikirkan masalah .
"ketak !"
satu lontaran batu bata hinggap dikepala asan . tidak dapat dipastikan siapa gerangan pembaling tersebut . darah mula membanjiri ruang hadapan warung dan asan masih menggelitik .
"azman , lu pikirlah benda yang perlu je untuk lu beli . syukur sikit brader" ,gua sempat berkata-kata sambil mata gua pandang tepat dekat semua orang .gua belah naik moto yamaha bapak gua sebab rokok gua habis .
p/s : rokok surya 12 dah tak jual .rokok malaysia dah la mahal . cibai betul !
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .