Tuesday, 10 February 2015

terfikir

tadi siang , gua ada berjumpa dengan kawan gua masa gua baru nak lepak makan dekat satu restoran dekat tempat gua. lepas tu kawan gua ni datang bawa kawan perempuan dan dia duduk bertentangan dengan gua . gua perhati je sambil bercakap dalam hati gua perempuan ni cantik siot .

"aus, ni kawan gua , ima . dia ni kerja dekat Jabatan Perdana Menteri", kawan gua cuba menyentap masa gua dengan salam perkenalan untuk gua .

wah ,JPM . siap berkot dan gua nampak gayanya yang agak serius .

"excuse me sir , mam , may i take your order now ? " , sapa seorang waiter dekat restoran tu .

gua senyap sebab gua tak berapa pantas berbahasa penjajah ni . gua biarkan .

"yes adik. i want order now . i nak keleslow (coleslaw) ni dengan peteto wedg (potato wedges) , ayam yang one over four (quarter) ni . and i nak yang not too pedas" , jawab perempuan berkot tersebut .

gua yang tengah sibuk menyedut asap rokok tiba-tiba gua tersedak . ini bahasa apa sial dia guna ???! walaupun gua tak mahir berbahasa inggeris tapi gua rasa gua tak ada campur aduk bahasa . dengan segala sebutan salah . masalahnya dia ni gua perati cakap dengan penuh keyakinan dengan muka kerek. kononya dah hebat speakingnya tu!

"aaaaa ..okay mam . okay.." ,waiter tu terpinga-pinga kerna mungkin otaknya masih mencerna tutur bahasa perempuan itu .

gua jenis tak berapa berkenan dengan orang yang acah-acah berlagak depan gua . dengan segera gua tiup asap rokok gua ke dalam telinga dia . menggelupur dia sambil terlompat-lompat atas kerusi .


p/s : gua terfikir macam mana proses interviu JPM cari pekerja untuk sebuah jawatan yang tinggi ?? macam mana orang macam dia boleh ditugaskan untuk menjaga urusan di dalam Perdana Menteri punya pejabat ?? lahanatnyaaa ...!

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .