Tuesday, 3 February 2015

otak gua lepu

masa gua sibuk asyik menyedut menghembus asap rokok sambil gua sandar sikit bahu gua dekat pokok kelapa . gua terpandang atas . air kelapa . memandangkan hari tu panas agak boleh menggelegakkan otak gua , gua terniat nak panjat petik setandan dua kelapa . kerengga . gua memang benci kerengga sebab kerengga ni dia hebat gigit dekat kelemahan manusia seperti ketiak dan pelipat kaki . gua batalkan hasrat , gua sambung lagi baki rokok yang ada . 

"ni kalau gua duduk je dekat sini kelapa tak dapat , silap-silap pelepah hinggap kat kepala gua", gua berseloroh sorang-sorang .

gua majukan sikit ke bawah pokok rambutan . takde kerengga . gua bakar lagi rokok . gua tengok kereta gua dari jauh . adakala gua rindu kenangan gua dengan kereta tu tapi apakan daya , duit gua menyongsang ke tempat lain . maafkan gua cik kereta . gua datang hampir ke kereta gua dan gua tanya dia apa khabar . seperti yang gua jangka , dia hanya menyepi kerna kesihatannya terganggu . mungkin jua merajuk . sambil-sambil gua gosok badan dia, gua banyak meluahkan perasaan gua .

"gua bosan , lu takde gua rasa macam patah kaki . gua taktau nak ke mana .gua macam takde mood untuk apa-apa . kalau lah lu sihat mesti kita dah pergi bercuti berdua kan ", gua bercerita sambil menghela nafas panjang ,hiba .

"aus ,gua ada idea . lu pergi lah merantau sorang-sorang . hongkong pun okey . teringin beb tengok lu berkungfu macam donnie yen cerita Ip Man tu ! ", kereta gua mula menggeligakan otaknya .

gua dengan segera capai telepon gua . gua mesej dekat donnie .

gua      :don lu kat mana?"

donnie :raub,hongkong . apahal ?

gua      :okay gua datang sana besok . gua nak belajar martial-art dengan lu. gua nak                       berenti kerja . gua nak merantau !

donnie : takde hal mat .gua ambik lu dekat airport esok boh .

lai lai . gua kasi hantam lu punya ketiak 


p/s : apa la nak jadi dengan gua . rasa tak berguna pun ada . harga minyak dah turun kereta pulak rosak . cam pantat .


No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .