Sedutan dan asap yg aku hasilkan tiba-tiba membuatkan tekak aku dalam dilema . Terniat untuk aku mencari punca air disamping lapar . 5 minit seterusnya aku berada di kedai , aku mencapai sabun basuh , air laici kotak , dan setin sardin lalu berlalu selepas melihat gelagat si pekerja runcit yang sedang sibuk menampal harga baru di tiap badan barang .
Langkah aku teruskan untuk pulang dan tiba-tiba satu jeritan menggoncang ketenangan aku . Hati aku kuat mengatakan kehadiran zombi , dan otak aku aku laju memproses kat mana patut aku sembunyi ,bab senjata pula takkan aku nak guna sardin yang baru aku beli dan menjadikannya sebagai bom . Ramai yg berlari mendekati jeritan itu .
"Diorang ni gila ke , kalau zombi tu mintak gula2 boleh cerita, dia nak gigit beb ! lari la woi !" , suara hati aku berbisik memprotes .
Aku menambah kelajuan disebabkan perut aku sedang memaksa menjalani proses perkumuhan . Mata aku melirik ke belakang melihat semua orang bertempiaran bagai ayam . Aku masuk lif tutup cepat2 .
p/s : Ada sarang tebuan pecah , semua lari . Seorang terkena sedas tembakan di kepala . zombi tebuan kot . lancau
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .