Jack mula menuruni kapal Titanic dengan ligat hinggakan seliparnya terselit di celah lapisan kayu . Hampir terjatuh dibuatnya kerana terlampau lelah kepenatan membanting seluruh peratus tenaga ketika melayan karenah pelanggan yang tidak berperikemanusiaan .
Sesudahnya , berusaha dia menambah kelajuan langkahnya kerana tidak mahu ketuanya tahu dia sedang meloloskan diri . Dia dijemput menaiki pedati berkuda yang penunggangnya seorang jelitawan bernama Rose yang juga jantung hatinya ; tersimpannya rahsia itu bersama dirinya sahaja . Jantungnya mula aktif berdentam-dentum seperti omboh kapal berkuasa 8000 kuasa kuda kerana kadar gemuruh yang sangat di luar kawalan .
Seketika , Rose berhenti di sebuah tandas kerana ingin membetulkan dan merapikan tudungnya barangkali . 5 minit berlalu dan Rose mendekati pedati tersebut . Jack menyaksikan keanggunan Rose dengan kadar gerak-perlahan dengan bantuan otak serembrumnya . Lantas menjadikan Jack seperti terbang menyusuri pelangi di awangan . Langkahan terakhir Rose menaiki pedati disertai suatu bau bunga Vanilla yang sangat indah yang juga bau kegemarannya. Jack secara automatis membayangkan mereka berdua sedang duduk di taman bunga sambil bertukar pandangan, berkongsi kisah cinta sambil menyuap penkek kombinasi vanilla dan madu . Hati2 kecil merah berlegar di ruang udara mereka .
Rose dan Jack berjalan , makan malam bersama .Detik waktu hanya dihabiskan dengan tawa halusnya sambil anak matanya tidak pernah terputus dari wajah Rose . Jack tahu bahawa Rose seorang yang berbeda dan menyedari dia tidak mahu terlepas setiap waktu bersama Rose . Mereka berjalan di rimbunan Sakura .
p/s : jack kena rasuk agaknya . balik rumah bercemik mukanya time nak tido. "aku rindu dia beb , aku sayang..... " . celake ngigau
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .