Monday, 15 December 2014

Gangster cintan maut (part 1)

"perempuan ni memang nak kena ! aku jaga suruh service pun susah !" , bentak si Nikolai memarahi seorang mangsa pencabulan hak asasi manusia ,yang dipaksa melacur . 

Nikolai atau nama sebenarnya Fariz , seorang dari ketua klan di suatu daerah di selatan rusia. Tugasnya tidak lain ialah memukul , membunuh , pengedaran dadah , pelacuran dan banyak lagi jenayah selaku aktivis tetap mafia di sana . Fariz yang dahulunya seorang yang pendiam di bangku sekolah kini menjadi satu nama yang digeruni yang dimana tunjak alasannya kerana kehilangan semua relatif ketika berlaku sebuah kemalangan melibatkan sebuah bas dan tanah runtuh .

Dengan didikan encik white dan joker , fariz berjaya menguasai teknis pembunuh upahan yg boleh aku katakan professional . Dia boleh menembak mangsa yang sedang terbang dalam keadaan mata tertutup . Ini apa yang pak chenkov cerita masa kau lepak dekat kedai kopi di seberang jalan di kampung aku . Tapi aku dapat rasakan pakcik ni memang penipu sebab masakan orang ramai berlalu lalang tetapi hanya memandang dengan jelingan padanya .

Untuk dijadikan cerita , fariz ni aku kenal lah jugak tapi tak berapa rapat sebab aku buli dia dulu masa sekolah . Aku harap dia tak ingat aku sebab risiko untuk aku mati muda tinggi keperatusannya . Jadi aku buat keputusan taknak ambil tahu apatah lagi bersekutu dengan fariz . 

Mula 1 hari waktu lepas makan petang dekat satu restoran yang agak ternama dekat sini , aku ternampak satu jambak bunga ros putih disampaikan kepada fariz diluar restoran dan aku percaya mereka adalah white dan joker yg datang sebagai mesej untuk membunuh . Sepucuk pistol automatis di tarik keluar dari punggung fariz ! Tandanya dia sudah bersedia menjalankan misi dan rakus wajahnya untuk membunuh . bibir aku terkemam lalu terbenti kunyahan steak didalam rongga mulut aku. Dan dagingnya lembut . 

BAMM BAMMM BAMM !

Tiga das tembakan mengenai dada seorang lelaki berkot hitam yang keluar baru sahaja keluar dari kereta mewah . Semua yang ada di situ bertempik , berlari . Aku amati yang mangsa adalah seorang menteri yang dikatakan banyak makan rasuah ketika harga gula melonjak naik . Aku berlari bersembunyi di masjid yang aku rasa selamat . Tiba-tiba jelas kelihatan susuk tubuh fariz melangkah masuk . Takkan la dia nak cari aku dan bunuh aku . memang tak masuk akal sebab aku ni hanya saksi kejadian yang tidak diketahui sesiapa .

Aku menajamkan lagi pandangan aku risau akan benar dia mencari aku atas dendam buli dahulu . Tetapi mata aku terfokus pada linangan air mata pada pipinya . Jelas berkilau linangan apabila sinar matahari tepat merujuk ke wajahnya . Aku bingung, seribu satu persoalan mula terbit diruangan pengetahuan aku . 

Aku cuba menyelinap keluar dari masjid namun ...

"aku tahu , aku kenal kau . ada sesuatu ingin aku selesaikan  di sini .." , suatu suara menyergah aku dari belakang . - aku terkedu .

p/s : aku mengantuk gila dah . ada idea nanti aku sambung cerita adaptasi dan gabungan novel dan cerita aku  ni. siapa ada idea sila komen di ruang komentar . haha

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .