"Hoi Hambali !!" ,teriak Fariz kepada mamat berbadan sasa serta segak tersebut .
Sangat terbeliak reaksi si Hambali pada ketika itu . Aku tak pasti sangat samaada dia ternampak muka sahabatnya Fariz atau akibat terpijak najis beruang yang melalui kawasan itu . Pada ketika itu , aku masih berada di dalam lingkungan kubah masjid lagi , terhendap-hendap aku dekat sebalik tiang , risau jika aku jadi mangsa amukan si Fariz akibat terjatuh tadi .
Dipendekkan cerita , Fariz ini tegurnya bukan lah sengaja atau saja-saja . Tapi dipasang niat dihati untuk menyoal siasat siapa gerangan gadis jubah itu . Siapa tahu entah-entah dia adalah adik Hambali, jika bernasib baik boleh lah dia isi borang jadi adik ipar .
"Eh , bukan ke kau ni Fariz ?? , soalnya kepada Fariz . Bermulalah sesi suai kenal semula ala-ala reunion sekolah dan macam biasa soalan yang ditujukan orang kebanyakan seperti "kau kerja mana sekarang , dah kahwin ke belum , anak dah berapa orang " . Keasyikan berlarutan hingga gadis tersebut masuk ke dalam kereta Hambali sambil sedikit senyuman dilempar ke arah Fariz tanpa pengetahuan Hambali . beransurlah akhirnya perjumpaan si dua ekor itu .Dan gadis tu bernama Junaidatul Al-Fatiah selepas Fariz berjaya menangkap imej Tag nama bergambar yang tergantung di leher gadis itu .
Kelam dirumahnya dibiar segala lampu tertutup , kecuali jendela yang terus terbuka dengan langsirnya mengibas-ngibas apabila ditiup angin . Dia menghampiri jendela lalu termenung sejenak , termangu fikirannya dengan jelita gadis tadi . Masih kebingungan otaknya memikirkan siapa gadis tersebut . TUPP . Fariz menekan punat off pada talifonnya , dengan mesej terakhirnya dituju kepada white ," ak nak rehat dulu dari kesialan ni" . -sesuatu niat terpacul di akalnya .
Terjaga dari tidurnya antara lena dan tidak , dia lantas berkemas, bersiap . Memakai seluar licinnya, berkemeja merah jambu , di hadapan cermin dia berkata yang dia inginkan sedikit perubahan yang baik . Pistolnya di simpan berkunci di satu buah peti besi di bawah katil yang dahulunya adalah sebuah tabung syiling di zaman kecilnya . Pedal minyak ditekan untuk segera sampai ke suatu tempat .
Fariz tegap berdiri di satu bangunan di tengah kota . Dan tak semena-mena dia menanyakan pekerjaan kosong di sebuah restoran yang agak terkenal di sekitar ini sebagai baju hitam iaitu supervisor dan mungkin nasibnya baik , dia telah diterima bekerja selepas dia berinteviu dengan pengurus restoran itu . Setelah selesai Fariz pun keluarlah untuk menyedut asap rokoknya yang telah berada di dalam poket bajunya . Sedang sibuk menyalakan permulaan rokoknya , dia terfikir , terkejut kenapa dia beraksi pelik hari tersebut . semua benda yang baru sahaja berlaku tadi bagai mimpi . Yelah . Mana taknya , dia seorang penjenayah dengan duit berlimpah ruah tiba-tiba mintak kerja . Kemana pergi syaitan yang selalu merasuknya ?? di mana maruah dirinya sebagai seorang gangster terkenal ??
Fariz berlalu kekeliruan . Langkahnya taklah laju dan tak juga perlahan lalu ternampak satu tin kosong air milo di tengah laluannya . Dia menghayunkan kakinya , menyepak tin itu dan tin tersebut melambung dengan kelajuan 20kmh kalau tak silap .
KETANGGG, TANGG , TANGG !
"adoi ! biadap mana sepak tin ni ! tak memasal kena kepala aku !", mangsa hentaman tin milo sepakan Fariz berteriak .
Matanya melilau mencari si pelaku salah . Dan dia ternampak hanya Fariz di situ, satu-satunya suspek dan juga .. dia kenal . Fariz juga perasan teriakan tersebut datangnya dari mana . Fariz yang sedang asyik tiba-tiba membatukan langkahnya . Segala perasaan mula menyelubunginya . mulut Fariz terpacul keluar sesuatu , "Junaidatul Al-Fatiah ".
p/s : cerita dah hanyut beb gara-gara air naik sebab banjir kat pantai timur . so jin idea aku banyak terperangkap dalam air .hahaha
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .