Monday, 30 March 2015

Gangster Cintan Maut (part bersepai)

Dari pada seorang yang jahil entah di mana akalnya , fariz kini mula tunduk ke Maha Penciptanya . dia mula tersujud menangis . perasaan sedih dan kesalnya memaksa otaknya mengimbau segala kekejian yang dilakukan dahulu . Demi mengejar impian duniawinya , memenuhi hendak nafsunya yang menyerakah di setiap pelusuk jiwanya , dia sanggup berlagak seperti 'pencabut nyawa' . 

Disingkatkan jalan ceritanya , Tuhan telah menemukan dia kepada seorang wanita yang penuh dengan sifat yang 'tak terkata' . Lengkapnya seorang wanita itu , Tuhan kurniakan rasa cinta sayang yang mungkin tidak akan dirasai oleh segenap manusia lain . Ya , mungkin terpilih atau belum masanya . Cinta dan rasa sayang antara mereka yang membuat Fariz berubah . Nyata-nyata ianya berjaya membuatkan seorang yang binatang lalu menemukan suatu yang putih, bersih . Tuhan itu penyayang . tanpa sedar , kurniaan itu bukan sekadar cinta antara manusia namun berteraskan rasa cinta pada Ilahi pada pengakhirannya .

Siapa pun tidak boleh mempertikai dan menjangka kuasa Tuhan . Itu lah yang dirasakan Fariz . Pertemuan itu tak dijangkanya walau setitik akal . Telah dibukakan pintu hati manusia sekejam Fariz dengan hanya melalui murninya cinta kepada Ilahi yang diterapkan oleh wanita itu . Indah .

Namun rasa bersalah dan berdosa Fariz , adakah mungkin rasa kesal dan taubatnya diterima ?

Fariz mula diburu rasa benci dari dalam dirinya sendiri . Bukan itu sahaja , dia khuatir jika wanita yang dicintai sedar atau tahu segala dosa yang telah dilakukan oleh Fariz membuatkan dia hilang segalanya yang dia cintai . Fariz kelihatan tidak senang . Manusia di sekelilingnya yang mengenalinya , yang dahulunya mengenali Fariz sebagai seorang bertopengkan syaitan , mula mengherdik , mencaci menghinanya .

Fariz tidak putus menghampiri masjid . Namun ...

"Orang macam ni tak layak diberi penghormatan! Tak payah maafkan orang macam ni ! Patut kau direjam ditikam seperti orang yang kau bunuh sebelum ni! " , ujar segelompok manusia di kiri kanannya .

"Woi , kau patut mati ! aku hampa dengan kau ! Di mana pencabut nyawa yang aku kenal ! Kau patut tamatkan apa yang kau mulakan! " , joker bersuara .

Manusia tak menerimanya , lontaran batu dan sampah tepat merejam ke muka dan tubuhnya akibat rasa marah mereka . Tak cukup dengan itu , geng-geng clans , puak gangster yang hampa dengannya juga turut ingin membunuhnya ! Dan ada juga yang masih mengharapkan Fariz merenggut semula gelaran pembunuh nombor 1 .

"Aku berdosa ! Aku mahu pulang ! Ini semua sial ! ", Fariz menjerit di hadapan semua orang yang ada di hadapannya ketika dia melangkah keluar dari masjid .

Tanpa disedari , kehadiran wanita yang dicintainya telah lama berada hampir dengannya . Mendengar segala buah mulut manusia lain , terdengar jua rintih sedih Fariz . air mata sebak mula membasahi pipinya , adakah benar apa yang mereka perkatakan tentang Fariz . 

Fariz mula perasan susuk dan wajah wanitanya itu Yang sedar berlari meninggalkannya di dalam rungutan dan resah .

"Awak ! Tunggu ! Saya bole perjelaskan semua ini ! " , fariz menyempatkankan jeritannya .

"Pergi ! ", wanita itu memperkasa suaranya .

kuasa Tuhan itu tidak dijangka , anggota polis yang berada di situ melepaskan berdas-das tembakan namun tidak mengenainya .akan tetapi tiba-tiba wanita tersebut rebah . Pengsan di terik jeritan semua orang di situ . Fariz cuba mendekati untuk menyambut tubuh wanita tersebut tapi gagal . Fariz berlari dan ditoleh kebelakang sedikit dia tertangis melihat wanitanya itu masih terkulai seperti tidak lagi bernyawa . Terlihat seorang musuhnya tersenyum memandang wajah Fariz . wanitanya itu terkena tembakan oleh musuhnya itu yang hanya bertujuan dendam terhadap Fariz . Fariz mula mengingat satu ayat .

"jika kau berani meninggalkan dosa kau, aku akan pastikan orang yang kau sayang akan mati dalam tangan aku !" , kata-kata joker yang tidak mahu Fariz keluar dari puaknya .

Joker yang dahulunya membayarnya untuk membunuh, sebagai kawan lalu musuh . Fariz menggenggam erat ruas tangannya .

Wanita itu koma , jantungnya mengalami konkusi di tahap kritikal . Itulah yang Fariz tahu ketika dia mencuri masuk ke dalam wad di hospital tempat wanitanya dimasukkan .Terdengar perbincangan antara pakar bedah di situ . Fariz mula mencurigai sesuatu buruk .

"Dia hanya boleh bertahan untuk 48jam sahaja dan selepas itu, mungkin jantungnya tidak lagi akan berfungsi, dan pastinya dia memerlukan penderma ", kata seorang pakar di situ .

"ya Tuhanku , segala apa ada dalam diriku adalah milikMu . Izinkan aku memberinya kepadanya .selamatkanlah nyawa, ambil aku sebagai galang ganti.", fariz menangis menadah doa .

Fariz mengacu sepucuk pistol di pinggang pakar bedah tadi dan memaksa untuk memindahkan jantungnya kepada wanitanya itu .

Selepas 42jam selepas pembedahan, wanita itu mula tersedar . Di lihat sekelilingnya tiada seorang pun melainkan fariz . Fariz duduk di sebuah kerusi tepat mata Fariz memandangnya .

"Awak , saya minta maaf atas segala salah saya pada awak . Segala rahsia . Jujur saya katakan, hadir awak dalam hidup saya merubah segalanya . Saya tidak mahu hilang awak ." , fariz menangis . 

"Saya sentiasa maafkan awak Fariz kerana saya telah mencintai awak Fariz ." , dalam sakit dia menyatakannya .

"Junaidatul !! kamu sudah sedar ! dengan siapa kamu berbual! " , tegur hambali yang juga bekas tunangnya .

"Dengan ..... Fariz ", wanita tersebut menunjukkan arah di mana Fariz duduk . 

Namun Fariz tiada di situ .

"Junaidatul , fariz sudah tiada . Dia mendermakan jantungnya kepada kamu! ", tegas hambali .

dia mula terkejut rasa gelisah . Terlihat sepucuk nota ringkas di atas meja kecil di tepi katilnya .

"Aku serahkan segala rasa sayang cinta aku di dalamnya . Hati aku ini selamanya milik kau junaidatul .insan yang aku paling sayang di dunia ini . Jangan kau sedih , aku sentiasa ada di dalam diri kau . Terima kasih junaidatul . Dahulu kau pernah bertanya kepada aku , apa yang aku inginkan di pengakhiranku , jawapanku - aku inginkan Raudhah . Aku berharap Tuhan dapat menjejakkan aku ke sana . Terima kasih atas cinta kau ."

-Fariz


p/s : gua sambung cerita gua yang tergantung . Tapi tiba-tiba skip terus pergi ending . Tengah-tengah dia nanti aku buat dekat entri lain . Babai





Sunday, 29 March 2015

Saturday, 28 March 2015

lembu biru bodoh

Haha . Lahanat apa lah tajuk gua dekat entri . Gua rasa macam nak sepak diri sendiri pun ada . Bukan apa . sebenarnya gua nak cerita pasal cinta . Kalau gua terus letak tajuk cinta mesti lu semua cakap "apa shit bodoh blogger ni buat cerita pasal cinta . Mainstream betul , clishe' ".

Okay .minggu depan gua tukar nama blog gua kepada 'cintaik'  .baikkk . Gua dah mula melencong ke tempat lain . sebenarnya isi gua ni macam kuih karipap 2015 . Luarannya tampak besar , isinya hanya seinci sardin atau kentang yg dipotong 18 . Babi . Beli mahal-mahal makan takde rasa .

Cinta . Gua pasti ianya seperti lembu biru yang bertuankan oleh UFO . yang gua rasa diturunkan oleh mangkuk terbang yang sering dijadikan humor atau viral oleh para pengkaji sains . Terang-terangnya ianya masih gagal untuk dibuktikan , dijelaskan . Gua nampak , gua rasa sayang , cinta yang terjadi dekat gua . Ada terdengar suara dalam otak gua , wajah dalam mimpi gua , suatu rasa yang tersisip dekat hati gua .

Ah setan . Macam gua cakap . Love .It's a bless , love is something to be earn .  Ufo datang tiba-tiba dan sebagaimana yang lu tau dia takkan bagitahu lu bila dia nak datang . Tup-tup depan mata lu masa lu tengah sorang-sorang dekat atas pokok ciku . Macam mana lu nak tunjuk bukti ufo tu datang selain daripada percakapan, gerak tangan . Terpulang kepada individu untuk percaya apa lu bebelkan . Kadang-kadang lu sendiri tak tahu betul ke apa lu nampak apa lu rasa sama sekadar khayalan atau lah syok sendiri . Itulah cinta yang sukar dibuktikan .Cinta .ah fuck ufo . Fuck lembu biru bodoh .

gua gelak kecil bila gua baca balik apa gua tulis dekat atas .sah gua kena rasuk biri-biri biru pulak . semua yang terjadi dekat dunia ni berasaskan percaya dekat apa yang lu cinta, mungkin . Lu bahgia tak rasa cinta tu? Amazing kan sial bila nampak ufo . Gitu lah gayanya benda yang lu kejar tapi susah nak dapat. Bila bagitahu orang tak percaya . Bodoh .

P/s : ada jawatan kosong tak dekat publisher-publisher novel tempatan? Gua nak buat cerita pasal cinta , tak pun ufo . Hahaha . Cibainya .

Wednesday, 25 March 2015

4 am

*berbaringdiataslantaiyangkerasyanghanyaberalaskansekepingcarpetcartoon*
4.31 am apabila mereka nyenyak dibuai mimpi indah, aku pula yang kebingungan, entah apa yang difikir entah apa yang di mahukan entah apa yang berada di minda nya semua nya hanya hilusi semata mata yang tidak mampu dihuraikan dengan percakapan. Setelah setengah jam meninggalkan perkarangan meja study aku terus melenyakkan diri ku di atas bahtera ini. Diri mengucap sekalung penghargaan kepada yang maha Esa telah menciptakkan satu otak yang dimiliki oleh setiap manusia yang di mana tiba nya pertengahan hari iaitu dalam pukul 3 ke atas otak akan berfikir dan dapat mengingat segala yang di baca dan dapat di simpan ke dalam otak dengan pantas. Alhamdulillah.
malah, solat tahajjud dan solat sunat hajat juga amat digalakkan dalam masa ini aku mengucap kan Alhamdulillah untuk sekian kali, sekian ke dua dan sekian beribu ribu sekian.

P/s: apa yang disampaikan hanya lah satu kisah merepek ke di pagi hari,
(Hopefullyafterthisicanwakeupforthistimetostudy)
(oh paling penting, suasana ketika ini masyaAllah sangat tenang seperti di jordan *batukseketika*
angin bersempoi sejuk memandangkan tingkap bilik terkuak sedikit dan bunyi bunyi cengkirik dan burung bersiulan sangat mendamaikan, terima kasih hutan terima kasih kelapa sawit terima kasih Tuhan yang maha Esa"

Monday, 16 March 2015

sang penikam


P/s : Bila gua dengar gua rasa hati gua macam kena shwinnggg dengan pedang samurai .

Sunday, 15 March 2015

- - -

Bila satu masa lu rasa semua benda lu buat tak betul . Tambahan dengan tak pasti keputusan lu buat seadil saksama , dapat ke tak lu puaskan hati sendiri , jika diri sendiri tak puas apatah lagi orang lain . Bila lu rasa nak memberontak sedangkan lu taktau apa yang lu nak jeritkan .emosi tidak tentu hala , bila semua benda sekecil alam boleh buat lu bertindak ganas , marah memaki hamun . Lu tak tak pasti apa lu nak buat lepas ni , samaada marah . Hendak ditangis lu seorang yang ego tahap melampau .

Bila satu lawak pun tak berjaya buat lu tergelak . Lu memang dalam tahap kritikal dalam emosi lu . Lu cuma nampak dalam cermin lu cuba untuk rejam tikam dada lu sendiri hingga terpancut darah keluar dari dada, telinga . Lu rasa otak di dalam tengkorak ingin mengembang sejurus lu merasakan bagai ada orang meletakkan bom jangka yang tunggu masa untuk diletupkan .

Bila jeritan dari jantung tersekat di tekak lu hanya terkedu dan hanya dapat melempias satu tona tinggi berbunyi kesat . Mata lu merah sebolehnya cuba mencari kemarahan dan lu nak sabit segala leher manusia yang lalu di depan lu .

Lu terduduk dekat bangku di bawah pohon rendang , lu rasa angin .lu tak dapat dengar jeritan sekeliling melainkan suara yang terperuk dari dalam hati . 

p/s : gua sakit

Friday, 13 March 2015

cinderella

"Tuan puteri ! Beta masih belum puas lagi bersua dengan tuan puteri !" ,jerit raja melaka kepada Cinderella .

Cinderella berlalu pergi kerna bimbang detik 12 hampir tiba . Di khuatiri mamanya serta abangnya marah . Dia berlari menuju ke kereta kudanya .

Akan tetapi waktu masih lagi terang ,amatlah jauh jarum jam untuk menghampiri waktu 12 . Ini bermakna suatu buruk telah berlaku antara mereka . Bertelingkah . Masing-masing bermasam muka , punca kerna tuanku raja menyembunyikan rahsia .tiadalah berniat untuk berdusta , tetapi cinderella mula membuak-buak marah serta bencinya . Raja takut akan kehilangannya cinderella yang selama ini cukup bermakna dalam hidupnya .

Ya , sejak pertama kali kenal . Tuanku telah jatuh hati kepada cinderella . tidak seperti di dalam buku dongeng cinderella , tuanku berniat untuk tunggu semula kehadiran tuan puteri pada awal perkenalan . Di berinya barang yang cukup berharga baginya; hati . Meskipun tuanku tahu cinderella sudah berpunya .

Tetapi hari ini cinderella berlari penuh dengan benci terkandung dalam hatinya . di campaknya seutas jam yang dahulunya diberikan tuanku sebagai satu ikatan persahabatan ,adik dan sayang .

"Tuan puteri ! Jangan tinggalkan beta . Jam ini . Maafkan beta tuan puteri !" , perit raja kedengaran .

"Tuanku sudah ada yang berpunya , patik sudah cukup menguji tuanku .ternyata hanya sekadar sampai di sini ..cinta itu ikhlas tak boleh dipaksa." , ujar tuan puteri .

"Beta menunggu tuan puteri , tetapi beta rasa beta belum layak . Mungkin sekarang giliran beta untuk menguji tuan puteri . Adakah kasih itu ada lagi untuk beta . beta akan nantikan pemilik jam ini . Tuan puteri , meskipun tuan puteri berpunya sebelum ini tapi beta dapat rasa secebis kasih dari tuan puteri . Beta juga begitu , tetap ada kasih untuk puteri . Hati tuan puteri siapa tahu dan hati beta juga siapa tahu ..jujur dan ikhlas beta juga siapa tahu." , sambil tertangis raja melaka meluah .

.."tak bisakah ku gantikan semua yang tercela.."
.."wahai puteriku, maafkanku lepas pesan ini.."
.."kau kan membunuhku dalam benci mu.." - sang penikam

p/s : maafkan gua . Mungkin gua terlalu sakit kerna terlalu sayang .kerna terlalu rindu sayang lu .

13 march 2015

Kau yang terbaik, dan aku memang takkan tunjuk kau memang yang paling caring tapi aku memang takkan tunjuk kau memang yang paling terbaik tapi Allah maha mengetahui. Terima kasih sekali lagi. Tahap  hati  aku nak menguji kau sampai sini sahaja. Teerima kasih buat segalanya

Tuesday, 10 March 2015

soalan untuk gua

melayukah gua
jawakah gua
banjarkah gua
johorkah gua
paskah gua
umnokah gua
politikkah gua
malaysiakah gua
antarabangsakah gua
manusiakah gua
khalifahkah gua
rajakah gua
hambakah gua
beragamakah gua
jahilkah gua
bermaruahkah gua
berdosakah gua
ikhlaskah gua
meminta-minta balasankah gua
jujurkah gua
berdustakah gua
Berjayakah gua
gagalkah gua
muliakah gua
hinakah gua

Siapalah gua di kalangan lu orang semua .
Siapalah diri ini di sisiMu wahai Tuhan .
Layakkah disayangi oleh Mu atau manusia .
Maafkan diri ini, maafkan gua .

P/s : adakala best juga berpuitis .ini soalan untuk gua. Untuk lu orang ?  Hahaha

Monday, 9 March 2015

bukannya aku...

Kalau lah lu faham gua . Atau lu faham buat-buat tak faham . atau memang nak mintak penampar sulung gua . Kalau lu tak faham gua tak kisah lah . gua cuma .... ah bodoh lah .


P/s : cerita sambung lain kali. -berapa hari ni gua macam hilang pedoman . ramai leher manusia jadi mangsa karate gua . 

Sunday, 8 March 2015

Kenapa?

Salah aku kah kerana mengkhianati mu? Salah aku kah kerana kah sebegini rupa? Salah aku kah kau dah jadi lupa ingat? Salah aku kah sebab kau dahh excident lepastu hiduP balik? 


P/s: otakluuuuu cerrita ni berdasarkan kisah benar dari petikan sebuah cerita hindustan

Tuesday, 3 March 2015

happy besdey mama ehem ehem

"For one of the most toughest strongest best mother and women , happy birthday to mama ehem ehem . "

Hahaha . nampak tak gua speaking dekat atas . Hahaha . Okay la okay la. Selamat menyambut hari lahir yang ke berapa gua rahsiakan sebab kalau gua cakap lu orang takkan percaya .

gua seru semua pembaca blog gua sama sama

gua tak ada dalam tu

gua tak boleh lelap dan gua taktau apa gua risaukan .gua capai laptop gua . gua rasa nak tulis satu entri . 

ahh . gua takde idea ni . 

kalau gua dah tak ada kalau gua dah tak ada kalau gua dah tak ada . kalau gua dah tak ada dekat sini .

p/s : pokok bunga gua dah ada bunga 2 kuntum tapi belum sempat kembang dah terbakar dek matahari .salah gua letak tempat panas sampai gua lambat nak teduhkan . lagi satu kuntum ada orang amik . gua baling pasu bunga kat longkang .

Monday, 2 March 2015

abang driver yang power

macam biasa , gua kena pergi kerja tengahari buta ni . hari ni gua masih lagi menggunakan perkhidmatan kenderaan awam sebab kereta gua masih lagi tersadai .

gua atur langkah gua naik bas disebabkan ramai , gua takut tanggung malu kalau tiba-tiba gua jatuh time nak melangkah masuk .

"cis .. ramai betul budak-budak dalam ni" , getus hati gua .

"woi-woi . lepas kita amik result nak pergi mana" 

"gila kau , aku tengah takut tak dapat straight A , papa aku janji nak bagi Mini Cooper "

"kau mintak hadiah apa weh "

"kau target berapa A weh "

gua cuma gelak sinis . teringat juga zaman gua dulu . tapi zaman-zaman gua tak de la beb nak dapat hadiah macam ni . budak-budak sekarang memang fuhh ..

"woi korang ! budak-budak ! huh . baru spm dah mintak macam-macam . spm korang hebat belum tentu korang berjaya hidup . ini baru 1/ 100 perjalanan korang !Faham ?!! " , jerit aabang pemandu bas yang serta merta melepaskan stereng lalu pergi ke belakang untuk sound budak-budak .

gua nampak bas masih bergerak tanpa pemandu ! serta-merta jugak gua bersilat lepastu bagi tendakan ala-ala hang tuah dekat halkum dia ! bas terbalik !

p/s : hari ni riuh budak nak amik result spm . gua update ni sambil gelak  . hai la budak -via Samsung dalam bas.


pesanan bunuh diri

"will lari will ! " , jerit larry dekat will .

will terus lari . selaju yang termampu olehnya walhal dalam hati dia masih tertanya-tanya kenapa mangkuk larry tu suruh dia lari . 

ahh .. persetankan . entah-entah dia tengah kena kejar terminator .

will masih lari dengan laju . ditolehnya ke belakang , larry masih lagi ada . larry masih selamat . will masih taktahu kenapa dia lari dan larry memaksa dia lari . bingung tapi sudah pastinya itu bukan masa yang sesuai untuk bertanya kenapa dia berlaku sedemikian sambil minum kopi juga tidak sesuai .

larry memotong will . sipi-sipi nak terlanggar bahu will .

"ahh sial apa ! gila apa gua dekat belakang ! sial ! apa yang kejar gua dengan larry ni !." , will menggetus di dalam hati .

will hanya berjarak satu pokok dengan larry . dia memang seorang atlet di zaman sekolah . 

"gag gag gag a a a " , bunyi sesuatu yang dirasakan mereka berdua semakin hampir .

larry memandang ke belakang dahulu sebelum will . will masih lagi takut-takut untuk mengetahuinya . risau ianya adalah langsuir atau pun robot pemusnah macam terminator tu walaupun dia cukup minat dengan cerita tersebut .

"lari willlllll lariiiiii !!", jerit larry yang semakin hilang arah .

will memberanikan diri menoleh . mukanya pucat .seakan jantungnya berhenti 2 saat sebelum mengepam untuk sesuatu pengepaman tahap maksima . 

will hampir juga tersungkur di tanah yang berbau najis seperti kepunyaan larry . tangannya jatuh kebawah dan dia hampir tersungkur . will bingkas bangkit untuk terus lari , di bahunya tumbuh sepasang kepak . kepalanya tumbuh tanduk bergerudi putih . will terbang tinggi saling tak tumpah seperti seekor unikorn .

larry dah nak terjatuh . dia tak tahan sebab tu dia berlari. dia masuk jamban . prett prettt prettt .. prett prett ceplashh .

dinasour tadi yang kejar kami sangat lah besar . taring dia peh . tapi ni dia tengah tunggu giliran nak guna jamban . aku rasa larry dengan dinasour tu makan dekat warung pak munawir . keracunan makanan agaknya .


p/s : gua dah start meracau maknanya gua memang tengah fikir gadis gua . hahaha . serius cantik .



Sunday, 1 March 2015

berkerut

gua rindu dia .


P/s : iblis betul bila idea tak mari .