macam biasa , gua kena pergi kerja tengahari buta ni . hari ni gua masih lagi menggunakan perkhidmatan kenderaan awam sebab kereta gua masih lagi tersadai .
gua atur langkah gua naik bas disebabkan ramai , gua takut tanggung malu kalau tiba-tiba gua jatuh time nak melangkah masuk .
"cis .. ramai betul budak-budak dalam ni" , getus hati gua .
"woi-woi . lepas kita amik result nak pergi mana"
"gila kau , aku tengah takut tak dapat straight A , papa aku janji nak bagi Mini Cooper "
"kau mintak hadiah apa weh "
"kau target berapa A weh "
gua cuma gelak sinis . teringat juga zaman gua dulu . tapi zaman-zaman gua tak de la beb nak dapat hadiah macam ni . budak-budak sekarang memang fuhh ..
"woi korang ! budak-budak ! huh . baru spm dah mintak macam-macam . spm korang hebat belum tentu korang berjaya hidup . ini baru 1/ 100 perjalanan korang !Faham ?!! " , jerit aabang pemandu bas yang serta merta melepaskan stereng lalu pergi ke belakang untuk sound budak-budak .
gua nampak bas masih bergerak tanpa pemandu ! serta-merta jugak gua bersilat lepastu bagi tendakan ala-ala hang tuah dekat halkum dia ! bas terbalik !
p/s : hari ni riuh budak nak amik result spm . gua update ni sambil gelak . hai la budak -via Samsung dalam bas.
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .