Wednesday, 17 December 2014

Gangster cintan maut (part 2)

Teguran Fariz disusuli dengan cengkaman kuat pada lengan aku , dengan rakus aku merentap semula tangan aku sebab takut sekiranya tiba-tiba dia letak pistol dalam mulut aku walhal masih ada lagi sisa-sisa daging steak tadi . Akan tetapi wajahnya menampak seperti anak kecil yang meminta sesuap kasih dari seorang ibu . Aku berkerut seribu hinggakan aku membiarkan tubuh aku mengalah .

"aku dah terpalit banyak dosa , aku rasa tenang dekat sini .." , lelah Fariz menyuarakan hati kecilnya pada aku seperi berharap aku menemaninya.

Roh aku macam menyarankan tubuh aku untuk menurut kehendaknya . Aku terfikir apakah perkataan seterusnya yg akan dijuruskan kat aku . Sebelum kebarangkalian tidak cantik berlaku ,tanpa berlengah aku terus membuat gulungan sejadah lalu aku hempuk ke pangkal leher Fariz . Terjelepuk muka dia ke lantai dan terseret sampai ke dinding masjid . Aku rasa kalau aku tambah dua peratus libasan aku tadi mahu terbang dia ke tempat wudu' .

"Sorry Fariz , aku terkejut , roh aku yang kawal tangan ni walhal otak aku menolak perancangan ni .." , jelas simpati maaf aku kepada dia .

"tak apa , memang patut pun ..", sentap Fariz dengan nada yang agak kecewa tapi jelas di matanya ada niat nak sumbat mulut aku dengan terompah masjid warna merah .

Aku ajak dia solat akan tetapi dia hanya menggelengkan kepala , seperti aku tahu jawapannya . Ya, macam yang aku jangka , dia berfikiran Tuhan takkan mahu terima sujudnya kerana terlalu banyak dosa yang tercatit di bahu kirinya . 

Selang 14 saat daripada itu , Fariz bingkas bangun berlari keluar dan aku hanya sempat menarik tikar yang ditumitnya untuk keluar , dengan niat dia berhenti dan lantas berimamkan aku . Sekali lagi Fariz tersungkur terjelepuk . Kali ini dia tidak jatuh biasa-biasa , kepalanya terhantuk pada bucu tabung masjid yg besar dan aku pasti akan berlaku kebocoran pada tengkoraknya .

Langkah pertama dia keluar , pistol terus digenggam erat seperti syaitan merasuk kembali jasadnya .Aku rasa syaitan gagal merasuk Fariz sebab aku ketika disebelahnya mulut aku sibuk berkumat-kamit bertasbih agar dipanjangkan umur . Cerita syaitan kembali dekat telinganya barangkali bersuka-ria kerana berjaya meracuni semula Fariz . Fariz seakan-seakan dahagakan lagi dosa apabila 100% tubuhnya di luar kubah masjid. -matanya kabur dengan janji syaitan .

Tiba-tiba ketika ingin melabuhkan punggungnya pada perut keretanya , matanya tertumpu pada seorang gadis berjubah hitam . ya, sememangnya gadis itu tidak lalu menaiki unikorn tetapi jelas terciri jelitanya . Tubuh Fariz bagai terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi sehinggakan dia kaku pada apa yang dilihat . Hatinya terpaut , tiada langsung sama pada perempuan yang ada di dunianya sebelum ini yang hanya menuruti nafsu babinya . 

"abang , kita singgah di masjid sekejap . saya nak zuhur dahulu..", ujar gadis itu kepada seorang lelaki di belakangnya yang kacak serta berbidang dadanya ,tegap bagai seorang petinju tomoi .

Fariz tertinjau matanya kepada lelaki itu . Jelas kelihatan seorang pemuda yang sangat dia kenali . -keningnya berkerut tanpa makna yang tepat .

p/s : idea aku berselirat . plot jgn cakap . kalau aku teruskan mau keluar doraemon dalam entri ni .


No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .