Monday, 22 June 2015

matangkah gua dalam musykil ini ?

Gua tak rasa nafsu makan gua membuak buak bulan puasa ni . Gua tak rasa langsung nak beli macam macam untuk mengisi lapar gua . Gua langsung tak terpedaya dengan gambar malah hidangan hidangan yang terpampang depan mata gua yang hanya berjarak 15 inci dari bola mata gua . Gua tiada keinginan untuk meronda ronda bazaar ramadan .

Gua cuba mengkaji mengapa gua merasa sedemikian rupa . bila gua dapat seteguk air dan sebiji kurma ketika beriftar , gua tidak rasa lega . Gua rasa berjaya . Ya . Itu lah tanda gua dah matang dalam konteks ibadah di ramadan ini . Syukran syukran .

tapi gua berasa gundah gulana bila ternampak rokok . Ianya lebih mencabar daripada makanan . Musykil . Adakah kerna kehadiran jin ? Kerna jin tidaklah dibelenggu tika ini .

P/s : gua masih hairan dengan diri gua .

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .