Monday, 22 June 2015

gua malu

gua pernah ajukan suatu keluhan . Gua rasa macam permintaan tapi keluhan jugak la .

"Marley , bila lah gua nak dapat awek bertudung litup macam tu . Berjubah berpurdah . Memang gua nak buat bini der .. " , mengadu gua dekat member gua .

Hari tu la ,gua berdua jalan jalan tiba tiba rasa terniat nak amik angin cuci mata dekat mall tempat gua . Tu yang hati berdub dab dub dab tu bila gua nampak awek berpurdah .

"Ala .marley ..lu dah kahwin , kongsi lah dengan gua ayat ayat manis gua nak usha awek camtu . Hahahah . " , gua sambung berinteraksi .

"Ayat tu memang ada .. tapi .. awek tu nak ke orang macam lu . Ahahaha . " , jawab member gua .

Mak datuk . Deep jugak lah kan ayat member gua ni . Gua pun sedar jugak . Lu takde agama , ilmu dan bla bla bla boleh ke lu angan angan nak beristeri macam tu . Perempuan ni dia nak orang yang boleh bimbing dia , ke arah yang lebih baik daripada apa yang dia ada sekarang . 

"Baik lu sediakan atas bawah luar dalam lu dulu , baru gua bagi tips nak ayat awek macam tu . Hahaha " , sambung member gua .

Gua pun terus berjalan mencari kedamaian .

P/s : situasi macam lu nak tumpangkan seseorang bawah payung lu sedangkan payung lu berlubang . -,-

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .