Wednesday, 17 June 2015

imy

gua tahu hari ni , bila badan gua dah sibuk sangat berespirasi membanting tulang memerah peluh , gua sedar otak gua seakan letih . kesan letih ,kelenjar di dalam otak gua seakan tidak stabil . Membuatkan gua kurang sedar dengan apa yang sedang berlaku atau sudah berlaku . 

Otak gua memaksa mata gua meninjau . Meliar mencari sesuatu , mungkin seseorang . Seseorang yang sedang hilang dari pandangan gua atau mungkin sememangnya telah hilang .Gua berkerut sambil melabuh punggung gua ke kerusi . 

"ah .. gua kat mana sekarang ??? . Kemana semua menghilang .. " , gua bermonolog .

Gua masih mentafsir dan cuba memastikan keadaan sebenar sekeliling gua . Gua labuhkan tirai mata untuk beberapa saat . Gua nampak gembira , ceria , gelak ketawa dan senyum . bila gua bukak semula mata gua , semua tu hilang . 

"ah. Tu semua tinggal dalam otak gua je mungkin . " , gua bicara dalam hati .

gua berkerut dan dengan sinis gua senyum .gua sambung semula kerja gua .

P/s : sebenarnya gua rindukan... 

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .