Thursday, 25 June 2015

kurma

hari ni gua cuma melepak dalam bilik sejuk beku dekat tempat gua . tak semua tempat kerja ada kemudahan macam tempat kerja gua . dan bilik tu ada keupayaan menghasilkan debu debu ais mirip salji . 

Bilik tu gua gunakan sebagai stor menyimpan wang wang palsu , berlian , jongkong emas , mayat dan buah kurma . Sebenarnya gua lepak situ dengan teman sekerja gua . Akibat penghawa dingin dekat tempat kerja gua rosak , jadi gua banyak habiskan masa berlatih menjadi orang eskimo dalam bilik sejuk beku tu .

John mula mengatur satu pergerakan .

"Kurma ni bagus kau tak . Kalau berbuka kurma ni cukup kenyang . Dapat kembalikan tenaga kau yang hilang . Dia punya kalori....bla bla bla " ,john mula berceramah ringkas sambil tangannya mengangkat angkat kurma ke atas dua tiga kali . Sama macam penceramah bebas .

"Kurma ni memang bagus untuk berbuka . Tapi ni baru pukul 2 syaiton !! " , gua bingkas bangun marah john .

Ketika itu rupanya john sedang mengunyah kurma tersebut .pergerakan mulutnya saling tak tumpah seperti unta mengunyah dedak . Betul betul lepas  dia bagi ceramah tadi . Gua rasa ceramah free je kot .  Gua serta merta menyumpit leher john menggunakan sumpit afrika . john mula muntah mengeluarkan cecair hijau dari mulutnya . John batal puasa . Gua sumbat dia dalam bilik mayat .

P/s : panaaaasss . Teringat gua masa sesat dekat padang pasir Mesir dulu .

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .