" flavor nak yang mana kak ?"
" saya nak mint dengan yang green tea ", tegas awek tu .
muka pekerja tersebut hairan sebab tiada lah yang menggemari perasa tersebut .
" betul ke ? akak , saya nak beritahu yang green tea ni takde orang yang suka . saya cadangkan akak pilih yang lain ", dia mula bersuara .
" tak tak . seriously memang nak perasa tu . saya suka ", awek tersebut memprotes menetapkan pendiriannya .
gua dari belakang perhatikan je awek ni . agaknya dia memang suka something different . gua dapat rasa yang dia ni memang rare . dari semua segi . teringat gua dekat satu watak bernama Summer dalam satu buah cerita komedi romantik .
p/s : aku pon agak pelik kenapa summer ni suka ringo starr dalam the beatles . hahaha . tapi tetap rare .

No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .