"abang mesti power bab-bab bercinta kan bang ?" , junior gua tiba-tiba mengajukan soalan di kala gua tengah berperasaan melayan pipe .
soalan dia buat gear dalam otak aku berputar pantas lebih dari biasa . gua terfikir dan agak tertanya-tanya dalam fikiran , pandai ke gua bercinta ? kalau gua pandai taklah gua membujang sampai sekarang .
gua takkan la nak malukan diri depan budak-budak dan gua pun jawab lah .
"betul ! lu nak apa syam tanya gua camni ??" , dengan kerek gua mengiya soalan dia .
"saya nak tips dari abang boleh ? ", bersungguh nampak gaya syam sambil mendekatkan muka dekat 1 inci dari muka gua.
gua jarang tunggu lama kalau jumpa orang tanya macam ni . gua terus bagi pelempang ala-ala bruce lee dekat ubun-ubun dia dan akhirnya dia terduduk .
"fakoff doh cinta-cinta ni ! baik lu pergi tolong mak lu parut kelapa takpun tolong bapak lu potong rumput ! ", gua tengking dia sambil tangan gua tunjuk semak yang panjang macam rambut gua .
gua belah tinggalkan syam yang sedang terkejut beruk dan gua terus sambung bakar tembakau gua .
p/s : gua pantang kalau ada orang kacau gua tengah hisap pipe . jangan mengalah syam . bagi yang terbaik untuk orang yang lu pikir terbaik untuk lu . meskipun lu nak terberak .
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .