Jack hanya terdiam, termangu di satu tembok batu . dilihat waktu kian suram , berserta warna jingga kekuningan di bahu langit yang hanya menunggu giliran bulan menggantikan mentari . Dinyalakan sebatang rokok namun ianya hanya terbakar begitu sahaja tanpa satu sedutan pun . Memikirkan sesuatu yang tajam di lubuk hatinya .
Baki hari petangnya telah dirancang dari awal untuk bersama Rose .Kebarangkalian mereka untuk bersua tidaklah selalu diperoleh dan oleh sebab itu juga dia ingin sangat bertemu .Tidaklah memikirkan sebarang aktiviti mahupun makan malam yang romantis , cuma cukup baginya jika dia dapat duduk bersandar atau menongkat dagu menenung muka Rose . Cukup jika ada perbualan dimana banyak yang dia ingin tawakan , ceritakan bersama . Namun Jack hanya mampu merancang , dia hanya sempat mencubit sedikit masa daripada Rose kerna ada hal yang melewati , mencuri Rose darinya . Mereka berdua hanya sempat mengisi masa singkat 30 minit itu dengan sepotong kek ,aiskrim vanilla dan air teh hijau yang juga diselangi sedikit ketawa sedangkan Jack sibuk berkumat-kamit mulutnya berdoa agar masa itu berdetik perlahan .Dia tahu Rose tidak punyai masa yang panjang untuknya .
Walaupun lahir rasa bersalah , Jack harus bergerak memulakan langkahnya dahulu untuk menyiapkan kerja-kerjanya yang sedang tertunda dan membenarkan Rose dengan urusan bersama keluarganya . Walhal hati kecilnya menyentap , memaksa menahan liang di dalam matanya mengalirkan cecair jernih . Dahi Rose disentuh tanda tiba masa Jack untuk permisi .
p/s : Jack cuba menenangkan diri dan bertindak seperti seekor singa laut sambil bermain bola berbelang menggunakan muncungnya dengan bunyi "auk auk". Asyik tak cukup je si Jack ni . dah kenapa rindu sangat dekat Rose dia sendiri pun tak faham , aku lagi lah tak faham . hahahaha
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .