Thursday, 22 January 2015

dendam kesumat

Cerita ni pasal gua masa zaman sekolah rendah dulu, tak salah masa tu gua darjah 2 . memang dari dulu gua memang kureng bab-bab bersukan , termasuklah PJK . Kena bawa baju sukan , siapa tak bawak baju , kena denda kemas setor sukan tak pun kemas buku dekat SPBT. macam bebal .Disebabkan tu la gua minat membaca ,sambil bawa pensil lepas tu conteng 'roy love nida' (jangan marah nida.haha)la apa la dekat buku-buku teks, banyak lagi vandalisma gua buat tapi gua anggap tu seni .

Cerita gua pasal sukan . Sukaneka . Hari-hari yang gua rasa padang sekolah gua dibanjiri dengan semua budak-budak . Masa tu la jugak semua acara kena main sebab nak tambah mata sukan masing-masing . Dalam sekolah gua, rumah hijau paling top sebab banyak olahragawan . Tiap tahun mesti rumah hijau jadi juara dan memandangkan gua ahli rumah hijau , gua bangga . 

"firdaus, turn awak sekarang", cikgu sukan gua dah seru nama gua masa acara lompat tinggi .
gua bukannya orang yang tinggi jadi gua pergi cakap kat cikgu zapuan agar gugurkan nama gua  tapi gagal mat .tak lupa gua cuba bagi rasuah tapi gagal jugak . Gua terpaksa lah jugak hadap . Dalam hati gua nak je buat-buat sakit perut . 

"pritt...", wisel cikgu zapuan kedengaran .

gua pun start lari dan sedia melompat . mungkin dah tertulis suratan , gua tiba-tiba dah nak sampai palang ,kaki gua buat hal . gua jatuh langgar palang tu . dalam pening-pening gua kerling ke belakang tengok palang tu bengkok mungkin menunggu masa patah . Gua malu tahap cilaka sebab budak-budak lahanat yang ada dekat situ pakat gelak dekat aku kau-kau punya . Muka gua bertambah tebal dekat 3inci lagi bila tengok ada perempuan yang gua admire tengah tengok gua . siap ada yang jerit cakap gua gemok .sial .

Dalam kekeruhan tu , gua perati je mana budak-budak yang gelakkan gua . aksi gua masa tu saling tak tumpah macam seorang pembunuh . gua naik ke kelas pakai baju pengawas semula sebab gua memang ada menjawat sebagai pengawas sekolah . Gua kencing cikgu anuar cakap gua kena bertugas jaga kelas-kelas . 

Gua teliti meja budak yang gelakkan gua terutama yang sekelas dengan  gua. Masa sekolah dulu budak-budak mesti bawak bekal makanan . Gua curi bekal makanan diorang , ada yang gua teraburkan dekat almari simpan penyapu , dan tak lupa aku sedekah dekat kucing kuning dekat kelas aku . Gua yakin masa tu yang gua sebijik macam terrorist . Gua gelak sambil teruskan cari bekal makanan budak lain . hahahaha

p/s : sorry la nasrul . gua curi bekal makanan lu dulu . sebab lu rapat-rapat dekat perempuan yang gua suka . hahahaha .puihh


No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .