Monday, 27 July 2015

puan doktor

siang tadi gua pergi keluar kejap . Mungkin nak mengadu kepada doktor tentang sakit gua . mungkin doktor yang mampu dengar rintih sakit gua .

"Dok. Gua nak ubat . Dah 2 hari gua demam teruk ni . " , gua bagitahu .

"Saya ni boleh tolong check je Pastu bagi ubat je . Awak jangan fikir saya yang ubatkan sakit awak tau.." , tiba doktor menegur gua .

Boleh tahan lawa tapi gua masih berkerut sebab kata-katanya itu dan jugak berkerut sebab harga ubat yang melampau . Mungkin ada warasnya pernyataan tersebut . Yang menyembuh tu Dia .kita ni usaha je .

"Haa awak . Ni saya ada jual air bacaan yassin ni .rm15 sebotol ..mujarabnya ada tulis dekat botol tu . ", doktor tadi cuba mempromosi .

P/s : Air bacaan yassin itu sememangnya mujarab. Soalannya . Boleh ke lu jual air yassin yang lu baca ? mujarabnya pada yang membaca atau si pembeli yang tak reti baca langsung . Soal hati lu jangan main main . Soal agama  lu jangan mudah buat modal niaga . 




No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .