Thursday, 16 July 2015

utusan maaf zahir batin orang ensem

Bulan ramadhan dah lepas tinggal kita . Gua harap kita sama2 doa agar dipertemu ramadhan akan datang . Singkat ia pergi , entahkah cukup terhapus apa yang perlu apakah cukup apa ditambah . gua doa apa yang gua lalui dan korang lalui sepanjang ramadhan bukan hanya sekadar berkoroncong perut semata-mata . Harap segala pengisian diterima . Amin.

tiba syawal yang lu orang tunggu kan . Dengan pelita , mercun dan riuh rendah .Bagi gua , yang dah berumur ni gua tak berapa kisah sangat raya berbanding 20 tahun lepas . Mungkin gua cukup dah beraya beriang ke hulir hilir berhuha huha . Kali ni harapan cuma gua dapat bersama kaum kerabat keluarga gua , hulur maaf dan bahgia menghargai masa detik bersama yang tersayang. indah berkumpul tu lebih diutama , sebab masa hiburan syawal kanak kanak gua dah berlalu .

Maafkan gua atas salah gua . Keterlanjuran bicara , terguris mencalar perasaan , terherdik menghina tanpa sedar , tercuri masa atau kasih tanpa izin , dan suram sedih terjadi . Ampun dari gua dari hujung ibu jari kaki melalui anak tekak terus ke hujung rambul ikal . Salam idul fitri maaf zahir dan batin .jemput datang rumah Kuih muih hias terhidang (+6%gst)

P/s : kepada yang tak balik jangan lupa buat panggilan ke tersayang , ampun maap dulu celik mata pagi raya . Terima kasih kepada yang mengejut gua sahur , subuh , mengingat gua kepada yang patut sepanjang ramadhan lepas . Ampunkan gua andai ada perkelahian yang melukakan yang masih tersekat di ulu hati lu semua - by orang ensem

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .