Tuesday, 21 July 2015

simpul raya

bagi gua ,raya tahun ni sangat berbeza kalau nak dibanding dengan yang lepas lepas . Entah lah , mungkin tiap pandangan manusia berbeza . Ni pandangan gua .

Jangkaan gua banyak meleset , kegembiraan keceriaan tu memang tak sama masa gua zaman budak budak dulu . Terang terang sebab gua dah tua .  Rapatnya antara gua dengan sepupu sepupu gua tak macam dulu . Kalau dulu sasarannya ialah malam raya . Mercun lah apa lah . Sebolehnya semua mesti kena berkumpul . Tapi tahun ni sekadar balik berjumpa . Tak banyak benda nak dikongsi sebab masing masing berkongsi dengan laman sosial memasing . Berkumpul tapi sunyi .

Gua mengalihkan pandangan gua ke nenek gua yang duduk menghadap pokok pokok belakang rumah dia . bergoyang kena tiup dek angin . Gua perasan nenek gua sedang mengimbau . 

"Dah besar besar cucu nek . Dulu masa kecik semua duduk dekat sebelah nek . Gelak gelak khusyuk dengar nek bercerita sambil isi kuih dalam balang raya. Sekarang masing masing dengan taliponnye .. " , nenek gua perlahan bersuara .

"Taklah nek , semua dah beso . Yang dah kahwin sibuk dengan anaknya , memasing dah ada cerita sendiri " , gua cuba memujuk .

Gua tak tau samada nenek gua terharu gembira atau sebaliknya . Cuma gua pun nampak perubahannya , semua sibuk dengan hal memasing . Tiada perkongsian sesuatu . Betul betul dengan talipon . hanya jumpa bersalaman dan bergambar  . 

Zaman dah berubah . Bebudak kecik pun tak macam dulu . Takde dah nak pergi beraya ramai ramai jalan kaki satu kampung tu ,pemakaian baju raya tu lebih dari 6 jam .bebudak yang nak ikut baraan(marhaban) pun tinggal 9,10 orang . Sekarang pengisian raya tu .... feel raya tu bebetul rasa sejam dua pertama .



P/s : yang tak berubah tiap tiap tahun cuma air sirap . Tu kewajipan tiap tahun dekat setiap rumah dekat johor masa hari raya .

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .