"So denial ! Camne kau rasa nak setelkan permasalahan kali ni ? Soal bercinta dekat satu opis ni dah tahap kritikal ! Boleh menjejaskan hubungan antara pekerja, majikan dan seanteronya jika dipimpin individu tidak matang dalam percintaan ! " , ujar gua kepada partner gua.
Terlampau banyak kesan negatif gua ingin sebut tapi mungkin lain kali kerna tiada la daya bagi gua.
"Politik" , denial membalas sambil menyedut air kotak milo dengan laju sebagai tanda penamat .
Soal politik ni kalau nak dihurai satu purnama pon belum tentu habis . Disebabkan politik sesuatu institusi atau negara boleh menjana kesan yang baik dalam jiwa masyarakat dan jika disalah guna maka terlangkup lah sesuatu undang-undang . Tapi berpolitik ni harus tepat dengan punca dan membawa visi atau manifesto yang membawa kepada keamanan negara dan sahsiah . Jika terlencong mungkin padah berlaku seperti kes 13 mei .
Politik ni harus la dilaksana tanpa ada mementingkan kroni dan kasta . Ianya bersifat menyeluruh dan bukanlah memilih siapa pemimpin yang berkuasa atau pun kacak macam gua . Tidak harus menidakkan sesuatu badan itu jika membawa satu persepuluh kebenaran daripada 10 tindakan yang diusul .
Seperti mana yang gua cakap , takkan habis isu politik dalam setiap situasi yang lu lalui .mungkin hari ni benar sesuatu tajuk yang keluar tapi esok mungkin tiba tiba tidak disebabkn rasuah . Ini lah politik . Jika lu yang berada di kerusi bermahkota tak semestinya lu berkuasa raja dan gua yang di bawah harus ditumitkan .sedarlah pemimpin itu membawa satu gelombang yang 'boom' yang pastinya lebih benar tiada konspirasi walaupun di aras bawahan, di kalangan pengundi kampung .
"Lu dah lari jauh ni denial !!", gua membantah .
"Politik lah yang sebenar-benar cara mengatasi !!" , denial menegas .
"Gua rasa jawapannya wing chun !" , gua berkesimpulan .
"Apesal wing ch...."
"Duubbbb !!!! Dub dub dub !!"
Belum sempat denial menghabiskan soalan gua menghentam rusuk kirinya dengan gaya ip man membelasah mike tyson .
P/s : maka segala permasalahan dan perkelahian gua selesaikan dengan kung fu . Jemput tengok gua berlakon kat ip man 3 .

No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .