Wednesday, 14 December 2016

Selamat hari lahir

Disaksi hari ini hujan melimpah,
Tanda kuasaNya menurun kurnia,
Aku berdoa rezeki yang meruah,
Umur yang panjang untuk Dia

Aku di sini menadah tidak terlambat,
Cakupan tapak doa untuk dipanjatkan,
Agar di berkati dan dilindung malaikat,
Dijauhi resah sakit dan kejahatan 

Laksana camar pulang kegirangan,
Selamilah harimu penuh tawa dan riang,
Aku bagai pungguk di dahan,
Menyaksi mu lebih terang dari bintang

Kuharap petang ini tidak suram,
Harap umur mu tidak akan senja,
Engkaulah pelukis masa dan kisah,
Kisah sejati cinta dan persahabatan

Hari kerap berlabuh,
Namun kutunggu disember tiap tahun,
Hari ini hari bahgia kamu,
Moga dilindungi orang kamu cinta dan menyintaimu

Sedar kunang menerang malam,
Dakap cinta terlahir darimu teristimewa,
Dikala itu kau juga menerangi gelita kelam,
Mengikat dengan rindu hasil jelita hidup yg berwarna

Ku junjung tinggi kuasaMu Ya Rabbi ku ,
Kau lindungilah dia dengan sayap seribu malaikat penjaga,
Berkatilah dia dan keluarga dengan segala kuasaMu,
Kerna darinya aku melihat syurga dari tatapan seorang hawa .

Selamat hari lahir Noor Alyaa Izzah . Ku kirim selembar tulisan sebagai doa . Biar tak bernilai, tetapi ikhlas buat mu walau aku bukan sesiapa. Moga kau beroleh cita-cita yang kamu impikan.

P/s : hadiah terindah untuk kau ialah ..

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .