Gua biarkan satu kawanan menggunakan lif . Dan gua sedar hanya gua seorang lelaki dekat situ . Gua mula sedar , dah nampak dah tanda 'pengakhiran' dunia . Gua berkerut berfikir kalau kita 'singkir' tanda-tanda ini mungkinkah akan melambatkan pengakhiran . Serta merta gua beristighfar dan membaca doa halau setan . Gua mula perasan bau benda terbakar , mungkin setan tengah terbakar hasil bacaan gua.
Lif sampai dan gua pun menanti dengan tenang perlahan-lahan dan teratur gua cuba mengisi ruang lif tersebut . Tiba di langkah terakhir gua .
"Eh , ape ni. Bagi perempuan jela masuk . Kau lelaki masuk nanti la . Bahaya !" , seorang perempuan gemuk berbicara .
"Lu dah kenapa ??!! Kepala otak betul!! " , gua balas . Serta-merta jugak gua tendang dia seorang je keluar dari lif .
"Lu kena sedar , lu tu lagi bahaya dari beruang ! Tengok muka lu pun gua takut , lepas tu perangai lu yang durjana !"
**************************
Gua tahu ini bukan pengakhiran , tapi suatu permulaan dalam persediaan menghadapi pengakhiran . Suatu pengakhiran dah ditetapkan qada qadar yang tak boleh dilambatkan, hanya harungi dengan persediaan sewajarnya. Kehidupan : susah senang sedih gembira dan memacam lagi . Tapi bagi gua kehidupan tu satu tempoh perlaksanaan bagi sesuatu misi . Sama ada berundur, berhenti atau redah !
P/s : pengurusan masa dengan kaedah yang berilmu adalah penting . Baiklah gua kena tidur 8jam sehari .
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .