"Hentah lah mcfly ... aku baru je siapkan flying hover board ni ..tu pun dah makan masa berzaman , makan taik pon aku dah .. "
Seperti yang sedia maklum Marty Mcfly telah berjaya melangkau masa dan zaman bersama ciptaan Dr. Emmet pada 1985. Dan sekarang ni dah 2016 dan masih lagi tiada bayang mesin masa ala ala keretapi atau pun segala teleportal . Soalan gua . Adakah mesin masa atau pon perlangkauan atau perentasan masa ini sebuah idea yang logik atau sekadar ideologi sampah untuk merosak pemikiran ??
*****************************
Seelok je gua merendahkan gear transmisi manual gua ke gear 2 , gua laju menuruni bukit dekat bangi . Hari ni gua balik kerja awal , di kala el nino tengah menghangat kuala lumpur , gua rasakan dahaga di liang tekak gua . Jadi gua serta merta berhenti dan mula menurunkan tongkat jentera gua dekat satu kedai makan ; cuma air sirap sejuk di dalam benak pemikiran gua .
"Kak ! Order kak . Sirap ais satu ya ", gua memesan .
Selepas 5 minit , sirap yang gua pesan sampai . Gua mula menghirup dengan halaju sedutan yang minima agar pemindahan cecair itu dirasa dengan penuh perasaan .
"Eh , apit , aus , akim . Nenek nak pergi kedai kejap ye . Air sirap dalam peti nek dah buat . Nasi goreng pon ada bawah tudung saji "
"Aus ,kau rasa kampung kita ni tempat paling tenang tak ?"
"Pit jom baca buku ROTTW dekat bilik abun . Banyak doh koleksi dia "
"Weh cik abun bawak mercun banyak tak malam ni ?? "
"Weh diorang tengah sibuk masak rendang , kita ni sibuk membaham tumpi dengan sirap nenek kan .hahaha"
Ini adalah dialog yang tiba tiba tertera di suatu sudut otak gua . Sesuatu suasana yang nyata gua lihat tanpa unsur pemvisualan luaran yakni hanya berlaku sejurus mata gua tertutup hasil sirap tadi . Serta merta gua meninjau meliar mencari nenek gua sebab rasa sirap tu 100% bancuhan yang sama dengan pembuatan oleh nenek gua yang mencapai tahap sirap paling sedap di dunia .
"Ketik . Ketik "
Gua mula membakar susunan tembakau di dalam relau pembakaran pipe gua . Asap gua kepulkan sebentar di ruang atmosfera . Dalam kepulan tu gua nyata sedar gua terlihat visual abah gua sedang gelak , bercerita tentang bahgia sesuatu jangka itu bergantung dengan apa yang kita kerjakan . Yang pasti benda yang baik , bermanfaat untuk sekalian alam . Di mulutnya yang berbicara itu terletak sebuah pipe . Seperti gua .pembiasan imej tu seakan mencapai tahap realistik seperti abah dekat depan gua.
Mesin masa itu adalah sesuatu yang sukar untuk gua percaya tapi yang pasti , perlangkauan masa ke sebuah masa silam kita adalah berdasarkan sebuah memori . Dan sirap yang gua minum tu adalah suatu medium tanpa sengaja untuk membolehkan perentasan sel otak gua untuk menangkap segala imej dan dialog yang pernah gua lalui sambil minum sirap nenek gua dulu. Gunakan memori itu untuk mengingat segala pesanan , kegembiraan untuk pembaikan kendiri lu di masa sekarang .Jadi gua berjaya kembali ke masa silam !
Kepada yang bertanya tentang masa hadapan , gua tahu sedikit sebanyak tapi gua takut untuk nyatakan hari ini . Cuma gua dapat memberi nasihat . Bekerjalah untuk dunia seperti kita hidup selamanya , bekerjalah untuk 'di sana' seperti kita akan mati esok . Masa depan , lihat lah apa yang lu orang tengah kerjakan sekarang .
P/s : kalau lu rindu seseorang , lu cuba lah pesan air greentea kat starbak ke lepak starbak ke tengok movie thor ke marvel avengers ke .gua yakin mesin masa lu akan aktif sera merta ! Haha
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .