Tuesday, 26 April 2016

Kaget (part 1)

Perjalanan dari putrajaya ke johor hanya memakan masa lebih kurang 3jam .tetapi dsebabkan kesesakan trafik pd waktu pagi sabtu, gua dgn supian amik kptsn utk menunda perjalanan pd waktu petang . Kemungkinan besar penjimatan masa tu banyak. Smntara tggu tu supian ajak gua servis myvi dia . Nak betulkn penyaman udara katanya .

Setibanya ktorang dkt bengkel, gua pun mula membakar sebatang rokok smbil duduk dekat bangku kecik dpn tv . Tv tu tv lama dan gua tak peduli sgt yg penting ada siaran .kluar pulak cerita psl org bunian sorok orang la apa la . Gua dgn supian mula fokus dgn karakter yg dibawak oleh johan asyari .

"Ape la siang2 ni tayang cerita hantu. Tak seram ", supian berkomentar .

Padahal gua tahu di tengah cover seram sebab gua tau supian bkn mamat yg berani . Minggu lepas dia suruh gua teman lepak bermalam dekat rumah dia sebab elektrik kena potong .

"Supi ! Supi !!" , jeritan ijat budak bengkel memecah kesunyiaan membuatkn gua dengan supian terbuntang mata .

"Ha apa ijat ??! Jerit lu mcm nampak hantu ! "

"Ni ha. Tayar lu ni kena tukar baru .botak abis ni ."

"Tak payah la .gua bukan ada duit lebih ni jat "

"Eksiden nanti jangan salahkn gua.."

Jam 6 petang , gua dengan supian mula berangkat pulang . Kitorang bercadang lalu lebuhraya plus dan masuk persimpangan simpang ampat melaka . Pemanduan , gua kawal dengan berhati hati sebab gua nak balik rehat dekat rumah bukanlah wad . Sejurusnya , ngantuk gua tidak dapat dibendung lalu supian menjadi pengganti .

Setibanya dekat tampin, hujan turun dengan selebatnya. Mata gua bertambah berat akibat suhu yang kian menurun . Sebelum gua terlelap gua saksikan supian dengan gaya profesional menuruni bukit berselekoh dalam hujan . Gear diturunkan dan supian menambah kelajuan ketika melepasi selekoh 'L' . Myvi tu agak membuai bagai satu tayar terapung di atas jalan. Gua hanyut ..

Tiba tiba kereta yg supian bawak berpusing 360 darjah .supian gagal memperlahankan kelajuan akibat tayarnya tidak mencengkam permukaan jalan kerana hujan lalu mengakibatkan myvinya menghentam pokok kekabu. Ktorang terhumban ke dalam gaung dan pengakhirannya gua pengsan akibat hentakan kepala pada dashboard .

Selang beberapa minit, gua tersedar ! Tapi bertuahnya ktorang masih bernafas dan masih lagi dalam perjalanan . Gua menarik nafas lega .gua bersangka ianya hanya mimpi .gua kerling pada cermin sisi melihat muka gua dan gua gelak berbaur debar .

"Taik betul lah ! Orang2 ni semua buta ke apa??! " , supian memaki .

Sepanjang perjalanan , kereta yang berselisih untuk memotong kitorang hampir menghimpit kereta ktorang bagai tidak nampak kedudukan kami . Bukan 1 kereta tapi banyak ! Supian hanya mengelak daripada kemalangan dan memaki hamun sepanjang perjalanan . Gua hnya membatu .

Akibat hujan terlampau lebat , supian mengajak gua bermalam dekat rumah dia di bandar segamat dan esok baru gua pulang ke kampung gua. Keadaan rumahnya sangat sepi seolah tiada penghuni .

"Ah . Aku rasa keluarga aku pergi bercuti kot .kita tidur jela . Esok gerak balik rumah kau ", jelas supian sambil membuka pintu menggunakan kunci penduanya .

Keesokan hari gua dan supian terus bergerak ke kampung gua . Majlis pernikahan kawan gua berlangsung pada jam 11 pagi jadi gua gerak dalam pukul 9 pagi . Ketika memasuki simpang kampung gua , kelihatan ramai bertandang dekat sebuah rumah dan kebetulan rumah kawan selang sebuah rumah saja . Gua ambil keputusan untuk singgah .

Rupa-rupanya ianya majlis kematian . Serta merta gua cuba meredah sesak manusia di situ untuk melihat jenazah .

"Pakcik , siapa yang meninggal ni ?" , gua cuba bertanya .

"Amir . Dia eksiden semalam maghrib dekat tampin dekat selekoh "L" . Hentam pokok kekabu sebelum terhumban ke gaung ", kata sorang pakcik tu .

Gua kaget !

"Aus , tu tempat kita eksiden tu !" , supian membisik menyengih .

"Eh ! Lu mimpi jugak ke semalam?? Kan lu drive ! Gua yang mimpi !" ,gua membetul .

Gua rasa gua takde bagitau pasal mimpi gua . Macam mana supian boleh tau ? . Gua sepikan diri bersangka kemungkinan supian hanya bergurau.


Bersambung ....

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .