Saturday, 30 April 2016

Kaget (part last)

Pandangan yg terhad dekat gadis anak cowboy tu membuatkan gua tak lena tidur walaupun gua dah selamat walhal leonardo dah berdengkur mcm kuda yg kekenyangan. Gua masih terfikir motif cowboy selamatkan gua. Lena gua dikejutkan oleh gadis tersebut yg masih berbaring sebelah gua. Persoalan yg tmbah merunsingkan ialah kenapa gadis tersebut tdur disebelah gua.

"Awak kenapa terkejut seperti nmpk hantu ?? Takkan la dengan isteri sndri pun terkejut "

"Kita suami isteri??!! "

"Awak pndai bergurau . Kan kita 3 bulan sah dinikahkan oleh tok kadi dekat gereja.."

Gua tak berhenti istighfar takut2 masih dimainkan setan. Sejak bila orang2 cowboy ni islam .siap ada tok kadi .dah la dekat gereja . Perkahwinan ni adalah satu misteri bagai gua hilang ingatan selama 3 bulan lamanya. Justeru itu, gua cuba melarikan diri, risau2 ada tersalah orang yg muka sma macam gua . Kuda diluar rumah telah sedia untuk gua tunggang.

"Eh. Tuan Abraham Lincoln nak kemana?? Tuan kena buat ucapan dekat perasmian tanah untuk projek pembinaan kereta api pukul 12 tengahari nanti", tegur seorang lelaki lagak secretary seorang menteri .

" gua abraham lincoln ?? Ni gila apa . Tahun berapa ni?? Sah diorang salah orang", gua bermonolog sambil menaiki kuda .

Aksi tembak menembak terjadi apabila gua dianggap seperti seorang pelarian yg menyamar menjadi presiden .sesampai di sebuah tasik, kelihatan satu kapal kecil seakan kapal selam semacam kapal nautilus dalam sejarah verne . Gua lgsung tak peduli mana datang tasik dan kapal selam tu.Seorang captain muka ala ala india memanggil gua untuk masuk dan sekaligus gua lenyap dr permukaan air . Sambil perkenalkn namanya; captain nemo , dia menghulur satu peta yg menuju ke arah pinggiran selat melaka .

Belum sempat gua ucapkan terima kasih dan bertanya, kapal selam nautilus ini dilanggar oleh satu hentakan,mungkin objek yg bergerak,mungkin ikan paus. Captain nemo hnya menunjuk menunjuk arah pada cermin, benda semacam landak laut tapi sebesar kapal . Captain nemo menyasarkan arah pd binatang tersebut dan 'boom' ! Keluar sebuah misil tepat mengenai binatang tersebut .

"Baik lah. Kita dah boleh naik ke permukaan .binatang td adalah virus dalam perut tuan hamba .sebab tu tuan hamba selalu mengalami radang perut ", jelas captain nemo.

"Di manakah kita sebenarnya ???! ", tnya gua. Gua semakin kaget .

"Kita dalam perut tuan hamba sekarang. Mari kita keluar"

Gua bangun dari tidur seperti berada dalam tubuh yg baru .segar bugar tanpa sakit perut semalam .

"Aus . kita gerak petang sikit balik johor . Pagi jammed ni . Nnti teman aku pergi bengkel ijat. Nak repair aircond myvi aku", terang supian.

"Gua okay je", jelas gua sambil mengikat kuda putih pada paip bilik air yg gua tak psti mna datang kuda ni .



P/s :Bukan senang nak faham otak gua . Silap2 Prof.X yg botak tu pon pening nak baca fikiran gua.hahah. Perit rasa tu takkan semua orang boleh faham, melainkan dia merasakan sakit tu. Ia sesuatu yg patut dikongsi, agar semua tahu istilah kawan yg memahami.

Alfatihah buat kawan gua sontot, lu akn sentiasa dalam 'group' kita .

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .