"Kita ni jangan asyik harapkn balasan kalau buat amal budi. Ikhlaskan serta doa org yg kau tolong dipermudah urusannya" ,lancar nasihat dari midon dekat gua dgn kopiah kecik dekat kepala serupa yahudi entah budak tadika punya dia rembat.
Tak semena-mena gua terbatuk tercekik bawang masa makan roti telur bawang dekat mamak . Mamak ni ikhlas entah tidak meniaga ni,bawang sebesar ibu jari kaki. Nk bagi gua orang mati agaknya. Serta merta gua merampas air teh tarik dekat tangan midon.
"Gua bukan tanak tolong dia midon. Lu ingt tak dia tolak pinangan gua sbb muka gua mcm muka jacky chan mualaf", gua lantas membantah sambil mencungkil keluar sisa bawang tadi.
Karmila bukan seorang yg biasa-biasa dilihat. Nyata seorang yg cantik dan sentiasa bergaya .kejap skirt kejap seluar pendek paras peha kejap seluar ketat kejap bersinglet dan memacam gaya yng mampu melunturkn iman yg rapuh macam zaff. Yg menjadi permasalahan sebenar ialah dia bagai memperaga susuknya agar harga hantaran boleh dibida dengan harga lumayan. Ayah karmila memang pandai bisnes.
"Aku tengok bukan main kesian dekat dia .. membunting. Takde laki.. bapak dia pulak tak habis melepas seranah .kan kau nak dia dulu. Ni la masanya berbudi", midon cuba menggelincirkan ego gua .
Tak selang beberapa minit ,sampai seekor anjing dekat sebelah meja kitorang .serta merta midon melompat ke atas meja bagai hendak berpencak gayanya dan langsung melemparkan selipar terhadap anjing tadi. Jelas sekali anjing tersebut sedang kebulur lalu cuba merampas ayam dekat tangan midon.
"Woi anjing! Aku tgh lapar ni. Jgn harap aku nk bg mknn aku dekat binatang haram mcm kau.ni last duit aku tau tak ! cis punya haiwan najis! Haram! . Syuhhh syuhhhh ", halau midon .
"Tu peluang untuk lu berjasa midon..haha" ,gua relax sambil menyengih.
Gua melontar roti telur gua dekat anjing tadi dlm jarak 1 meter dr meja gua . Keracunankah anjing tu hingga badannya menggelupur selepas menelan roti tadi. Gua cuba memohon maaf kehadrat ilahi bahawasanya gua ikhlas menolong tidak berniat menyakiti.
"Pooooff !!!"
Anjing tersebut tiba-tiba bertukar menjadi seorang jelitawan yg tak terkata kesempurnaan penciptaannya dan berusaha berkumat-kamit melenturkn bibirnya yang mungkin baru pertama kali mengucap sesuatu untuk berkata. Midon pula hanya ternganga bagai seorang tolol yg tak tahu membaca.
"Adakah ini hukumanku wahai Tuhanku. Apakah maksud haram pada diriku bahkan tiada kemanusiaan dalam manusia" ,rintih jelmaan tadi.
Gua sambung berborak dengan gadis tadi pasal cerita captain america sambil memesan teh tarik gelas besar . Midon hilang dalam hingar riuh disitu bersama anjing dan ayah karmila.
P/s : siapalah gua untuk memperjelas mempersoal hukum alam ; bencana mahupun limpah rezeki terhadap sesuatu.
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .