Monday, 30 March 2015

Gangster Cintan Maut (part bersepai)

Dari pada seorang yang jahil entah di mana akalnya , fariz kini mula tunduk ke Maha Penciptanya . dia mula tersujud menangis . perasaan sedih dan kesalnya memaksa otaknya mengimbau segala kekejian yang dilakukan dahulu . Demi mengejar impian duniawinya , memenuhi hendak nafsunya yang menyerakah di setiap pelusuk jiwanya , dia sanggup berlagak seperti 'pencabut nyawa' . 

Disingkatkan jalan ceritanya , Tuhan telah menemukan dia kepada seorang wanita yang penuh dengan sifat yang 'tak terkata' . Lengkapnya seorang wanita itu , Tuhan kurniakan rasa cinta sayang yang mungkin tidak akan dirasai oleh segenap manusia lain . Ya , mungkin terpilih atau belum masanya . Cinta dan rasa sayang antara mereka yang membuat Fariz berubah . Nyata-nyata ianya berjaya membuatkan seorang yang binatang lalu menemukan suatu yang putih, bersih . Tuhan itu penyayang . tanpa sedar , kurniaan itu bukan sekadar cinta antara manusia namun berteraskan rasa cinta pada Ilahi pada pengakhirannya .

Siapa pun tidak boleh mempertikai dan menjangka kuasa Tuhan . Itu lah yang dirasakan Fariz . Pertemuan itu tak dijangkanya walau setitik akal . Telah dibukakan pintu hati manusia sekejam Fariz dengan hanya melalui murninya cinta kepada Ilahi yang diterapkan oleh wanita itu . Indah .

Namun rasa bersalah dan berdosa Fariz , adakah mungkin rasa kesal dan taubatnya diterima ?

Fariz mula diburu rasa benci dari dalam dirinya sendiri . Bukan itu sahaja , dia khuatir jika wanita yang dicintai sedar atau tahu segala dosa yang telah dilakukan oleh Fariz membuatkan dia hilang segalanya yang dia cintai . Fariz kelihatan tidak senang . Manusia di sekelilingnya yang mengenalinya , yang dahulunya mengenali Fariz sebagai seorang bertopengkan syaitan , mula mengherdik , mencaci menghinanya .

Fariz tidak putus menghampiri masjid . Namun ...

"Orang macam ni tak layak diberi penghormatan! Tak payah maafkan orang macam ni ! Patut kau direjam ditikam seperti orang yang kau bunuh sebelum ni! " , ujar segelompok manusia di kiri kanannya .

"Woi , kau patut mati ! aku hampa dengan kau ! Di mana pencabut nyawa yang aku kenal ! Kau patut tamatkan apa yang kau mulakan! " , joker bersuara .

Manusia tak menerimanya , lontaran batu dan sampah tepat merejam ke muka dan tubuhnya akibat rasa marah mereka . Tak cukup dengan itu , geng-geng clans , puak gangster yang hampa dengannya juga turut ingin membunuhnya ! Dan ada juga yang masih mengharapkan Fariz merenggut semula gelaran pembunuh nombor 1 .

"Aku berdosa ! Aku mahu pulang ! Ini semua sial ! ", Fariz menjerit di hadapan semua orang yang ada di hadapannya ketika dia melangkah keluar dari masjid .

Tanpa disedari , kehadiran wanita yang dicintainya telah lama berada hampir dengannya . Mendengar segala buah mulut manusia lain , terdengar jua rintih sedih Fariz . air mata sebak mula membasahi pipinya , adakah benar apa yang mereka perkatakan tentang Fariz . 

Fariz mula perasan susuk dan wajah wanitanya itu Yang sedar berlari meninggalkannya di dalam rungutan dan resah .

"Awak ! Tunggu ! Saya bole perjelaskan semua ini ! " , fariz menyempatkankan jeritannya .

"Pergi ! ", wanita itu memperkasa suaranya .

kuasa Tuhan itu tidak dijangka , anggota polis yang berada di situ melepaskan berdas-das tembakan namun tidak mengenainya .akan tetapi tiba-tiba wanita tersebut rebah . Pengsan di terik jeritan semua orang di situ . Fariz cuba mendekati untuk menyambut tubuh wanita tersebut tapi gagal . Fariz berlari dan ditoleh kebelakang sedikit dia tertangis melihat wanitanya itu masih terkulai seperti tidak lagi bernyawa . Terlihat seorang musuhnya tersenyum memandang wajah Fariz . wanitanya itu terkena tembakan oleh musuhnya itu yang hanya bertujuan dendam terhadap Fariz . Fariz mula mengingat satu ayat .

"jika kau berani meninggalkan dosa kau, aku akan pastikan orang yang kau sayang akan mati dalam tangan aku !" , kata-kata joker yang tidak mahu Fariz keluar dari puaknya .

Joker yang dahulunya membayarnya untuk membunuh, sebagai kawan lalu musuh . Fariz menggenggam erat ruas tangannya .

Wanita itu koma , jantungnya mengalami konkusi di tahap kritikal . Itulah yang Fariz tahu ketika dia mencuri masuk ke dalam wad di hospital tempat wanitanya dimasukkan .Terdengar perbincangan antara pakar bedah di situ . Fariz mula mencurigai sesuatu buruk .

"Dia hanya boleh bertahan untuk 48jam sahaja dan selepas itu, mungkin jantungnya tidak lagi akan berfungsi, dan pastinya dia memerlukan penderma ", kata seorang pakar di situ .

"ya Tuhanku , segala apa ada dalam diriku adalah milikMu . Izinkan aku memberinya kepadanya .selamatkanlah nyawa, ambil aku sebagai galang ganti.", fariz menangis menadah doa .

Fariz mengacu sepucuk pistol di pinggang pakar bedah tadi dan memaksa untuk memindahkan jantungnya kepada wanitanya itu .

Selepas 42jam selepas pembedahan, wanita itu mula tersedar . Di lihat sekelilingnya tiada seorang pun melainkan fariz . Fariz duduk di sebuah kerusi tepat mata Fariz memandangnya .

"Awak , saya minta maaf atas segala salah saya pada awak . Segala rahsia . Jujur saya katakan, hadir awak dalam hidup saya merubah segalanya . Saya tidak mahu hilang awak ." , fariz menangis . 

"Saya sentiasa maafkan awak Fariz kerana saya telah mencintai awak Fariz ." , dalam sakit dia menyatakannya .

"Junaidatul !! kamu sudah sedar ! dengan siapa kamu berbual! " , tegur hambali yang juga bekas tunangnya .

"Dengan ..... Fariz ", wanita tersebut menunjukkan arah di mana Fariz duduk . 

Namun Fariz tiada di situ .

"Junaidatul , fariz sudah tiada . Dia mendermakan jantungnya kepada kamu! ", tegas hambali .

dia mula terkejut rasa gelisah . Terlihat sepucuk nota ringkas di atas meja kecil di tepi katilnya .

"Aku serahkan segala rasa sayang cinta aku di dalamnya . Hati aku ini selamanya milik kau junaidatul .insan yang aku paling sayang di dunia ini . Jangan kau sedih , aku sentiasa ada di dalam diri kau . Terima kasih junaidatul . Dahulu kau pernah bertanya kepada aku , apa yang aku inginkan di pengakhiranku , jawapanku - aku inginkan Raudhah . Aku berharap Tuhan dapat menjejakkan aku ke sana . Terima kasih atas cinta kau ."

-Fariz


p/s : gua sambung cerita gua yang tergantung . Tapi tiba-tiba skip terus pergi ending . Tengah-tengah dia nanti aku buat dekat entri lain . Babai





Sunday, 29 March 2015

Saturday, 28 March 2015

lembu biru bodoh

Haha . Lahanat apa lah tajuk gua dekat entri . Gua rasa macam nak sepak diri sendiri pun ada . Bukan apa . sebenarnya gua nak cerita pasal cinta . Kalau gua terus letak tajuk cinta mesti lu semua cakap "apa shit bodoh blogger ni buat cerita pasal cinta . Mainstream betul , clishe' ".

Okay .minggu depan gua tukar nama blog gua kepada 'cintaik'  .baikkk . Gua dah mula melencong ke tempat lain . sebenarnya isi gua ni macam kuih karipap 2015 . Luarannya tampak besar , isinya hanya seinci sardin atau kentang yg dipotong 18 . Babi . Beli mahal-mahal makan takde rasa .

Cinta . Gua pasti ianya seperti lembu biru yang bertuankan oleh UFO . yang gua rasa diturunkan oleh mangkuk terbang yang sering dijadikan humor atau viral oleh para pengkaji sains . Terang-terangnya ianya masih gagal untuk dibuktikan , dijelaskan . Gua nampak , gua rasa sayang , cinta yang terjadi dekat gua . Ada terdengar suara dalam otak gua , wajah dalam mimpi gua , suatu rasa yang tersisip dekat hati gua .

Ah setan . Macam gua cakap . Love .It's a bless , love is something to be earn .  Ufo datang tiba-tiba dan sebagaimana yang lu tau dia takkan bagitahu lu bila dia nak datang . Tup-tup depan mata lu masa lu tengah sorang-sorang dekat atas pokok ciku . Macam mana lu nak tunjuk bukti ufo tu datang selain daripada percakapan, gerak tangan . Terpulang kepada individu untuk percaya apa lu bebelkan . Kadang-kadang lu sendiri tak tahu betul ke apa lu nampak apa lu rasa sama sekadar khayalan atau lah syok sendiri . Itulah cinta yang sukar dibuktikan .Cinta .ah fuck ufo . Fuck lembu biru bodoh .

gua gelak kecil bila gua baca balik apa gua tulis dekat atas .sah gua kena rasuk biri-biri biru pulak . semua yang terjadi dekat dunia ni berasaskan percaya dekat apa yang lu cinta, mungkin . Lu bahgia tak rasa cinta tu? Amazing kan sial bila nampak ufo . Gitu lah gayanya benda yang lu kejar tapi susah nak dapat. Bila bagitahu orang tak percaya . Bodoh .

P/s : ada jawatan kosong tak dekat publisher-publisher novel tempatan? Gua nak buat cerita pasal cinta , tak pun ufo . Hahaha . Cibainya .

Wednesday, 25 March 2015

4 am

*berbaringdiataslantaiyangkerasyanghanyaberalaskansekepingcarpetcartoon*
4.31 am apabila mereka nyenyak dibuai mimpi indah, aku pula yang kebingungan, entah apa yang difikir entah apa yang di mahukan entah apa yang berada di minda nya semua nya hanya hilusi semata mata yang tidak mampu dihuraikan dengan percakapan. Setelah setengah jam meninggalkan perkarangan meja study aku terus melenyakkan diri ku di atas bahtera ini. Diri mengucap sekalung penghargaan kepada yang maha Esa telah menciptakkan satu otak yang dimiliki oleh setiap manusia yang di mana tiba nya pertengahan hari iaitu dalam pukul 3 ke atas otak akan berfikir dan dapat mengingat segala yang di baca dan dapat di simpan ke dalam otak dengan pantas. Alhamdulillah.
malah, solat tahajjud dan solat sunat hajat juga amat digalakkan dalam masa ini aku mengucap kan Alhamdulillah untuk sekian kali, sekian ke dua dan sekian beribu ribu sekian.

P/s: apa yang disampaikan hanya lah satu kisah merepek ke di pagi hari,
(Hopefullyafterthisicanwakeupforthistimetostudy)
(oh paling penting, suasana ketika ini masyaAllah sangat tenang seperti di jordan *batukseketika*
angin bersempoi sejuk memandangkan tingkap bilik terkuak sedikit dan bunyi bunyi cengkirik dan burung bersiulan sangat mendamaikan, terima kasih hutan terima kasih kelapa sawit terima kasih Tuhan yang maha Esa"

Monday, 16 March 2015

sang penikam


P/s : Bila gua dengar gua rasa hati gua macam kena shwinnggg dengan pedang samurai .