Monday, 30 November 2015

Sabarla sabariah

Ade sorang awek ni . Update kat laman sosial dia katanya masalah di kantor kerja . Kahkah . Kesian tempat kerja yang stress . Berantakan dengan teman kerjanya barangkali .

Teringat gua baru masuk kerja dulu gua nampak budak kecik berak dalam mangkuk nasik . Bodoh macam basikal . Sumpah lawak . Tu je la paling tinggi tekanan gua pernah lalui . Gua tak tunggu lama . Macam biasa , gua bagi sudu dengan kicap kat budak tu . 2 saat lepas tu mulut dia bau taik . Budak tu siap mintak garam .

P/s : sabar lah mengharungi kehidupan seharian lu orang. Itu membentuk jati diri lu jugak tanpa lu sedari .

Monday, 23 November 2015

Mimpi seram

Gua sampai dekat mamak malam tu . Dalam pukul berapa gua tak ingat yang penting real madrid vs barca punya game malam tu . Gua nampak kemal lepak sorang jadi gua bercadang nak lepak sekali . 

"Mal , tengok bola ke . Pehal lu sorang sorang? "

Mata kemal terbeliak tanpa sebarak reaksi . Jadi gua berfikiran dia khusyuk tengok bola memandangkan gua tengok mata dia terpacak mengadap kaca tv .

"Woih . Lu tak order makan ke, teh tarik kau pon dah kering ni . Gua nak order minum ni . Lagi satu gua nak cerita mimpi seram gua malam tadi. "

Kemal masih membatu tapi kali ni gua nampak mencurah peluh lalu leher hitam dia . Jadi gua beranggapan roh dia sedang masuk dalam badan christiano ronaldo . Jadi kemungkinan pergerakan ronaldo tu terhasil oleh kawalan kemal sebab gua nampak kelam kabut permainan ronaldo malam tu .

"Camni mal , gua malam tadi mimpi kena bunuh dengan badut . Dia pegang kapak nak pancung gua ! Gua lari dalam mimpi tu . Gua toleh belakang gua nampak ajim dah kena tetak . Pastu gua terbangun . Jadi gua nak tanya apa maksud mimpi gua ni " , gua berbicara walaupun tidak dipeduli kemal .

"Lari ! Lari ! Dia dekat sini !! " , kemal menjerit bila nampak sorang aney yang tengah menghampiri .

"Lu ni kenapa ! Aney tu nak amik order la cibai !" , gua sound kemal .

Gua tengok aney tadi dah bertukar menjadi sorang perempuan ala ala arab . Gua kaget tapi gua senyum sebab bagus la hari hari asyik tengok mamak je . Kali ni awek arab cun amik order .

"Saya nak order teh ooo.....aaaaaaa"

Belum sempat gua order awek tadi bertukar menjadi sekor vampire siap berkepak ala kelawar .

Gua tengok kemal dah lari jauh . Pastu gua terperanjat sebab ada ajim sebelah kemal . Tetiba gua perasan vampire tadi tengah gigit kemal yg tengah berlari .

"Ni setan jin mana ni rasuk gua ni ! Takkan la mimpi gua tak habis lagi !! , gua membentak dalam hati .

Gua amik gelas teh tarik kemal yang dah kering tadi, beserta jampi yang gua amalkan dari tadika dulu lantas gua membeduk dahi vampire tadi .

Keletuk !! Keletuk !!

Vampire tersebut dengan muka bengis menggeliat dan bertukar menjadi awek arab tadi sambil menangis . Cis gua ingat nak jadi rasaksa ape lak tadi .Mana taknya, banjir dah darah kat dahi dia . Dia pergi sambil ucap selamat tinggal dekat gua .

"Gua macam kenal perempuan arab tu...", hati gua berbisik .

Gua lekas selamatkan ajim dengan kemal . Kitorang sambung tengok bola . Keputusan akhir game barca 4-0 dengan real madrid .

P/s : ronaldo mimpi seram . Ronaldo mimpi gua . Dan gua mimpi .... seram .

Friday, 6 November 2015

Friday, 30 October 2015

Inspirasi

Gua tahu semua orang ada masalah .tak kira la masalah rumah tangga ke masalah cikgu dengan murid tak pun masalah kerosakan enjin kereta . 

Gua faham tekanan tu semua . Ambil nafas dendalam , perlahan lahan fikir untuk perbetul rosak tu semua . Mungkin rosak sesuatu benda tu disebab silap kita dan tak perlu lah terus menyalahkan pihak lain . Saling perbetul bukan terus condemn ya . Tu la yang cerminkan diri lu nanti .


P/s : "i will try to fix you ..." *  lepas tu solo gitar telecaster dengan efek echospace . Gua melayang teruk dalam lirik dan lagu . Lagu ni inspirasi gua .

Tuesday, 6 October 2015

Sound in my head



P/s : selamat mendalami lagu gua minggu ni . Ni gua nyanyi tiap malam ni .

Sunday, 27 September 2015

Saturday, 19 September 2015

Gua kaya suka main golf

Suatu petang redup dekat sebuah padang golf hotel ternama di sekitar kuala lumpur .

"Dupp ", bola golf dipukul tepat memasuki lubang .

Trutt .. trutt .

Hello , ni Dato' Aus bercakap .

- selamat petang Dato' . Bisnes baru dato' . Saya ingat projek ni saya nak bagi dekat dato' . 

Projek apa tu Tan Sri Habib ?

- projek bangunkan hotel lama dato' . Saya tak banyak modal jadi saya serahkan dekat dato' .

Tan sri nak guna berapa banyak nanti saya tuliskan check saja . Atau lebih mudah tan sri serahkan saja projek tu pada anak saya , Muhammad Iskandar tu yang baru habis belajar dekat UK . Saya ingin berehat tan sri .

- idea yang bagus dato' . Dan kesempatan tu,saya nak beritahu niat sebenar saya . saya bercadang nak jodohkan Suraya anak saya dengan anak dato' . 

Wah ! Lagi bernas idea tan sri . Boleh lah kita kembangkan lagi kemewahan kita . Kita tubuhkan syarikat rakan kongsi . Tambah kaya kita ya tan sri .

- hahaha . Jadi apa kata malam ini saya jemput dato' untuk makan malam di rumah saya . Kita harus percepatkan jodoh anak kita . Duit tu Dato' Aus .

*************************

Gua bangun dari lelapan gua . Gua gulung tembakau jawa dengan daun rokok gulung . Gua bakar dan gua kepulkan asap ke ruang atmosfera . Kaca televisyen yang gua tonton mula kelabu tidak bersiaran . 

"Esok hari ahad . Dan sebagai buruh kasar tiadalah erti cuti dan bersenang lenang bagi gua demi menempuh harga barang yang terbang bak bola golf yang dipukul menteri-menteri ." , gua berseloroh . 

P/s : selamat hari minggu . Jangan berhenti bekerja selagi belum kaya . Hahahaha . Celaka betul tak kaya-kaya dari dulu .