Thursday, 15 January 2015

ucapan malam yang berapi

Waktu aku sedang berusaha menghanyutkan diri ke dalam mimpi , aku dikejutkan satu ketukan di tingkap balkoni rumah . Ketukan itu disertai dengusan . Aku terkejut engan kehadiran seekor unikorn yang agak lama tidak singgah di ruang tingkap aku . Mungkin dia terlupa alamat rumah aku ataupun sistem pemetaannya gagal berfungsi .

Tapi kali ni ia datang dengan muka yang bengis , lalu tak semena-mena cuba menanduk aku dengan tanduk gerudinya . Bengisnya tu menampakkan marah terhadap aku walhal aku tidak tahu menahu apa puncanya . kemungkinan besar ianya arahan dari penunggang gadis jubah hitam .

Abdomen aku berdarah sebab tusukan tersebut . Aku cuba menjinakkannya an cuba bertutur bahasa unikorn tersebut untuk mengetahui khabaran apa yang mengsialkannya . Malangnya ia terbang selaju jet pejuang amerika , lesap dari pandangan aku. Aku cuma berharap dapat mengetahui apa yang tersirat , walaupun aku tahu aku tiak punya daya untuk memadam api marah gadis itu mahupun unikorn itu . -aku termenung .

p/s : jangan marah nanti cepat kerepot  . hahahahahaha 

jangan jakun

Hari ni memang panas . Zaid terus menapak ke satu perhentian walaupun seakan sudah kering kelenjar peluhnya  setelah habis digunakan merentas padang yang kering kontang . 

"ketak ketuk ketak", bunyi tumit kasutnya menghentam batuan rata di laluannya .

Agak lama dia menunggu di perhentian tersebut yang nyatanya hanya ada dirinya serta tak lupa bayangnya bawah terik itu . Zaid kehausan dan Zaid tak peduli kalau kuda yang sampai dahulu sebelum sebarang kenderaan pengangkutan awam lain, dia rela bertindak menunggangnya seperti seorang koboi memandangkan tiada telaga terdekat di gurun tu sebagai sumber air. 

Tepat jam 12 tengahari satu kenderaan awam tiba dan Zaid tidak berlengah mencari tempat duduk tepat di bawah penghawa dingin . Radio kenderaan tersebut tidak berfungsi maka tiadalah sebarang unsur hiburan mahupun lagu dendangan  Fynn Jamal . Seakan semua isi kenderaan tersebut sedang menikmati kesenyapan tersebut . Zaid pun tiadalah masalah tentang itu seenaknya boleh dia gunakan ketenangan itu untuk mengimbau kenangan lama dan membayangkan kek-kek dan air teh hijau yang menyamankan dahaga yang dia tahankan .

"gtdhg gtsjjiei vrrcttbb kkuuhbs..!!", satu suara yang tak didapat dikenal pasti tutur bahasanya mula memecah sunyi Zaid . Ianya sangat lantang , dan berulang-ulang .

Mulanya Zaid dapat menahan tetapi kesan dahaga tersebut membuatkan dirinya meluat dengan satu bangsa berkulit gelap ni . Cakapnya kuat tanpa endahkan orang sekeliling . Zaid mengintai . Jelas kelihatan seorang yang mungkin jakun dengan alat penghubung canggih yang baru di tangan yang juga macam sengaja membiar runut bunyi taliponnya dalam nada tertinggi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perit gegendang telinga Zaid ketika itu .Penumpang yang lain turut menggeleng .

"duk ! duk ! duk !!"

Zaid menghentak-hentak lantai tanda protes namun ianya hanya dibalas jelingan yang agak menjelikkan . Hentakan itu sangat kuat hingga tembus kakinya ke bawah lantai .Zaid semakin dahaga ,marah baran Zaid tak terkawal lagi.  Zaid mengeluarkan pedang samurai pusaka milik datuknya dari dalam beg . Dengan rakus dia memancung kepala lahanat tersebut .Darah memercik ke dinding . Kepalanya ditendang Zaid ke luar . Zaid diberi tepukan gemuruh , dan dia sedar tindakannya itu berhasil . Si gelap tersebut sangat senyap , mungkin dia insaf .

p/s : budak-budak dah mula sekolah tapi ramai aku tengok diorang kat luar sekolah . 2-3 hari ni aku rasa nak marah je . sial lah

Sunday, 11 January 2015

Johor Darul Ta'zim

Melayu Johor,
Kurang ajarnya tetap santun,
lembutnya cukup jantan,
dajalnya masih selamba,
nakalnya bersulam jenaka,
menikam dengan pantun,
menyanggah dengan senyuman,
marahnya dalam tertawa,
merendah bukan menyembah,
meninggi bukan melonjak.

Aku bangga sebagai anak Johor , dan entri kali bukanlah niat aku membangga diri no lantas bersikap kesukuan sangat , tetapi hanyalah cermin kepada aku , dan oghang-oghang Johor yang lain . Harap bende ni ni tak bertuko sampai bebile doh .

Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutl
ah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.

MELAYU JOHOR 
1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang

Sasterawan Negara

p/s : tiba-tiba rasa nak balik kampung aku dohhhh ! sape nak tolong nganto ! 

Saturday, 10 January 2015

jurutera dan driver lori

Jurutera kawan baik dengan driver lori . Lori tu lori pasir . Driver tu nama Samad . Jurutera nama Jim . Samad nak pergi tapak pembinanaan , Jim pula jurutera yang mengendalikan urusan di tapak projek tempat Samad. Jim tumpang Samad sebab tempat nak di tuju adalah sama . Jalan Kuching jammed teruk , tak mungkin boleh sampai tepat pukul 3 seperti dijanjikan . Jim dan Samad turun lori , masuk semula ke dalam rumah . Diorang berdua belum start lagi kerja hari tu . Jim belum diterima keputusan temuduga menjadi jurutera . Samad masih sedang belajar memandu lori . Jadi aku tak peduli sangat tentang Samad dan Jim sebab diaorang bukanlah sama sekali orang yang aku kenal . 

p/s : rosak teruk otak kau! HAHAHAHA

30 minit

Jack hanya terdiam, termangu di satu tembok batu . dilihat waktu kian suram , berserta warna  jingga kekuningan di bahu langit yang hanya menunggu giliran bulan menggantikan mentari . Dinyalakan sebatang rokok namun ianya hanya terbakar begitu sahaja tanpa satu sedutan pun . Memikirkan sesuatu yang tajam di lubuk hatinya .

Baki hari petangnya telah dirancang dari awal untuk bersama Rose .Kebarangkalian mereka untuk bersua tidaklah selalu diperoleh dan oleh sebab itu juga dia ingin sangat bertemu .Tidaklah memikirkan sebarang aktiviti mahupun makan malam yang romantis , cuma cukup baginya jika dia dapat duduk bersandar atau menongkat dagu menenung muka Rose . Cukup jika ada perbualan dimana banyak yang dia ingin tawakan , ceritakan bersama . Namun Jack hanya mampu merancang , dia hanya sempat mencubit sedikit masa daripada Rose kerna ada hal yang melewati , mencuri Rose darinya . Mereka berdua hanya sempat mengisi masa singkat 30 minit itu dengan sepotong kek ,aiskrim vanilla dan air teh hijau yang juga diselangi sedikit ketawa sedangkan Jack sibuk berkumat-kamit mulutnya berdoa agar masa itu berdetik perlahan .Dia tahu Rose tidak punyai masa yang panjang untuknya .

Walaupun lahir rasa bersalah , Jack harus bergerak memulakan langkahnya dahulu untuk menyiapkan kerja-kerjanya yang sedang tertunda dan membenarkan Rose dengan urusan bersama keluarganya . Walhal hati kecilnya menyentap , memaksa menahan liang di dalam matanya mengalirkan cecair jernih . Dahi Rose disentuh tanda tiba masa Jack untuk permisi . 

p/s : Jack cuba menenangkan diri dan bertindak seperti seekor singa laut sambil bermain bola berbelang menggunakan muncungnya dengan bunyi "auk auk". Asyik tak cukup je si Jack ni . dah kenapa rindu sangat dekat Rose dia sendiri pun tak faham , aku lagi lah tak faham . hahahaha



Wednesday, 7 January 2015

sesuatu untuk seorang yang paling special

"DAHI KAU MANA ??"








P/S : HAHAHAHAHAHAHAHA . DAH KENAPA CAPLOCK NI TAK BOLEH OFF ! SYIDEYYYYYY . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

2015

Aku rasa macam aku ni sudah kelewatan sangat nak tulis entri pasal tahun baru . Tapi takpe lah , tiadalah yang kisah sebab ini blog aku . korang nak marah pergi lah jauh-jauh . 

2015 . hari ni aku tengok dunia tidaklah seindah dan sesuram mana , mungkin ia di tengah-tengah situasi genting yang hendak reda . bila ditinjau diimbas semula apa jadi pada tahun-tahun sudah , tak banyak benda menarik atau gembira jadi pada batang hidung aku . yang aku pasti celakanya lagi banyak dari apa yang aku rancangkan . tapi tu semua aku buat iktibar untuk menjadikan lebih tabah menemukan hari-hari mendatang . macam yang aku cakap tak semua apa yang rancangkan menepati aspek piawaian yang ditetapkan . tapi tak salah sebab yang penting kau buat percaturan hidup kau sendiri . manfaat atau negatif kau juga tanggung .memang sangat banyak isu yang melibatkan jiwa aku yang semakin memberontak menjerit , rasa nak terjun bangunan ada juga . kadang-kadang aku rasa cemburu dengan apa yang orang lain dapat . terang-terang ianya lebih daripada aku , dari segi nasib , rezeki tak lupa juga jodoh . (*part jodoh aku kentut sikit-sikit) . memang ramai yang dapat lebih sejak aku dari kecik lagi . lagi-lagi bila nak dibandingkan budak-budak sekarang yang kian enak mengikuti arus moden dengan segala alat di tangan , cemburu aku dengan kesenangan mereka yang ternyata sangat jauh berbeda dengan zaman aku tika dulu . 

tahun ni aku rasa sangat umur aku tidak lah muda seperti tahun sudah . ada kedutan sedikit dahi , segala rambut di muka menampak kerakusan untuk meliar , uban di kepala , keguguran rambut . waktu ni la aku rasa macam aku patut tambahkan lagi keperatusan tindak balas mekanisma dalam setiap apa aku lakukan . kerja , misi hidup , segala rukun , segala peraturan , mungkar yang aku patut lupuskan , amal yang aku patut tingkatkan . aku nak menyambung semula azam yang lepas , mungkin dengan etika yang baru , gaya , wawasan dan mengharapkan impak yang lebih jitu sebagai seorang manusia , anak dan hambaNya . 

p/s : aku patut bersyukur aku masih dapat hirup udara tahun baru , keamanan . aku memang bersyukur walaupun zaman yang aku lalui agak sukar tapi cukup kekuatan yang terlahir dalam jiwa aku dan aku bahgia .tak patut aku merungut .selamat tahun baru .