Sunday, 31 May 2015
masalah
Lu selalu nampak penyebab suatu kegagalan tu pada perspektif luaran . Saingan lah situasi lah pandangan orang lah apa lah . Sedang lu sibuk betulkan luar tu semua , lu takkan sedar punca sebenar dekat mana . 'Internal issue' tu lagi penting . mungkin akar pada setiap satunya masalah yang lu hadap . Kualiti lu mana ???
Friday, 29 May 2015
wise word
" cerita ibarat macam ni la . Kau masuk hutan lepas tu kau sesat . Kau cuba nak cari jalan keluar , kau terus masuk lagi mencari jalan . Sedangkan kau tak sedar kau dah pergi semakin dalam dan semakin sesat . Apa salahnya kau pergi semula jalan belakang kau " , terang zizan sambil memintal mintal rambut kerintingnya sambil drive menuju downtown .
"nak selesaikan masalah ni , bukan setakat kita mencari jalan penyelesaian . Kadang kadang kau kena tengok semula apa kau buat sebelumnya , perbetulkan yang silap . " , sambung zizan sambil betulkan kerintingan rambut dia .
P/s : gua main tulis semula apa member gua cakap . Macam wise word jugak gua rasa .
"nak selesaikan masalah ni , bukan setakat kita mencari jalan penyelesaian . Kadang kadang kau kena tengok semula apa kau buat sebelumnya , perbetulkan yang silap . " , sambung zizan sambil betulkan kerintingan rambut dia .
P/s : gua main tulis semula apa member gua cakap . Macam wise word jugak gua rasa .
Thursday, 28 May 2015
selamat malam
Samar bulan tika malam
hujan membentak menutup terang
sedang fikir bulan yang cantik
sibuk cuba menunggu sabit hingga penuh
rupanya bintang lebih berkelip
hujan malam membawa kabut
kabut awan hitam dan sebak
cuba menangkap di mana bintang
Adakah kerana hujan lewati malam
atau aku yang hanya hidup di dunia siang
Aku di dunia mentari
sedang kau di sana menikmati bintang
apa kau menanti sinaran
malah aku nantikan gemerlapan
pernahkah kita mengharap cahaya yang sama
aku terus menyelongkar awan
mencari bintang di balik silau
mencari kita semula di kedua waktu
masih adakah kita
pernahkah ada kita
hujan membentak menutup terang
sedang fikir bulan yang cantik
sibuk cuba menunggu sabit hingga penuh
rupanya bintang lebih berkelip
hujan malam membawa kabut
kabut awan hitam dan sebak
cuba menangkap di mana bintang
Adakah kerana hujan lewati malam
atau aku yang hanya hidup di dunia siang
Aku di dunia mentari
sedang kau di sana menikmati bintang
apa kau menanti sinaran
malah aku nantikan gemerlapan
pernahkah kita mengharap cahaya yang sama
aku terus menyelongkar awan
mencari bintang di balik silau
mencari kita semula di kedua waktu
masih adakah kita
pernahkah ada kita
Mirror
Kata kata yang tidak serupa yang keluar dari mulut mu, entah ikhlas di dalam hati entah betul atau tidak semua nya aku taktahu melainkan yang di Atas. Lebih baik kau berhenti berkata kata manis daripada aku terus memikirkan benda yang tidak ada faedah nya yang membuang masa kau dan aku.
Tak perlu nak memutarkan cerita, bercerita lah perkara yang nyata dan jadilah seorang yang berkata kata lurus seperti jalan yang sedang kau berjalan.
Berkata kata dengan penuh gah tetapi ianya hanya untuk orang lain, sedangkan diri nya? Dia tidak nampak, oleh itu aku mohon beri lah sentiasa diriku nasihat dan dorongan atau cermin untuk aku mencerminkan diri ku.
From Someone that I really admire
Wednesday, 27 May 2015
Tuesday, 26 May 2015
kupu kupu
mata aku terkabur
kabus halus di legar pandangan
sedang ia mencucuk cucuk
aku tertanya dalam hati
adakah masih aku melangkah
di anak jalan semalam
Walaupun hanya kabus hening
cukup membasah tanah ini
permukaan yang menggelincir
patutkah aku menyusuri
di kala embun di hadapan ini
entah ribut beliung menanti
Jari terketar menggenggam setia
aku masih di rumpun taman semalam
rintik yang menuruni daunan
melembap pipi bibir aku yang melihat
Ku lihatnya hanya berhendap tanpa tersayap
kecohnya hari mula bersinar
mula terbang mengepak indah
mengindah kabur yang sedang hilang
hanya boleh ditatap tidak digenggam
kerna akan hilang lagi dalam kabus semalam
Bunuh kupu-kupu ini
kerna kau sedang menyelar jiwa sendiri
tapi biarlah ia terus terbang menghiasi
walau kau telah mati
kabus halus di legar pandangan
sedang ia mencucuk cucuk
aku tertanya dalam hati
adakah masih aku melangkah
di anak jalan semalam
Walaupun hanya kabus hening
cukup membasah tanah ini
permukaan yang menggelincir
patutkah aku menyusuri
di kala embun di hadapan ini
entah ribut beliung menanti
Jari terketar menggenggam setia
aku masih di rumpun taman semalam
rintik yang menuruni daunan
melembap pipi bibir aku yang melihat
Ku lihatnya hanya berhendap tanpa tersayap
kecohnya hari mula bersinar
mula terbang mengepak indah
mengindah kabur yang sedang hilang
hanya boleh ditatap tidak digenggam
kerna akan hilang lagi dalam kabus semalam
Bunuh kupu-kupu ini
kerna kau sedang menyelar jiwa sendiri
tapi biarlah ia terus terbang menghiasi
walau kau telah mati
Monday, 25 May 2015
keluar
Ah .
hari hari cerita pasal sistem .
tak pernah ada matinya .
bukan gua nak cerita pasal sistem tamat .
cuma fikir kenapa ada lagi .
Bukan gua tak bersistem .
cuma gua hidup ikut sistem .
jenis sekarang sistem tipu lu .
manfaat sistem tak ada .
janji dan manifesto sistem tak terkota .
Kenapa nak ikut sistem .
bila nak berubah .
buat lah sistem baru .
yang manfaat untuk sejagat .
untuk diri lu jugak .
sistem .
mana adil mana sistematiknya ?
Balik buang otak najis tu .
tenang melangkah .
keluar dari kotak bercanggah .
hari hari cerita pasal sistem .
tak pernah ada matinya .
bukan gua nak cerita pasal sistem tamat .
cuma fikir kenapa ada lagi .
Bukan gua tak bersistem .
cuma gua hidup ikut sistem .
jenis sekarang sistem tipu lu .
manfaat sistem tak ada .
janji dan manifesto sistem tak terkota .
Kenapa nak ikut sistem .
bila nak berubah .
buat lah sistem baru .
yang manfaat untuk sejagat .
untuk diri lu jugak .
sistem .
mana adil mana sistematiknya ?
Balik buang otak najis tu .
tenang melangkah .
keluar dari kotak bercanggah .
Subscribe to:
Posts (Atom)