Samar bulan tika malam
hujan membentak menutup terang
sedang fikir bulan yang cantik
sibuk cuba menunggu sabit hingga penuh
rupanya bintang lebih berkelip
hujan malam membawa kabut
kabut awan hitam dan sebak
cuba menangkap di mana bintang
Adakah kerana hujan lewati malam
atau aku yang hanya hidup di dunia siang
Aku di dunia mentari
sedang kau di sana menikmati bintang
apa kau menanti sinaran
malah aku nantikan gemerlapan
pernahkah kita mengharap cahaya yang sama
aku terus menyelongkar awan
mencari bintang di balik silau
mencari kita semula di kedua waktu
masih adakah kita
pernahkah ada kita
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .