Hari ni gua berperancangan untuk berbasikal serta berkasut roda . Tapi malangnya hari dimulai hujan rintik pengakhirannya hujan lebat bertaufan . So gua ubah rancangan gua . Mungkin hanya menonton wayang .
"Kejap lagi aku sampai .. ", kawan gua mesed .
Gua melopong kejap tengok langit . Hujan masih tak menunjukkan tanda untuk reda .
"Ni kalau gua main basikal dalam hujan ada seronoknya jugak . Macam dulu dulu dekat kampung ", gua bermonolog sambil tengok langit .
Sedang gua perhatikan langit ,otak gua menelawang mengimbau zaman budak budak dulu . Mak gua marah jugak gua main basikal dalam hujan dulu . Tapi gua anggap benda satu adventure bagi gua .
Basikal . Hujan lebat .
"Ggeerrummmm ! " , guruh bersahutan bersama guruh guruh yang lain. Kawan diorang agaknya .
Gua masih sibuk mengikat pandangan mata gua dekat langit . Tiba tiba ! Mata gua menangkap seorang lelaki berjubah merah tengah terbang dekat balik awan . lelaki tersebut mengangkat sebuah tukul lalu terpancar kilat yang dasyat . Gua kaget dan gua cuba menyorok .
Kilat tersebut sambar gua . gua semacam rasa terbakar , tapi gua rasa ada satu tenaga kuasa mengalir dalam badan gua . Gua perasan dua belah kaki gua mula terangkat . Gua terkejut dan gua cuba terbang . Gua berjaya terbang ke arah lelaki tadi dan dengan segera gua menghunus satu tumbukan padu dekat ketiak lelaki bertukul dan berjubah merah tadi . Lelaki tersebut jatuh dekat atas pucuk kelapa . Hujan berhenti serta merta dan gua pergi tengok wayang dengan kawan gua dan lelaki berjubah tadi .
P/s : hujan hujan memang lapar . marah marah buat gua lapar . Nak penampar tak ?
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .