Malam tadi sebelum gua tidur , gua dah usulkan suatu pemikiran dekat otak gua . Gua ingin berubah besok . Gua duduk kejap , tangan gua meraba mencari kotak rokok dalam gelap . gua bakar rokok sebatang dan otak gua mula mengimbau . Ah . Banyak betul benda tak best yang gua lalui selama ni . Gua ingin berubah . Berevolusi . Itu lah yang gua aturkan sampai bara yang terakhir . Selesai itu gua baca bismillah dan tidur .
Masa tidur gua dapat rasa otak gua seperti disuntik sesuatu dan badan gua seperti terkena suatu renjatan . renjatan elektrik yang membuatkan gua rasa kebas dan sakit sakit . sudut otak gua mentafsir ianya hanya nyamuk dan mungkin gangguan paranormal seperti jin aprit dan jin aladdin .
Seawal pagi tadi gua rasakan perbezaan dalam diri gua .
"mungkin ini petunjuk yang gua kena berubah !" , gua seakan bersemangat .
Lantas gua bingkas bangun turun dari katil empuk gua . Gua mula bergerak ke cermin dekat tepi katil gua . Gua terkejut sebab gua nampak susuk badan gua mengembang padat . saling tak tumpah macam hawkeye , hero si pemanah busur di dalam avengers . Gua mula gosok mata gua sambil tangan gua buka pintu almari . satu suit superhero dan set memanah lengkap tergantung . Gua segera memakai mengenakan suit yang ada .
Dari kedudukan tinggi tingkap bangunan rumah gua , gua mula mengacu busur panah gua dekat alien yang tengah sibuk tangkap penghuni kawasan rumah gua .
Zuupppp .
Tepat sasaran gua mengenai kepala salah satu alien dekat situ . Gua menekan punat dengan tangan gua dan satu ledakan besar terjadi dekat kepala alien tu . Alien yang berada sekitarnya turut meletup . Alien lain mula mencari dari mana arahnya datang busur tu . Gua menyorok . Katniss everdeen dekat sebelah gua . Dia pun terus memanah alien alien yang selebihnya . tapi panahnya tiada efek letupan . Gua bersemangat dan mula berperang berdua melawan alien alien dekat situ .
katniss memberitahu gua yang alien ni semua cuma nakkan pengaruh supaya ketua diorang bole rule negara gua . Gua kagum dengan pengetahuan katniss dalam politik alien . gua sambung memanah sampai gua bangun tidur .
P/s : gua rasa nak kahwin dengan lu la Katniss . Esok esok gua cakap . katniss nak masuk avengers . Betul ke?
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .