kamil sepatutnya pergi ke pejabat pukul 9 pagi hari ni . Kamil tidur lewat sebab sibuk mengurus mengemaskini ucapan petisyen untuk mesyuarat pejabat . halnya masih lagi pasal sistem undang-undang susilah dalam negara . Cukai pun ada sebab dia masih tak puashati sebab makan dekat mamak sekarang ada gst .
"Damn ! gua terlambat bangun pulak! " , bentak kamil bila tengok jam pukul 8:40 pagi waktu burma .
Kamil bersiap dengan kadar paling laju . tangan dia laju mencapai kunci kereta dekat meja makan . kamil sempat menjengah tudung saji tapi kamil kecewa sebab ibunya tak sempat menyiapkan lempeng kegemarannya .ini kerana kamil sememangnya hidup bujang di bandar manakala ibunya di kampung . Kamil geleng kepala sistem hidupnya dah lain sejak dia mula pindah ke bandar . Dia kena berdikari dan menyesuaikan hidup di bandar sendiri.
Kamil keluar rumah menuju ke lif . Rumahnya tingkat 12 . Lif yang menyinggah tingkatnya semua penuh dengan manusia . kamil tabah menunggu lif yang lain .
"Sistem lif dekat sini bodoh . Dah tau tingkat berpuluh kenapa lif ada satu je !" , kamil mengeluh marah .
Hari tu je tiba tiba kamil nak marah . Sebelum ni baik aje mood dia . Kamil bakar rokok . Dia buat keputusan untuk guna tangga . Tak ada sorang pun guna tangga . Sistem lif memudahkan sampai memalaskan orang . Tu la sistem kondominium berbeza dari rumah kampung . Kamil mengah di tingkat 10 dan dia guna lif pulak . Sistem orang sekarang memang hangat hangat taik ayam .
kamil naik kereta . cukai keretanya mati semalam . Jenis sistem negara kamil pentingkan cukai .takde cukai takboleh hidup . gua tanak burukkan kamil so gua tak tulis kamil maki apa . kamil kena tunggu bas . Sepatutnya bas sampai tepat pada pukul 8:55 . kamil jeling dekat jam tangannya , 9:05 pagi .
"driver bas ni nak kerja ke tak ! Jadual bas langsung tak tepat ! Tak ada sistem betul kerja ! ", kamil marah dalam hati je .
Kamil turun bas dekat bustop depan pejabat . ada polis dekat situ dalam bilangan 4 hingga 5 orang . Sorang tu siap bawak senapang . Kamil tak ambil peduli . Kamil bergegas berlari sebab lewat . tindakan kamil kelihatan mencurigakan lantas polis menahan kamil . Kamil seorang yang kurus .pagi tu kamil selekeh sebab nak cepat . kamil disyaki seorang pusher dadah .
"Urine test kejap budak ni ! Ni macam penagih ni ! selongkar barang dia ", ujar seorang polis dekat situ .
Kamil malas nak melawan . Kamil lepas dari serkap jarang polis tu . Sistem polis negara kamil memang macam tu . Main tangkap je .macam takde sistem . Kamil beredar dengan barangnya masih terabur dalam beg .
Kamil sampai dekat pejabat pukul 10:15 . kamil pening memikirkan alasan untuk diberikan atas keterlewatannya. Kamil menyalahkan bas sepenuhnya . mata kamil terbuntang . Dia tengok rakan sepejabatnya tengah melepak dekat cafe . rancak berborak sambil makan kuih karipap . Bos kamil pun ada .
"Dah punch card tapi duduk luar pejabat ! Sistem kerja menipu ni ! ", kamil getus dalam hati .
Kamil punch card . Dia letak dokumen mesyuarat yang disiapkan malam tadi atas meja bos dia . Kamil letak surat mc atas meja bos dia .
"sistem perut saya meragam hari ni bos , mc atas meja" , kamil mesed bos dia .
"ok kamil . By the way saya lupa nak cakap mesyuarat batal . saya sibuk hari ni " , bos kamil reply .
kamil geleng kepala lagi . Sistem tempat kerja kamil macam banyak korupsi . Kamil balik rumah . Dia sambung tidur dengan baca buku cara memasak lempeng .
P/s : banyak sistem harian hidup yang kamil nak kena betulkan . Sistem kamil dan manusia lain rosak teruk hari ni.
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .