Sesudah sahaja aku melambai tangan tanda selamat tinggal kepada seseorang di KUIM , aku meneruskan ekspidisi aku merentas tanah yang agak asing bagi aku . Langkah aku hentikan dekat satu terminal berikutan aku perlu dapatkan pengangkutan untuk pulang ke Putrajaya , gara-gara kuda hitam aku mengalami gangguan pada penyejuk enjinnya . Kegagalan sistem menyejuk enjin itu mengkibatkan suhu meningkat secara mendadak sehingga keluar kepulan asap pada kepala hadapan kuda tersebut yg aku jangkakan kehadiran jin yang keluar disebalik asap tersebut . Jadi konklusinya , aku beli tiket bas .
Suatu perasaan gusar apabila langkahan pertama aku buat bila nak masuk bas tu . Si pemandu mengenakan senyum lebar ,tertatah di raut wajahnya yang mungkin berusia pada lingkungan 50 . Seat 2B tepat terpampang pada kedudukan kerusi paling hadapan . Pemandu mula mengemudi bas bertransmisi manual tersebut dan cuba menyusur di laluan kampung .
Bermula pada halaju yang sangat rendah , dia menambahkan kelajuan bas tersebut . Aku semakin gundah gulana apabila sambil tergelak , dia tidak semena-mena laju di kawasan yang agak curam dan sempit . Apa lagi , berderau darah aku tengok ketidak-stabilan bas tu . Aku tak berapa pasti niat dia ,tertanya-tanya aku di dalam hati . Samaada dia ni seorang pemandu bas atau pemandu rally . Selekoh maut aku tengok dengan sewenangnya dia ambil tanpa membrek . Aku bukan apa , risau bas ni terbalik sebab sarat dengan manusia . Kalau penuh dengan ayam atau ketam , tak lah hairan dan risau sangat . Getir hati aku memaksa aku berdoa agar tak jadi gambar di dalam surat khabar . Semakin melingkup pandangan aku bila aku rasakan sebelah tayar bas seakan terapung 2cm dari permukaan jalan .
Aku terkedu bila tengok penumpang di belakang sudah terumbang ambing , yang menjerit tu dah memang . Aku dapat rasakan seperti dia mahu melarikan diri dari sesuatu yang aku sendiri belum dapat pastikan . Bisik syaitan telah buat aku terpukau mengatakan dia nak culik semua penumpang sebagai tebusan . Kelihatan seorang lelaki berbadan sasa mengacah-acahkan diri sebagai Air-marshall merangkak untuk menghentikan agenda si pemandu . Namun , ternyata niatnya terseleweng kerana si pemandu berbisik sesuatu pada telinga si berbadan sasa tersebut .
"kita bagi sama rata...", bisik dia seperti mahu merancang tebusan , duit untuk dibahagi sama adil .
Seorang lagi yang cuba bertindak seperti Jet Li dimana dia cuba membuat tendangan laju pada si badan sasa namun nyawanya melayang selepas satu das tembakan mengenai paru-parunya . Terbaring , lantai hanya dipenuhi darah ! Hiruk-pikuk suasana menyebabkan si pemandu semakin laju , kemungkinan departure bas ni dekat Burma .
GEDUMMM !
GEDANNGGG !!
Bas telah melanggar sebuah kereta yang cuba memotong basnya secara merbahaya . Kolisi antara bas dan kereta membuatkan semua tersungkur dan momentum yang sedang terhasil , aku selitkan dengan penumbuk tepat pada kerongkong pemandu . Aku rampas sepucuk revolver pada tangannya dan tanpa lengah aku menembak mati pemandu . Bas terhenti tapi azab aku belum habis sebab kena juga menamatkan riwayat si badan sasa tadi .Tiba-tiba....
kling kling kling ..
henpon aku berbunyi menandakan ada text masuk melalui aplikasi whatsapp .
"awak okey tak ni?????"
"sabar, sikit je lagi"
"tahan sikitttt demi perut...."
Aku tersentak dan terkejut bila aku tengok si pemandu tadi masih hidup , dan si badan sasa tadi tengah hebat berdengkur .
p/s : aku mabuk doh naik bas . aku harap takde siapa perasan aku mimpi sampai mengigau . hahaha . dan aku tak faham kenapa dia cakap tahan demi perut .hahahahaha
Sunday, 14 December 2014
Thursday, 11 December 2014
tiket
Mata aku dah separuh tutup , senyum tak hilang lagi . Datang lagi unikorn bersayap hari sudah yang dikemudi oleh si puteri jubah lagi .
"nah , ni tiket menunggu . tiket ini efektif umur saya 23 . jangan hilangkan , kekal muda dan comel ya !" , ujar si puteri dengan tona lembut berkeyakinan disulam dengan angin pagi buta . Lalu terbang membelah awan sambil , menjerit ala-ala zorro .
p/s : mattttt .. ! aku lah lelaki yang paling bertuah . hahaha
bau cinta barangkali
Jack mula menuruni kapal Titanic dengan ligat hinggakan seliparnya terselit di celah lapisan kayu . Hampir terjatuh dibuatnya kerana terlampau lelah kepenatan membanting seluruh peratus tenaga ketika melayan karenah pelanggan yang tidak berperikemanusiaan .
Sesudahnya , berusaha dia menambah kelajuan langkahnya kerana tidak mahu ketuanya tahu dia sedang meloloskan diri . Dia dijemput menaiki pedati berkuda yang penunggangnya seorang jelitawan bernama Rose yang juga jantung hatinya ; tersimpannya rahsia itu bersama dirinya sahaja . Jantungnya mula aktif berdentam-dentum seperti omboh kapal berkuasa 8000 kuasa kuda kerana kadar gemuruh yang sangat di luar kawalan .
Seketika , Rose berhenti di sebuah tandas kerana ingin membetulkan dan merapikan tudungnya barangkali . 5 minit berlalu dan Rose mendekati pedati tersebut . Jack menyaksikan keanggunan Rose dengan kadar gerak-perlahan dengan bantuan otak serembrumnya . Lantas menjadikan Jack seperti terbang menyusuri pelangi di awangan . Langkahan terakhir Rose menaiki pedati disertai suatu bau bunga Vanilla yang sangat indah yang juga bau kegemarannya. Jack secara automatis membayangkan mereka berdua sedang duduk di taman bunga sambil bertukar pandangan, berkongsi kisah cinta sambil menyuap penkek kombinasi vanilla dan madu . Hati2 kecil merah berlegar di ruang udara mereka .
Rose dan Jack berjalan , makan malam bersama .Detik waktu hanya dihabiskan dengan tawa halusnya sambil anak matanya tidak pernah terputus dari wajah Rose . Jack tahu bahawa Rose seorang yang berbeda dan menyedari dia tidak mahu terlepas setiap waktu bersama Rose . Mereka berjalan di rimbunan Sakura .
p/s : jack kena rasuk agaknya . balik rumah bercemik mukanya time nak tido. "aku rindu dia beb , aku sayang..... " . celake ngigau

Tuesday, 9 December 2014
journey to the skies
2:59 pagi .Mata aku masih gagal melabuhkan tirai kelopaknya . Selepas ucapan 'malam' aku tujukan untuk dia, aku cuba menenangkan perasaan cemburu tanpa hala . Sememangnya pada dasarnya , penelitian dibuat tapi tiada faktor yang membolehkan aku bertindak sedemikian .
Sedang aku menarik kebawah kedua belah kelopak mata , satu ketukan dari tingkap . Aku menjangkakan hamya efek kolisi daripada burung yang sedang migrasi . Ketukan itu aku perlahan intai dari ekor mata , ternyata seekor unikorn berkepak sedang menggerakkan kepala seperti mengajak aku ke suatu tempat . Ketukan yang sayup kedengaran tadi adalah hasil hentakan tanduknya yg berbentuk gerudi .
Tanpa lengah aku menurut kehendaknya dan terus dibawa ke atas langit . Kelihatan seekor lagi unikorn memotong dengan halaju dibenarkan JPJ yang juga ditunggangi seorang puteri berjubah . Kami berlumba dan bersiar-siar melanggar awan . Keletihan menyebabkan aku lapar dan tekad menyinggah drive-thru terdekat .
"saya nak makan naan cheese ", bisik si puteri .
aku cuma kaget bila aku tengok lesen aku tertinggal dan unikorn itu tidur di sebelah bantal aku . Aku lenyap bersama ketawa si puteri .
p/s : aku merepek sebab aku rindu dia barangkali .
kebulur yang spoil
Tangan aku tiba-tiba gatal nak menulis . ke menaip . ha menaip . Bila perut aku bertindak balas kelaparan akibat tiada makanan untuk dicerna , aku buat keputusan menghidupkan motosikal untuk mencari sesuatu .
Pusat kejiranan Putrajaya terkenal dengan rate harga makanan yang bersesuaian dengan rakyat taraf aku . Terlihat aku gelagat seorang adik yang terkial-kial menganyam tali raket badmintonnya yang aku rasa seperti tidak berpenghujung , hati kecil aku ketawa .Sambil aku menghayun kaki dengan kadar tenaga yang lemah, aku terfikir budak ini mengenakan ajaran sesat dalam menyulam tali raket .
Aku lapar , esophagus aku berkeras memaksa otak aku . Mata aku menyorot menangkap kedai nasi biryani . Minda aku berimaginasi .
"akak , mintak biryani kambing ", sergah aku kat akak yang sedang sibuk mendengar dangdut walhal ramai yang menghampiri kedainya .
Tiba-tiba aku meneliti tulisan pada dindingnya . "NASI BARAYNI PUTRAJAYA" . Siot , aku rasa macam dipersenda . Aku membatalkan hasrat kerana risau rasa biryani bertukar barai . Aku tak mahu mengambil sebarang risiko tak sedap atas dasar aku tak mahu mulut aku memaki hamun menyumpah kakak dangdut tu kalau ianya gagal menepati citarasa .
Aku makan nasi putih ikan masin masak lemak nenas berserta air sirap . Syahdu kampung berjaya menyelinap dalam tubuh .
p/s : aku nak biryani batu pahat matt ! akak tu spoil .

gembira cap lahanat
Entri kedua untuk hari yang sama , aku pon tak berapa peduli sebab takkan la boleh disabitkan sebagai suatu simbolik jenayah . Tersentak dengan bunyi dering pendek di talifon aku .
"aus, call jap , berita baik '', satu mesej masuk .
"haa, apa dia ?"
"loan lepas, kereta lepas!" , ujar Nadia dengan girangnya .
Air panas yang aku tengah teguk macam bertukar jadi ais , deras melalui rongga kerongkong aku . Ternyata roh , nafsu dalam badan aku melonjak kegirangan . Tak semena-mena aku meneruskan langkah gembira menuju bilik air untuk bersiram .
Asyiknya aku menghabiskan sabun mandi palmolive , semua bunyi seperti mahu tak mahu masuk telinga hanya disebabkan roh aku menutup semua melalui kegembiraan ini . Semuanya dirapi dengan senyuman .
"aus , mintak surya sebatang " , jerit Denial yang mengecek kretek Surya aku .
"apaaaaaaa??!!" , telinga aku samar menangkap bunyi makhluk ni .
"nak surya sebatanggg !!!" .
"haa?? Asfia datangg???? ", aku menyahut terkedu .
p/s : otak aku terganggu . gembira sangat . lagi2 bab salah dengar nama . walaupon salah dan lambat untuk aku proses kadar logik kata2 denial, aku kembali senyum dan tergelak - palmolive tinggal separuh .

Monday, 8 December 2014
zombie's attack
Jam tepat menunjukkan pukul 11 pagi . dengan segera jugak lah aku capai talipon pintar yang berada di hujung kaki aku . Panggilan aku segerakan untuk dia dengan mengatakan 'pagi' . Bingkas aku mengangkat punggung aku lantas duduk mencari rokok .
Sedutan dan asap yg aku hasilkan tiba-tiba membuatkan tekak aku dalam dilema . Terniat untuk aku mencari punca air disamping lapar . 5 minit seterusnya aku berada di kedai , aku mencapai sabun basuh , air laici kotak , dan setin sardin lalu berlalu selepas melihat gelagat si pekerja runcit yang sedang sibuk menampal harga baru di tiap badan barang .
Langkah aku teruskan untuk pulang dan tiba-tiba satu jeritan menggoncang ketenangan aku . Hati aku kuat mengatakan kehadiran zombi , dan otak aku aku laju memproses kat mana patut aku sembunyi ,bab senjata pula takkan aku nak guna sardin yang baru aku beli dan menjadikannya sebagai bom . Ramai yg berlari mendekati jeritan itu .
"Diorang ni gila ke , kalau zombi tu mintak gula2 boleh cerita, dia nak gigit beb ! lari la woi !" , suara hati aku berbisik memprotes .
Aku menambah kelajuan disebabkan perut aku sedang memaksa menjalani proses perkumuhan . Mata aku melirik ke belakang melihat semua orang bertempiaran bagai ayam . Aku masuk lif tutup cepat2 .
p/s : Ada sarang tebuan pecah , semua lari . Seorang terkena sedas tembakan di kepala . zombi tebuan kot . lancau
Subscribe to:
Posts (Atom)