Sunday, 26 July 2015

mereput

Bila gua sedar tahap kepentingan gua sekadar rangka basikal tak bertayar di bahu jalan . Biarlah mereput dek hujan . Nak lagi best pun cuba kena kutip abang besi buruk lepas tu kena lebur dekat pusat kitar semula . 

Friday, 24 July 2015

sebuah kisah klasik untuk masa depan

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kerna hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti...

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

P/s : jumpa lagi beb kalau umur panjang dan terima kasih daun keladi .. kawan .

Wednesday, 22 July 2015

takdir

mungkin ini memang jalan takdirku . Mengagumi tanpa dicin......

"Debukk !!" 

Bunyi lontaran batu bata tepat mengena kepala orang ensem apabila kawan beliau mula merasa bosan dengan sikap orang ensem . Terlalu melayan lagu lagu kompilasi sedih barai dari album kumpulan Ungu . 

Darah mula membanjiri lantai .dan beliau masih meneruskan nyanyiannya sambil memetik gitar sambil mengunyah kuih raya sambil melayan bara rokok yang semakin ke pangkal sambil garu kaki sambil menulis sambil memijak mijak kawan beliau yang melontar batu tadi hingga terkeluar buah pinggang melalui telinga .

P/s : gua masih mencari rahsia bagaimana nak jadi spiderman .

Tuesday, 21 July 2015

simpul raya

bagi gua ,raya tahun ni sangat berbeza kalau nak dibanding dengan yang lepas lepas . Entah lah , mungkin tiap pandangan manusia berbeza . Ni pandangan gua .

Jangkaan gua banyak meleset , kegembiraan keceriaan tu memang tak sama masa gua zaman budak budak dulu . Terang terang sebab gua dah tua .  Rapatnya antara gua dengan sepupu sepupu gua tak macam dulu . Kalau dulu sasarannya ialah malam raya . Mercun lah apa lah . Sebolehnya semua mesti kena berkumpul . Tapi tahun ni sekadar balik berjumpa . Tak banyak benda nak dikongsi sebab masing masing berkongsi dengan laman sosial memasing . Berkumpul tapi sunyi .

Gua mengalihkan pandangan gua ke nenek gua yang duduk menghadap pokok pokok belakang rumah dia . bergoyang kena tiup dek angin . Gua perasan nenek gua sedang mengimbau . 

"Dah besar besar cucu nek . Dulu masa kecik semua duduk dekat sebelah nek . Gelak gelak khusyuk dengar nek bercerita sambil isi kuih dalam balang raya. Sekarang masing masing dengan taliponnye .. " , nenek gua perlahan bersuara .

"Taklah nek , semua dah beso . Yang dah kahwin sibuk dengan anaknya , memasing dah ada cerita sendiri " , gua cuba memujuk .

Gua tak tau samada nenek gua terharu gembira atau sebaliknya . Cuma gua pun nampak perubahannya , semua sibuk dengan hal memasing . Tiada perkongsian sesuatu . Betul betul dengan talipon . hanya jumpa bersalaman dan bergambar  . 

Zaman dah berubah . Bebudak kecik pun tak macam dulu . Takde dah nak pergi beraya ramai ramai jalan kaki satu kampung tu ,pemakaian baju raya tu lebih dari 6 jam .bebudak yang nak ikut baraan(marhaban) pun tinggal 9,10 orang . Sekarang pengisian raya tu .... feel raya tu bebetul rasa sejam dua pertama .



P/s : yang tak berubah tiap tiap tahun cuma air sirap . Tu kewajipan tiap tahun dekat setiap rumah dekat johor masa hari raya .

Thursday, 16 July 2015

utusan maaf zahir batin orang ensem

Bulan ramadhan dah lepas tinggal kita . Gua harap kita sama2 doa agar dipertemu ramadhan akan datang . Singkat ia pergi , entahkah cukup terhapus apa yang perlu apakah cukup apa ditambah . gua doa apa yang gua lalui dan korang lalui sepanjang ramadhan bukan hanya sekadar berkoroncong perut semata-mata . Harap segala pengisian diterima . Amin.

tiba syawal yang lu orang tunggu kan . Dengan pelita , mercun dan riuh rendah .Bagi gua , yang dah berumur ni gua tak berapa kisah sangat raya berbanding 20 tahun lepas . Mungkin gua cukup dah beraya beriang ke hulir hilir berhuha huha . Kali ni harapan cuma gua dapat bersama kaum kerabat keluarga gua , hulur maaf dan bahgia menghargai masa detik bersama yang tersayang. indah berkumpul tu lebih diutama , sebab masa hiburan syawal kanak kanak gua dah berlalu .

Maafkan gua atas salah gua . Keterlanjuran bicara , terguris mencalar perasaan , terherdik menghina tanpa sedar , tercuri masa atau kasih tanpa izin , dan suram sedih terjadi . Ampun dari gua dari hujung ibu jari kaki melalui anak tekak terus ke hujung rambul ikal . Salam idul fitri maaf zahir dan batin .jemput datang rumah Kuih muih hias terhidang (+6%gst)

P/s : kepada yang tak balik jangan lupa buat panggilan ke tersayang , ampun maap dulu celik mata pagi raya . Terima kasih kepada yang mengejut gua sahur , subuh , mengingat gua kepada yang patut sepanjang ramadhan lepas . Ampunkan gua andai ada perkelahian yang melukakan yang masih tersekat di ulu hati lu semua - by orang ensem

Sunday, 12 July 2015

sang penikam

Bm7                             em7
Dalam terang malam
Amajor                                         db    c#m7
Ku cari semua yang telah padam
F#7              em7
Dari suara mu
A                               db bm7                     
Dendam dan rindu fana
c#m7
Dan ku melayang
f#7                bm7              Amajor       g#7
Terhempas kenyataan yang membunuhku
G7              f#7
Dalam jiwa ku
Bm7                                  f#7
Yang memimpikan rindu

Namun ku tersadar
Harkat pilu yang menyintai rejam
Kaulah putri ayu
Yang kan menyimpan dendam

Dan ku berjalan
Menghampiri kenyamanannya yang ku hujam
Dalam dosaku
bm7                        b major            
Aku telah mencari mu
Gmajor
Tak bisakah
                                                 Db
Ku gantikan semua yang tercela
c#m7
Akan ku renggut
f#7                 Bmajor
Kebahagian mu
Gmajor
Wahai putriku
                                      Db
Maafkan ku lepas pesan ini
em7
Kau kan memburu ku
f#7
Dalam benci mu

Tak bisakah
Ku gantikan semua yang tercela
Akan ku renggut
Kebahagian mu

Wahai putriku
Maafkan ku lepas pesan ini
Kau kan memburu ku
Dalam benci mu

maafkan .

Gua baru balik dari taman tema hiburan .gua lekas ke hadapan cermin di bilik persalinan . Gua cuci kapur ,cat yang melekat di muka gua . Lukisan pen marker lebar yang melakar senyum yang lebih lebar dari biasa seperti seorang yang sentiasa gembira , mungkin .otak gua mengimbas mereka yang berlari menangis sebab takut dekat gua .

Gua mungkin seorang badut . Bila gua mengenakan hidung tomato merah , tompok cat yang ditempel pada pipi , gua tahu gua harus menjadi seorang kelakar , mungkin .  

Hidup seharian gua tak lain hanya mengacah anak anak dan mungkin mak bapak diorang . Membahan dengan secubit gelagat yang kelakar , mungkin .

Gua tak ada niat lain melainkan melihat diorang gelak , ceria dan ketawa . Bahgia itu gua cuba timbulkan di raut wajah diorang dengan secuit hiburan jenaka yang kadang kadang terang terangan diorang menertawakan rupa gua ,mungkin .

P/s : sebenarnya manusia lebih takut dengan badut berbanding terhibur . Maafkan badut sebab mereka cuba ingin ikhlas menghibur , tidak sengaja dan tidak sedar mereka menjadi penyebab manusia menangis ,selama ini .